Wednesday, April 25

ANWAR BAWA PEMANTAU ASING??

Jemput Pemantau Tengok Video Ini
Tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membawa masuk 12 pemantau asing untuk PRU 13 dilihat hanya taktik kotor untuk menjatuhkan imej Kerajaan. Dimanakah peranan dan kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia sehinggakan Anwar boleh memutuskan untuk membawa pemantau asing tanpa melalui SPR. Tidak cukupkah dengan segala penambahbaikan oleh SPR selama ini?...

Nota: Jika ingin TELUS, Anwar perlu panggil pemantau asing untuk menilai KES VIDEO SEKS beliau dan tontonkan VIDEO SEKS tersebut kepada pemantau asing atau pakar luar negara. Bukan setakat 12 pemantau tetapi 20 atau 30 pemantaupun boleh...Kenapa Anwar TIDAK BERANI?...

MAHFUZ (PAS) SOKONG LGBT & AMBIGA

Apa kata Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS mengenai LGBT dan S AMBIGA??.... Kata Mahfuz..."PAS akan tetap menyokong BERSIH 3.0 walaupun dipengerusikan Datuk S Ambigayang merupakan penyokong tegar amalan LESBIAN, GAY, BISEKSUAL dan TRANSGENDER (LGBT)"...

Kata Mahfuz lagi.."Sesiapapun boleh menjadi Pengerusi. kami tidak mengambil kira latarbelakang pengerusi atau sesiapa yang berada dalam komuniti tersebut, asal ia tidak bercanggah dengan tuntutan asal"...
.
Inikah Yang PAS Sokong???
Nota: Layakkah seorang yang mempunyai prinsip perjuangan membela LGBT (dilaknat Allah) dan menyokong orang Islam Murtad melalui pembiayaan percuma khidmat guaman seperti S Ambiga ini dijadikan KETUA atau PENGERUSI oleh PAS??...Di manakah pemimpin Islam lain?? atau tiadakah pemimpin bukan Islam (yang tidak tentang Islam seperti Ambiga) lain yang boleh dijadikan KETUA atau PENGERUSI oleh PAS???

AKSB DITERJAH....

Patutlah Kena Terjah SPRM....(Islam Utamakan Kebersihan)
Air Kelantan Sdn. Bhd (ASKB) telah diterjah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Terjahan kali ini semasa berlansungnya Mesyuarat Lembaga Pengarah AKSB yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kehadiran SPRM ini adalah disebabkan banyak aduan mengenai pembekalan air yang dikatakan tercemar dan ia dilihat sebagai satu ketidakcekapan pengurusan (mengalami kerugian RM130 dalam projek air tidak terhasil).

Tuesday, April 24

AISKRIM

Kali ini Anwar akan berdepan dengan 'kawan lama' lama beliau iaitu Nalakaruppan dalam isu kes saman malu RM100 terhadap Nalakaruppan. Tetapi Nalakaruppan selaku Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) dan 'kawan lama' telah menggemparkan kita semua dengan tindakan balas beliau iaitu akan membuka rahsia Anwar dan menjawab segala saman malu ini melalui 'satu pita video khas'...

Selain mengemukakan pita video tersebut, Nalakaruppan sekali lagi menggesa mahkamah menyegerakan kes ini dan satu kenyataan yang agak 'lucu' beliau ialah "saya ingin menceritakan bagaimana Anwar makan aiskrim dengan Shamsidar"... Rupa-rupanya, selain hubungan songsang, dan isu video seks, Anwar juga pandai menikmati aiskrim secara romantik dengan 'isteri orang'.....

Thursday, April 19

SELANGOR TIDAK SERTAI PRU13??

Si Penakut yang bernama Anwar Ibrahim ini sentiasa mencari helah dan cara untuk elakkan dari berhadapan dengan PENGADILAN RAKYAT pada PRU 13. Kali ini selepas isu NFC tidak berjaya, ISA sudah diselesaikan Kerajaan, isu hina Agong mendapat tentangan hebat dan isu PTPTN tiada sambutan (hanya segelintir pelajar), sekali lagi Anwar Ibrahim mensasarkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai sasaran untuk menyalahkan Kerajaan.
.
Khalid Gagap
Kali ini Anwar Ibrahim akan mendesak Kerajaan Negeri Selangor dibawah Khalid Gagap untuk mengadakan pilihanraya berasingan kerana mendakwa SPR gagal bersihkan daftar pemilih. Kerana terlalu takut DIADILI RAKYAT, Anwar Ibrahim dan Khalid Gagap akan terus bersandiwara untuk mengaburi pemikiran rakyat.

