Monday, October 24

GUAN ENG KENA SAMAN 30 JUTA....

Gambar: Datuk Zainal Abdin Osman
.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman hari ini memfailkan saman malu berjumlah RM30 juta terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung kenyataannya mengaitkan UMNO dengan demonstrasi dan cubaan membakar ibu pejabat DAP di Pulau Pinang pada Julai lalu.Beliau memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini, hari ini melalui Tetuan Jahaberdeen & Co.
.
Selain Lim yang juga Setiausaha DAP, turut dinamakan sebagai defendan ialah Parti Keadilan Rakyat selaku pemilik laman berita elektronik Keadilan Daily dan akhbar Suara Keadilan Segmen Fleksibel Sdn Bhd yang juga syarikat penerbitan Keadilan Daily dan Suara Keadilan serta ketua penyuntingnya, Fazallah Pit. Peguam Jahaberdeen Mohamed Yunoos, yang mewakili Zainal Abidin,memberitahu pemberita bahawa saman itu difailkan atas kapasiti peribadi pemimpin UMNO Pulau Pinang itu.
.
Bernama melaporkan dalam pernyataan tuntutan itu, Zainal Abidin mendakwa pada 3 Julai lalu, Lim menerbitkan satu kenyataan akhbar melalui emel yang kemudiannya disiarkan di Keadilan Daily pada 3 Julai dan di akhbar Suara Keadilan pada 5 Julai lalu.Zainal Abidin berkata, kenyataan Lim itu antara lain membawa maksud kononnya beliau terbabit dalam kegiatan mengguling Ketua Menteri Pulau Pinang melalui cara yang salah serta menyembunyikan pembabitannya dalam satu demonstrasi ganas yang berlaku di KOMTAR dan Jambatan Pulau Pinang pada 1 Julai lalu.
.
Beliau berkata, pada 18 Ogos lalu, Lim mengeluarkan satu lagi kenyataan menyinggung di hadapan sekumpulan wartawan yang disiarkan di laman berita elektronik,The Malaysian Insider, pada hari yang sama. Zainal Abidin berkata,antara lain kenyataan itu membawa maksud kononnya beliau merancang untuk mensabotaj premis parti DAP di Pulau Pinang dan kononnya beliau terbabit dalam mencetuskan cubaan membakar premis itu.Beliau berkata, akibat kenyataan itu, ia merosakkan reputasinya dan menjejaskan kepercayaan parti induk terhadapnya.
.
Zainal Abidin menuntut ganti rugi RM30 juta, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah dan satu injunksi bagi menghalang kesemua defendan daripada terus mengeluarkan atau menyiarkan kenyataan fitnah itu.

HIMPUNAN SEJUTA UMAT GAGAL??

Gambar: Bagi Anwar Ibrahim BERSIH 2.0 adalah lebih mulia
.
Inilah cara dan mainan politik Pakatan Rakyat khususnya PKR dan PAS. Bagi mereka Himpunan Sejuta Umat dilihat tidak mendatangkan faedah dan membuang masa. Dalam hal ini, Anwar Ibrahim menyifatkan Himpunan Sejuta Umat sebagai gagal kerana tidak melibatkan agama dan kaum lain. Beliau juga mendakwa himpunan ini adalah satu perjumpaan yang membazir dan tidak mendatangkan manfaat.
.
Bagi Anwar Ibrahim, Himpunan BERSIH 2.0 lebih memberikan manfaat dan berfaedah serta tidak membazir. Tapi beliau lupa bahawa sebagai orang Islam Himpunan Sejuta Umat ini adalah untuk memperkuatkan Islam dari segi dalam dan luaran. Sedangkan BERSIH 2.0 adalah satu tindakan yang menyalahi undang-undang dan memberi impak negatif kepada ekonomi dan kestabilan sosio-politik negara. Bagi Anwar Ibrahim, perpaduan dan pengukuhan Islam tidak penting tetapi pengukuhan politik kepartian adalah segala-galanya....

Tuesday, October 18

EGO GUAN ENG JATUH KERANA ANAK....

