Tuesday, September 20

HANTU BONCENG: HINA ISLAM?

Gambar: Hantu Bonceng
.
Filem Hantu Bonceng arahan sutradara terkenal Ahmad Idham didakwa telah memaparkan babak filem yang"berbaur penghinaan kepada Islam". Babak tersebut yang melibatkan dialog berbunyi "asyhadu anna Muhammadar syaitan" yang membawa maksud "aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan"

Filem komedi baru yang dibintangi pelawak terkenal Zizan Razak dilihat mengandungi babak yang jelas menghina Rasulullah secara tidak langsung. Sebagai umat Islam, pihak penerbit dan pengarahan filem ini perlu memohon maaf dan mengakui kesilapan yang dilakukan. Ini kerana kalimah syahadah bukan perkataan yang boleh dijenakakan atau dipersenda sedemikian rupa, justeru ia membawa kesan yang boleh menggugurkan syahadah walaupun ia sekadar lakonan.

Filem dengan durasi 90 minit itu ditayangkan di panggung wayang di Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 31 Ogos lalu dan dikatakan mencipta sejarah dengan kutipan terbesar dalam musim perayaan dengan jumlah RM 5 juta untuk lima hari tayangan.

5 comments:

Hafiz said...

idham oiii jgn lu over sgt bila jawap soalan. lu bukan ustaz bila sinis org yg bertanya..minta maaf habis cite..lu ingat 8 juta lu dpt boleh sombong dgn org. lu terhina Islam..mohon maf jerlah bai

Anonymous said...

yg nik ajis permain Allah tu apa kes? siap kate Allah carut. lagi bahaya. nie kecik punya prob bro

Qeen said...

saudar ahmad idham cara u buat statement buat ramai yg terguris. apa salahnya saudara minta maaf buka susah pun. tapi apa kan daya apabila sudah untung berjuta ringgit dah lupa agama

Anonymous said...

Sial Lu idham. Ko ingat ko alim sgt????? fikir sebelum ckp..

Aisya said...

ahmad idham seharusnya bijak untuk jaga hati penonton yg telah sumbang sebanyak RM 8 juta untuk film ini