T.I.B.A.I AKAN TIBAI ANWAR??

Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (T.I.B.A.I) adalah sebuah kelab yang ditubuhkan untuk menetang Ketua Pembangkang iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kalau dalam bahasa atau dialek utara TIBAI bermaksud HENTAM atau PUKUL seseorang. Jadi dengan wujudnya T.I.B.A.I ini ia adalah satu gerakan yang amat sesuai untuk HENTAM dan SERANG Anwar Ibrahim yang banyak melakukan pembohongan kepada rakyat.

T.I.B.A.I akan dirasmikan pada 22hb April ini di Kelab Sultan Sulaiman dan akan dirasmikan oleh Datuk Ibrahim Ali (PERKASA). Antara individu terawal menganggotai T.I.B.A.I adalah Senator Mohd Ezam, Datuk Zulkifli Nordin, S. Nalakaruppan, Wee Cho Keong, Ruslan Kassim dan ramai lagi bekas ahli PKR dan bekas orang kanan Anwar Ibrahim.

Wednesday, April 18

SIAPA FARAH AFIFAH??

Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan isteri Timbalan Presiden PKR, Shamsidar Taharin, digesa tampil bersama membuat pengakuan berhubung status sebenar Farah Afifah Azmin dari segi HUKUM SYARAK. Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah, berkata pengakuan itu perlu dilakukan segera bagi merungkai persoalan dan kekeliruan mengenai anak Shamsidar, Farah Afifah.
.
Menurut Aminah lagi, pelbagai pihak dalam PKR sendiri tertanya-tanya mengenai perkara itu tetapi tidak berani bersuara kerana takut dipecat, sejak dulu lagi. “Apakah pertalian sebenar mengikut hukum syarak antara anak Azizah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dengan anak Azmin dan Shamsidar iaitu Farah Afifah".

Jadi, tunggu apa lagi....kepada sesiapa yang berkenaan sila jawab. Buat apa hendak sembunyi jika tidak bersalah?

LAGI KES MURTAD....

Kenapa masih ada orang Islam yang ingin untuk MURTAD??.... Salah siapa??... Terbaru Mahkamah Tinggi Syariah di Pulau Pinang menangguhkan sehingga 10 Mei bagi keputusan bantahan awal kes dua beradik yang memohon mendapatkan pengisytiharan keluar daripada agama Islam (MURTAD).
.
Hakim Syarie, Othman Ibrahim menetapkan tarikh tersebut bagi membolehkan mahkamah menyediakan alasan penghakiman sebelum keputusan kes dibuat. Dalam kes yang difailkan penghujung 2010, Roslina Abdul Rashid dan adiknya, Rosli masing-masing berumur 30-an selaku plaintif, menamakan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) sebagai defendan.
.
Ambiga (Tengah)
Nota: Cuba siasat siapakah peguam di belakang dua adik beradik ini. Kita harap ia bukanlah angkara Ambiga Sreenevasam (Pengerusi BERSIH 2.0) yang merupakan salah seorang peguam Azlina Jailani (Lina Joy) yang MURTAD pada 2006 dengan nama Lina Joy. Ambiga juga memberikan khidmat guaman percuma bagi mereka yang ingin MURTAD.

KHALID GAGAP ANGKUH

Itulah keangkuhan PEMBANGKANG khususnya PKR. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim  Menteri Besar Selangor menganggap perbuatan mempersendakan Raja-Raja Melayu melibatkan pemimpin Pakatan Pembangkang iaitu Azmin Ali dan Tian Chua yang hadir pada istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara baru-baru ini sebagai isu remeh dan kecil sahaja.

Beliau berkata, perkara itu hanya isu kecil sahaja hanya bagi tujuan politik dan ia tidak sepatutnya dibangkitkan langsung perkara kecil itu.
Justeru, beliau berkata, pihak pembangkang sedia pada bila-bila masa sahaja untuk menghadap Seri Paduka Baginda jika ada keperluan.