Gambar: Lim Guan Eng
.
Kenyataan dibawah ini adalah rayuan Ketua Menteri Pulau Pinang terhadap Bloggers Pro Kerajaan agar tidak memainkan lagi isu anak beliau berkaitan "RABA BUAH DADA"...:
.
Press Statement By Penang Chief Minister Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 18.10.2011.
.
UMNO Should Act Against Those Trying To Wreck The Life Of My Young Son With Cruel And Barbaric Lies Just To Finish Me Off Politically To Prove That UMNO Is Not A 3D Party That Employs Desperate Dangerous And Dirty Tactics.
.
Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak had declared during the Gerakan National Delegates Conference two days ago that BN had not given up on Penang and will go all out to recapture the state from Pakatan Rakyat. Following those Najib’s declaration of intent, we see
pro-UMNO blogs and some UMNO leaders carrying out a serial campaign in the internet to systematically not only character assasinate me but also cruelly dragging in my young 16 year old son with their lies.
(kilik sini: sambungan)
.
Renungan: Sebelum ini DAP (Pakatan Rakyat) telah memalukan keluarga Perdana Menteri dengan mencerca, memfitnah, berbohong dan memainkan isu mengenai anak dan isteri Perdana Menteri...... sekarang Guan Eng rasakan pula perasaan apabila ia melibatkan keluarga beliau pula.

AKTA MURTAD MAINAN MEDIA?

Gambar: Tangisilah nasib Umat Islam yang murtad. Jangan tangisi nasib PAS
.
Tuan Guru Nik Aziz menyokong perlaksanaan satu akta khusus iaitu Akta Murtad yang dicadangkan baru-baru ini. Walau bagaimanapun, beliau mendakwa isu ini sengaja dimain-mainkan oleh pihak media bagi meraih sokongan masyarakat. Beliau juga mendakwa UMNO pernah dan sengaja menghalang PAS dari melaksanakan undang-undang khusus menangani gejala murtad sejak dari tahun 90-an lagi.
.
.
Gambar: 6 Jahanam. 5 dari 6 Peguam Kes Lina Joy 2006. Nik Aziz sudah lupa?
.
Sekali lagi Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sudah lupa terhadap sejarah. Beliau sudah lupa apa yang telah terjadi kepada beberapa Umat Islam. Kerana lupa inilah beliau asyik menyalahkan UMNO. Bolehkkah beliau jawab kenapa PAS berkawan dan bersahabat dengan Datuk Ambiga (Pengerusi BERSIH 2.0). Tidakkah PAS mengetahui sejarah latar belakang Datuk Ambiga? PAS dah lupa Datuk Ambiga sebenarnya adalah salah seorang Peguam Kes Murtad Lina Joy (Azlina Jailani 2006)? Dan Datuk Ambiga sehingga kita menawarkan Khidmat Guaman Percuma kepada Melayu yang ingin murtad....
.
Renungan: Sebelum tuduh media main-main, Tuan Guru Nik Aziz perlu berperang terhadap Datuk Ambiga habis-habisan kerana jika media main-main, ia tidaklah dianggap serius dari apa yang dilakukan Datuk Ambiga.

ANWAR CABAR PM DEBAT ISU BAJET

Gambar: Anwar Ibrahim perlu debat dengan bayang-bayang sendiri
.
Inilah perangai Anwar Ibrahim. Kononnya beliau adalah yang sempurna. Selepas Pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dengan perasaan sombong dan tidak puas hati telah mencabar Perdana Menteri berkaitan dengan ekonomi negara dan persoalan berkaitan Bajet 2012 yang dibentangkan pada 7hb Oktober 2011 lepas.
.
Alasan beliau adalah debat ini perlu berikutan Perdana Menteri melabelkan bajet Pakatan Rakyat 2012 sebagai Bajet Republikan yang didakwa tidak berasas. Beliau mahu debat ini disiarkan di dalam televisyen untuk rakyat membuat perbandingan. Menurut Anwar Ibrahim lagi, selaku Menteri Kewangan, Perdana Menteri harus menyahut cabaran dan bertanggungjawab ke atas ekonomi dan hutang negara.
.
Persoalannya: Kenapakah Anwar Ibrahim tidak mahu berdebat berkaitan isu video seks beliau yang bukan sahaja meruntuhkan maruah diri dan keluarga, tetapi boleh memberikan impak kepada Umat Islam Malaysia dan dunia. Ini kerana Anwar Ibrahim dikatakan membawa imej Islam dan amat dikenali di negara-negara Islam lain. Begitu juga dengan isu Hudud. Buat perdebatan kenapa Karpal tolak Hudud dan Nik Aziz pula nak laksana Hudud.

