
Gambar: Tsu Koon Liabiliti?
LIABILITI atau POPULARITI? Itulah situasi yang perlu dinilai dengan sedalam-dalamnya oleh Barisan Nasional (BN) mengenai Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon. Dalam hal ini desakan dari kelompok tertentu masyarakat Cina terus menerus diterima BN agar Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dipecat daripada memegang sebarang jawatan sama ada dalam parti atau Kabinet jika Barisan Nasional (BN) mahu merampas semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang.
Desakan kali ini adalah dari Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng yang mendakwa Tsu Koon bukan lagi pilihan rakyat negeri ini terutama kaum Cina malah kehadirannya pada program BN hanya mencacatkan usaha bagi memulihkan sokongan terhadap parti.
Tegas beliau, peluang untuk merampas semula Pulau Pinang sebenarnya cerah tetapi ia bergantung kepada sejauh mana seriusnya usaha BN menggantikan Tsu Koon yang kini dilihat hanya menjadi LIABILITI BESAR dalam parti.
''Kita lihat kelmarin, hampir 25,000 orang datang memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka yang diadakan di Guar Perahu meskipun kawasan itu diwakili Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini satu petanda yang cukup menarik dari segi politik untuk BN".
''Malangnya, kehadiran Tsu Koon pada hari itu tidak dialu-alukan rakyat negeri ini. Berdasarkan maklum balas akar umbi, ramai yang marah dan tidak gembira apabila melihat dia (Tsu Koon) berada di samping Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Oleh itu, sesuatu perlu dilakukan kerana yang menentangnya bukan hanya orang Melayu malahan orang Cina sendiri", katanya kepada Utusan Malaysia. klik sini.
Jika benar dakwaan Tan Tee Beng, Perdana Menteri perlu lakukan sesuatu untuk terus mendapat sokongan masyarakat Cina di Pulau Pinang.