Tuesday, May 15

TUNKU AZIZ KELUAR DAP

Naib Pengerusi DAP Tunku Aziz Tunku Ibrahim malam tadi mengumumkan keluar parti selepas tiada persefahaman dengan kepimpinan tertinggi parti tersebut. Tindakan keluar parti ini adalah ekoran dari tindakan beliau sebelum ini yang mengecam penganjuran Perhimpunan BERSIH 3.0 baru-baru ini. Menurut Tunku Aziz, tidak semua pemimpin parti Pakatan Pembangkang menyokong Perhimpunan BERSIH 3.0 tersebut....

Nota: Apa pula komen Tunku Aziz mengenai Ambiga yang menyokong orang Islam @ Melayu murtad? Apa komen beliau terhadap kenyataan Karpal Singh agar melangkah mayat beliau (Karpal) untuk tubuh negara Islam?

Monday, May 14

JUAL BURGER SUDAH MELATAH...

Tindakan Persatuan Ikhlas mengadakan demonstrasi di hadapan rumah Pengerusi BERSIH 3.0 iaitu Datuk S. Ambiga telah mengundang perasaan tidak puas hati oleh Ambiga sendiri. Itu baru demonstrasi jual burger sahaja...bukannya buat rusuhan hingga merosakkan harta benda awam seperti mana yang dilakukan penyokong BERSIH 3.0 baru-baru ini. Bayangkan jika gerai-gerai jual ikan, sayur, buah-buahan dibuka di sepanjang lorong rumah beliau....

PAS SEDIA MUZAKARAH??

"Pintu pejabat PAS sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja, termasuk UMNO" - Datuk Seri Abdul Hadi Awang.... Adakah ungkapan ini benar-benar ikhlas atau mempunyai muslihat tersendiri? Kenapa baru sekarang kenyataan ini diungkapkan? Adakah kerana PAS sudah tidak dapat berkata apa-apa lagi kepada Karpal Singh berkaitan amaran Karpal agar beliau (Hadi Awang) berhenti bercakap mengenai perlaksanaan hukum hudud jika berjaya menawan Putrajaya pada PRU akan datang??...Adakah keikhlasan Hadi ini dipersetujui perasit-perasit lain seperti Mahfuz, Mustafa Ali dan Mohamad Sabu?