Friday, October 14

SIAPA DALANG DI SEBALIK DEMONSTRASI HADAPAN KEDUTAAN MALAYSIA DI JAKARTA?

.
Jika dilihat dan diteliti, beberapa perkara boleh kita nilai dan mengandaikan siapakah dalang sebenar di sebalik demonstrasi di hadapan Kedutaan Malaysia di Jarkarta dua hari lepas.
.
Kronologi:
.
Pertama: 13hb Julai 2011
.
Kira-kira 20 warga Indonesia membantah langkah Kerajaan Malaysia menghalang Perhimpunan BERSIH 2.0 di Ibu Negara dengan mengadakan demonstrasi di perkarangan Kedutaan Malaysia di Jakarta.
.
Kedua: 23hb Ogos 2011
.
Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia di Jakarta dilempar najis oleh sekumpulan penunjuk perasaan daripada kumpulan dikenali sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA).
.
Ketiga: 11hb September 2011
.
Kira-kira 1,000 pelajar Malaysia di Jakarta terpaksa mengambil langkah berwaspada termasuk terpaksa 'menyembungikan' identiti sebagai Rakyat Malaysia bagi meningkatkan tahap keselamatan ekoran tindakan sekumpulan penunjuk perasaan bersenjata buluh runcing dalam gerakan Sweeping Malaysia (Sapu Malaysia) bagi mencari dan mengusir rakyat Malaysia.
.
Keempat: Oktober 2011
.
Sekali lagi satu demonstrasi telah diadakan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta kononnya untuk membantah isu sempadan antara Malaysia dan Indonesia (merujuk Perjanjian British-Belanda 1891, 1915, 1928) yang melihatkan Indonesia kehilangan 1,400 hektar tanah di Camar Bulan dan 800 meter garis pantai di Tanjung Datu, Kalimantan Barat.
.
Daripada kesemua kronologi di atas, kita dapat melihat bahawa beberapa kronologi mempunyai kaitan dengan Pakatan Rakyat di Malaysia. Krolologi Pertama dan Kedua berkaitan dengan BERSIH 2.0. Kronologi Ketiga dan Keempat pula berkaitan kes masa genting Pakatan Rakyat menghadapi isu Kes Liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim. Jika dilihat Kronologi Keempat, isu ini dibawa oleh Pembangkang Indonesia sedangkan antara Malaysia dan Kerajaan Indonesia tiada masalah.
.
Jadi, kesimpulannya, kita boleh andaikan bahawa terdapat campurtangan Pakatan Rakyat secara belakang tabir khusus untuk memberikan tekanan kepada Kerajaan Malaysia dan dalam masa yang sama mengalih perhatian rakyat terhadap isu Liwat DSAI dan isu-isu lain seperti Lim Guan Eng-Johor dan Hudud-PAS.

AL KITAB BEBAS DIEDARKAN??

Gambar: Al-Kitab: Kitab Injil (Agama Kristian)
.
Majlis Gabungan Pertubuhan Sukarela Selangor (GPSS) semalam telah membuat laporan Polis bagi membantah penyebaran Al-Kitab secara meluas di kalangan Umat Islam di negara ini. Timbalan GPSS, Dr. Ibrahim Ghaffar, penyebaran kitab itu dikesan menggunakan kalimah Allah bertujuan mengelirukan serta memesongkan akidah Umat Islam.
.
GPSS mendakwa penyebaran kitab itu dikesan selepas mereka memperolehi cetakan kitab itu dari seorang pelajar sekolah menengah di Klang. Setiap cetakan dicetak sebanyak 100,000 naskah oleh Lembaga Biblika. GPSS mendesak pihak bertanggungjawab memberikan perhatian serius dalam hal ini kerana jelas tidakan menyebarkan kitab tersebut merupakan satu usaha untuk memurtadkan Umat Islam di Malaysia.
.
Renungan: 100,000 naskah bukan satu jumlah yang kecil. Memandangkan Al-Kitab ini juga diperolehi dari seorang pelajar sekolah menengah, ditulis pula dalam Bahasa Melayu dan menggunakan perkataan Allah, ini sudah jelas menggambarkan terdapatnya usaha terancang pihak tertentu untuk memurtadkan Umat Islam di Malaysia.
.

Thursday, October 13

JAWATANKUASA PAS PUSAT PANGGIL HU PANG CHAW

Gambar: Tuan Ibrahim Tuan Man
.
Jawatankuasa PAS Pusat akan memanggil Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chaw dalam masa terdekat bagi memberi penjelasan berhubung beberapa kenyataannya di media yang dilaporkan tidak selari dengan dasar parti.

Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata meskipun ruang demokrasi dalam parti itu besar, namun apabila ia membabitkan isu dalaman, anggota parti disarankan supaya menyelesaikan secara bermesyuarat di dalam parti.

"Tidak dinafikan, PAS sebagai parti yang besar juga tidak dapat lari daripada dilanda pelbagai isu dalaman. Atas dasar itu, PAS sudah pun mempunyai pelbagai saluran parti untuk mendapatkan maklum balas dan penjelasan tentang sesuatu isu dalaman.
.
"Jangan jadikan isu dalaman isu luaran yang sering kali diambil kesempatan oleh musuh untuk menyerang parti. Jangan sesekali beri media perdana, terutamanya yang dikuasai musuh, peluang untuk 'mengadakan yang tiada dan memperbesarkan yang kecil' lebih lagi dalam keadaan PRU13 (Pilihan Raya Umum ke-13) semakin mendekat," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, Hu dilapor berkata, media di negara ini berhak mendapat gambaran sebenar apa yang berlaku dalam PAS terutama dalam soal hukum hudud.

Hu berkata, beliau sama sekali tidak akan menyekat usaha media untuk bertemunya dalam menyuarakan pendapat masyarakat bukan Islam terhadap isu itu.

"Dalam situasi parti sedang membuat persiapan akhir bagi memperkemaskan jentera pilihan raya umum, sewajarnya semua ahli PAS dan DHPP perlu mengeratkan kerjasama dan muafakat untuk menghadapi musuh," kata Tuan Ibrahim. (Sumber: BERNAMA)

ARTIS SUDAH TUNJUK PROTES TERHADAP BOB LOKMAN...

Gambar: Mamat Khalid
.
Gambar: Usop Wilca
.
Gambar: AC Mizal
.
Gambar: Awie
.
Bob Lokman akan menerima tekanan. Tekanan kali ini adalah dari beberapa individu dalam kumpulan artis. Selepas usaha beliau memburuk dan memperlekehkan kumpulan artis ini kerana tidak sertai PAS, beberapa artis terkemuka bertekat untuk menyertai UMNO. Kemasukan mereka adalah ikhlas bagi mengimbangi keceluparan mulut Bob Lokman yang dilihat dah semakin celupar dan beremosi.

Beberapa artis difahamkan telah memberi lampu hijau untuk menyertai UMNO. Antaranya Awie, Usof Wilca, Mamat Khalid dan beberapa pelakon terkenal dalam filem zombi kampung pisang dan Man Laksa juga akan bersama UMNO.
.
Awie dan beberapa artis terkemuka tanah air terbabit dijadual menyerahkan borang keahlian sebagai Pemuda UMNO petang ini di kompleks PWTC. Sebelum itu Datuk AC Mizal dan isterinya Datin Emylia Rosnaida menyertai UMNO Perak dengan menyerahkan borang keahlian kepada YB Dato Hamidah Osman.

Wednesday, October 12

KREDIBILITI AZIZ BARI DIPERTIKAI?

Gambar: Aziz Bari pernah berceramah di ceramah Pakatan Rakyat
.
Kenapakah seorang yang dianggap sebagai Pakar Perlembagaan boleh lupa terhadap Artikel 47 dan 48 Perlembagaan Perekutuan?? Jika benar Dr. Abdul Aziz Bari "Pakar Perlembagaan", dia harus ingat kepada 2 artikel ini sebelum mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan Gereja di Damansara Utama Ogos lalu.
.
Selain itu, beliau (Aziz Bari) juga tidak harus mengeluarkan kenyataan yang mendakwa Sultan Selangor berpihak kepada parti tertentu. Ini kerana kenyataan beliau bukan setakat menghina Institusi DiRaja tetapi sudah "terkena batang hidung sendiri" kerana beliau juga berpihak kepada Pakatan Rakyat (PKR).
.
Sebagai seorang Penyarah di sebuah universiti Islam di Malaysia (UIAM), beliau harus sedar akan peranan Sultan sebagai Ketua Agama Islam Negeri. Jika benar beliau merupakan seorang "Pakar Perlembagaan", beliau (Aziz Bari) harus turut menegur beberapa kesalahan Pakatan Rakyat yang dikaitkan dengan Perlembagaan Persekutuan. Antaranya:
.
1. Isu jawatan Menteri Besar Perak suatu ketika dulu yang melibatkan Nizar dan Zamri.
2. Isu Malaysian Malaysia (DAP) yang menyentuh Hak Bumiputera / Melayu / Islam
3. Isu tanah 999 tahun di Perak
.
Renungan: Jadi kita boleh simpulkan Dr Abdul Aziz Bari bukan sebenarnya "Pakar Perlembagaan" tetapi "Pecacai Politik Pakatan Rakyat"....

PINOCHIO GUAN ENG

Gambar: Inilah sikap Guan Eng. Berdolak dalih dan menyangkal
.
Lim Guan Eng mungkin tidak sedar bahawa beliau masih merupakan Rakyat Malaysia. Mungkin dia ingat Pulau Pinang bukan di dalam Malaysia seperti Pulau Singapura. Jadi, bila berada di Singapura Guan Eng dah mula tersasul dengan memburukkan Johor (sebuah negeri di Malaysia). Mungkin juga Guan Eng merasakan DAP dah jadi PAP bila berada di Singapura. Tetapi beliau membuat kesilapan besar di mana beliau terlupa kad pengenalan beliau adalah berwarna biru dan beliau adalah warganegara Malaysia.
.

Renungan: Jika di Cina, kesalahan mengkhianati negara dan memburukkan negara adalah dijatuhkan hukum tembak (mati)...Lagi satu, kenapa beliau harus memburukkan Johor dan membuatkan Sultan murka?? Pernahkah Johor memburukkan Pulau Pinang sedemikian rupa?...Rakyat Johor akan terus mengingati apa yang diucapkan Guan Eng sampai bila-bila...


HUDUD: KENAPA GUAN ENG BERDIAM DIRI?

Gambar: Gan Ping Sieu
.
Itulah politik DAP dan Pakatan Rakyat....Tiada sebarang maklum balas terhadap cabaran MCA untuk berdebat dengan Guan Eng berkaitan isu Hudud. Dalam hal ini, MCA kelmarin terus mempersoalkan pendirian DAP berhubung cara bagaimana parti itu menghalang rakan parti pakatan mereka, PAS untuk tidak melaksanakan hukum hudud di Kelantan.
.

Naib Presidennya, Gan Ping Sieu berkata, ini kerana surat yang dihantar kepada Lim Guan Eng bagi menjemput Setiausaha Agung parti itu untuk berdebat isu berkenaan masih belum terjawab sehingga kini.

Menurut Gan Ping Sieu lagi, “surat tersebut telah dihantar seminggu lalu, namun ia masih belum dijawab. Kita mahu tahu apa pendirian mereka kerana sebelum ini banyak kenyataan mereka mengelirukan"...

Minggu lalu, MCA mencabar DAP untuk berdebat mengenai tindakan mereka untuk menghalang PAS daripada melaksanakan hukum hudud sebagaimana yang dibuat Barisan Nasional (BN) dalam menyatakan pendirian mereka.

Tuesday, October 11

MALAYSIA KE 19 TAHAP PENCEGAHAN JENAYAH

Gambar: Pelakon BERSIH 2.0 ini cuba menipu kita kononnya Polis ganas....tapi Global Peace Index (GPI) membuktikan Malaysia selamat...
.
Malaysia merupakan negara ke 19 dari 156 buah negara di dunia yang dikategorikan paling selamat. Ini bermaksud, Malaysia mempunyai tahap pencegahan jenayah ke 19 terbaik di dunia. klik sini
.
Sumber dari Global Peace Index (GPI) 2011 membuktikan Kerajaan Malaysia benar-benar serius untuk mengekalkan keamaan dan keselamatan di Malaysia. Pada tahun 2007, Malaysia berada pada tangga ke 37 dunia.
.
Menurut Naib Presiden Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM), Datuk Kamarudin Md Ali, untuk menambah baik kedudukan itu, yayasan akan meningkatkan program kesedaran secara berterusan kepada orang ramai dalam usaha mencegah jenayah di negara ini. Pihak polis dapat menangani kes jenayah, manakala pihak yayasan pula boleh membantu memberi kesedaran kepada orang ramai melalui program-program yang diadakan.
.

BOB LOKMAN OH BOB LOKMAN....

Gambar: Sebelum ini Bob Lokman pernah menghentam dunia artis. Sepatutnya beliau berdakwah secara hikmah. Sekarang hentam pula JAIS...
.
Suatu ketika dulu Bob Lokman pernah mengatakan bahawa tindakan beliau untuk menyertai PAS adalah untuk memperbetulkan keadaan beliau yang sudah tersasar dari landas Islam. Kononnya menyertai PAS boleh mempertingkatkan kerohanian dan moral sebagai Islam sejati.
.
Tetapi sekarang apa sudah jadi dengan Bob Lokman???.....Selepas ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Daerah Hulu Langat kerana menyampai ceramah tanpa tauliah, Bob Lokman dengan nada angkuh berkata "kalau korang nak mati malam ini, datanglah ke Surau Batu Cave..Malam ini kau tahu apa nasib kau orang!!!.....Amboi sedap betul Bob Lokman mencabar JAIS dan Polis.
.
Selain itu, Bob juga memperlekehkan keupayaan ilmu penguatkuasa kerana apabila Bob menengking semuanya diam termasuk pihak Polis. Ini menunjukkan semua penguatkuasa dan pihak polis takutkan Bob Lokman.
.
Renungan: Kita tengok malam ini sama ada Bob Lokman hebat atau undang-undang lebih hebat. Untuk Bob Lokman, sedarlah bahawa untuk berceramah agama perlu ada kelayakan agama. Jika tiada kelayakan...inilah yang terjadi....memaki hamun orang lain..

AL FATIHAH: AHMAD JAIS KEMBALI KE RAHMATULLAH

Gambar: Datuk Ahmad Jais dalam kenangan
.
Blog Bangsaku2020 mengucapkan takziah di atas kematian lagenda penyanyi popular tanahair iaitu Datuk Mohd Jais. Jenazah penyanyi popular dengan lagi Di Ambang Sore dan Juwitaku Sayang telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini petang ini. Al Fatihah....

ABDUL AZIZ BARI PERTIKAI TITAH SULTAN

Gambar: Abdul Aziz Bari
.
Abdul Aziz Bari seorang penyarah boneka Pakatan Rakyat mempertikai tindakan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam campurtangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu. Menurutnya, sebagai Ketua agama Islam di negeri itu, baginda tidak bertindak selaras dengan ajaran Islam.

Aziz Bari yang merupakan bekerja sambilan dengan TV Selangor mempertikaikan campurtangan Istana. Aziz Bari juga mempertikaikan tindakan Sultan yang tidak konsisten dalam tindakan.
Semalam, Sultan Sharafuddin bertitah bahawa baginda amat tersinggung dengan usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di Selangor.

Tindakan penyarah boneka ini dianggap biadap terhadap Institusi Raja dan wajar dikenakan tindakan. Sejak-sejak akhir ini penyarah ini sering dilihat mempertahankan Anwar Ibrahim.
Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan supaya tidak ada pihak akan didakwa dalam isu pemeriksaan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) Ogos lalu.
.

Renungan: Kenapa Anwar Ibrahim gunakan Aziz Bari dan tidak menyatakan pendirian beliau secara terbuka? Apa komen PAS dan DAP mengenai statement Aziz Bari ini?

Monday, October 10

ANCAM TINGGAL PAS!

Gambar: Hu Pang Chow
.
Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang mempunyai 20,000 ahli enggan menyokong parti itu jika Hudud dilaksanakan. Pengerusi DHPP iaitu Hu Pang Chow menegaskan bahawa "apa yang mungkin berlaku ialah tindakan keluar daripada sayap parti itu beramai-ramai senadainya pemimpin PAS enggan mengalah dan mahu terus memperjuangkan Hudud". Kenyataan Hu Pang Chow ini merupakan satu tekanan besar buat PAS kerana keahlian DHPP mencecah 20,000 ribu orang di mana 70% adalah dari kaum India, 20% kaum Cina dan selebihnya 10% dari kaum lain. (Sumber: Sinar)
.
Renungan: Di sini kita boleh menguji keikhlasan PAS untuk menegakkan Hukum Islam. Jika Hudud dijadikan sandiwara politik PAS, maka PAS sendiri akan memanipulasikan keadaan. Kesimpulannya, PAS memang bersandiwara dengan sentimen Hudud untuk kepentingan parti dan tidak akan melaksanakan hukum ini.

Sunday, October 9

BAJET 2012 TIDAK SELESAIKAN PENGANGGURAN??

Gambar: Dr. Raja Ahmad Al-Hiss
.
Pemuda PAS menyelar pembentangan belanjawan kali ini yang didakwa tidak menitikberatkan keperluan anak muda, antaranya bagi bersaing dalam pasaran kerja.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Dr Raja Ahmad Al-Hiss (gambar) berkata, selain tiada peruntukan khas pembangunan insan dan latihan, kerajaan juga dilihat tidak mampu menyediakan alternatif pekerjaan untuk menampung pengangguran graduan yang semakin meningkat.

"Di saat ekonomi negara yang kurang bermaya, kerajaan hanya menumpukan pengekalan nilai sedia ada di universiti tempatan tanpa cuba mewujudkan kreativiti sosial dan ekonomi," kata Dr Raja Ahmad. (Sumber: klik sini)

Renungan: Jika benar dakwaan Dr. Raja Ahmad Al-Hiss ini, beliau perlu mengulas kenapa ramai anak Kelantan merantau ke negeri lain untuk mendapatkan kerja? Kenapa Kerajaan PAS Kelantan tidak berusaha mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan belia Kelantan? Selain itu, kenapa gejala sosial di kalangan belia Kelantan semakin meningkat sedangkan Kelantan dilabelkan sebagai Serambi Mekah dan diperintah oleh Parti Islam Malaysia (PAS)??

BAJET 2012: NAJIB "THE REAL GOD FATHER"...

Gambar: Dato' Seri Anwar....."Checkmate"
.
Bagi Pakatan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim merupakan "God Father" yang sukar digugat dan dipermainkan. Tapi bak kata pepatah Melayu "Sepandai Tupai Melompat Jatuh Juga Ke Tanah". Kali ini Dato' Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan oleh "The Real God Father" iaitu Dato' Seri Najib Razak....
.
Sebagai "God Father" dalam Pakatan Rakyat, Dato' Seri Anwar cuba dan telah membentangkan Bajet Pakatan tiga (3) hari sebelum Perdana Menteri membentangkan Bajet 2012. Isi kandungan Bajet Pakatan dikatakan telah dihasilkan dari info dalaman Kerajaan BN. Dengan membentangkan Bajet Pakatan tiga (3) hari sebelum, masyarakat akan berpandangan Perdana Menteri memplagiat Bajet Pakatan jika membentang Bajet 2012.
.
Dengan begitu yakin dapat mengenakan Perdana Menteri, pengolahan bajet Dato Seri Anwar dibentang dengan begitu konsisten dan beliau menggelarkan ia sebagai Bajet Pakatan yang realistik.

Tapi "God Father" telah dikenakan oleh "The Real God Father"....

Bajet Pakatan membelanjakan hampir RM200 billion. Tetapi Bajet 2012 oleh Dato' Seri Najib pulak membentangkan jumlah keseluruhan bajet melebihi RM200 billion. Siapa lebih hebat?? Tentunya Perdana Menteri. Dalam hal ini, info bajet yang diterima oleh Dato Seri Anwar rupanya antara beberapa set bajet dummy yang telah disediakan sebagai langkah keselamatan. Hasilnya Dato' Seri Anwar mengamuk dan melenting serta terduduk disebabkan "strategi The Real God Father"...

Dalam hal ini, antara intipati utama Bajet Pakatan adalah berlegar pada pemberian RM 1,000 bonus dan pemansuhan IPP, itu sahaja. Tetapi ia merupakan info bajet palsu yang dterimapakai oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Sedangkan Perdana Menteri mengupas Bajet 2012 dengan lebih detail dan cukup mikro (halus) seperti pemandu teksi dapat laba, kakitangan awam dapat habuan, ibubapa pelajar sekolah rendah menengah dapat habuan, pesara dapat habuan, polis dan tentera dapat habuan, sekolah dapat habuan.

Renungan: Itulah akibat dari plagiat dan meniru hasil titik peluh orang lain. Tetapi kerja jahat tersebut telah disedari oleh Perdana Menteri....

BN: BELA NASIB (RAKYAT)

Gambar 1: BN: BELA NASIB Rakyat
.
Gambar 2: BN: BELA NASIB Rakyat

Barisan Nasional atau BN.....BELA NASIB (BN) Rakyat, bukan Barang Naik (BN) seperti ejekan Pakatan Rakyat!!! Syabas BN...Kerajaan Kebajikan sebenar!!!

BAJET 2012: BAJET KEBAJIKAN!!....

Gambar: Pakatan Rakyat mengatakan Bajet 2012 untuk pancing undi....habis tu Bajet Pakatan Rakyat pancing apa?? Pancing Ikan..!!
.

Bajet 2012: Benar-Benar Kebajikan!!! Dalam usaha untuk terus meringankan belanja seharian rakyat termasuklah dalam menyekolahkan anak-anak, Kerajaan bercadang membuat pemberian tunai secara one-off atau sekali sahaja seperti berikut:

Kebajikan Pertama: Bantuan sebanyak 500 ringgit kepada isi rumah berpendapatan bulanan 3,000 ringgit dan ke bawah. Langkah yang julung kali diambil ini membuktikan keprihatinan Kerajaan terhadap golongan berpendapatan rendah akibat kenaikan kos sara hidup.

Seramai 3.4 juta isi rumah atau 53 peratus daripada jumlah keseluruhan isi rumah dijangka mendapat manfaat daripada bantuan ini. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit. Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;

Kebajikan Kedua: Bantuan persekolahan 100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara. Memandangkan bantuan ini disasarkan kepada keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana, atas dasar kebertanggungjawaban sosial, terpulanglah kepada budi bicara penjaga atau ibu bapa yang berkemampuan untuk menerima atau tidak. Di atas semuanya, langkah ini dijangka dapat meringankan beban perbelanjaan persekolahan. Bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 5.3 juta pelajar dan melibatkan peruntukan 530 juta ringgit. Bantuan ini juga akan dilaksanakan melalui akaun Bank Simpanan Nasional; dan

Kebajikan Ketiga: Pemberian baucar buku bernilai 200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara. Bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 1.3 juta pelajar dan melibatkan peruntukan 260 juta ringgit.

Renungan: Jika Pakatan Rakyat mengatakan Bajet 2012 adalah untuk pancing undi, jadi apa pula yang perlu dilabelkan untuk Bajet Pakatan Rakyat?....kalau bukan pancing undi...pancing ikan???