Tuesday, April 17

AKTA KESALAHAN KESELAMATAN GANTI ISA


Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) menyediakan TUJUH (7) LINDUNG JAMIN bagi mengimbangi tuntutan hak asasi serta menangani cabaran anti demokratik pasca komunisme.
.
Satu: 
Tiada orang boleh ditangkap atas kepercayaan politik atau aktiviti politik.
Dua:
Kuasa Menteri Dalam negeri untuk menahan tanpa perbicaraan dimansuhkan
Tiga:
Tempoh tahanan 28 hari disemak setiap 5 tahun
Empat:
Polis wajib memaklumkan waris mereka yang ditangkap seberapa segera dan hak mendapatkan penguam dalam tempoh 48 jam.
Lima:
Polis dan pendakwaraya perlu membuat keputusan sama ada mendakwa atau membebaskan tahanan dalam tempoh 28 hari.
Enam:
Penubuhan jawatankuasa pentadbiran untuk menyemak keseluruhan Akta ini dari masa ke semasa dan syorkan penambahbaikan.
.
Jadi, apakah alasan sebenar Anwar Ibrahim untuk mendesak akta baru ini dikaji semula?? Sedangkan akta berkaitan ISA di Singapura, Amerika Syarikat dan negara-negara lain lebih tidak demokratik dari akta baru ini... 

HAPUSKAN PINJAMAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR!!

Kenapakah pembangkang khususnya Kerajaan Negeri Selangor tidak berani perjuangkan pemansuhan SKIM PINJAMAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR terlebih dahulu sebagai contoh terbaik dalam mempraktikkan NEGARA BERKEBAJIKAN? Pembangkang harus tunjukkan contoh terbaik sebelum pergi kepada pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Bukan setakat itu sahaja, Kerajaan Negeri Selangor juga perlu hapuskan caj surat guaman sebanyak RM100 bagi setiap surat yang dihantar kepada pemimjam....ADA BERANI?

MAHASISWA BERKHEMAH - PTPTN

Hebat mahasiswa sekarang. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk perjuangkan sesuatu perkara yang tiada penghujungnya. Mahasiswa dipergunakan dalam apa sahaja menifesto politik pembangkang. Tetapi yang sedih sekali ia melibatkan MAJORITI PELAJAR MELAYU ISLAM. Mereka juga sanggup BERKHEMAH untuk perjuangkan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Tetapi sedarkah mereka bahawa banyak lagi isu yang lebih serius yang boleh mereka perjuangkan? Kenapa mereka tidak BERKHEMAH untuk DEMONSTRASI dalam isu MURTAD? ...... isu VIDEO SEKS .... isu HINA ISLAM (KARPAL / KOMUNIS) .... isu PENYELEWENGAN FATWA OLEH PAS .... isu ISRAEL dan lain-lain lagi...

Dalam isu PTPTN, buatlah bantahan secara BERHEMAH dan bukan BERKHEMAH...

Monday, April 2

PAKATAN TEKAD HAPUS PTPTN

Pakatan Rakyat (PR) bertegas akan menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan menukarkan kepada skim biasiswa yang lebih mesra rakyat. Perkara ini akan berlaku jika mereka (PR) memenangi PRU Ke 13 akan datang.
.
Menurut Ahli Parlimen Balik Pulau dari PKR iaitu Yusmadi Yusoff (gambar) berkata, apa yang dilakukan PR bukanlah menghapuskan terus skim seperti PTPTN kerana menyedari anak golongan miskin masih memerlukan perbelanjaan ke menara gading.
Renungan: Dimanakah tanggungjawab pelajar yang gagal memperolehi ijazah atau diploma dengan bantuan PTPTN (Kerajaan)?? Bagaimana pula bagi para pelajar yang menggunakan PTPTN (Kerajaan) dengan hanya berfoya-foya dan berseronok hingga mengetepikan pelajaran di kampus?? Bolehkah dihalalkan pembiayaan PTPTN (Kerajaan) kepada pelajar yang menyeleweng pembiayaan PTPTN sehingga gagal memperolehi ijazah atau diploma??....Bagi yang gagal dan menyeleweng PTPTN hingga RM 30,000 seorang pasti suka dengan cadangan PR ini. Tetapi apakah tanggungjawab sebagai individu yang mempunyai agama dan bermaruah?

LETUPAN DI HATYAI SATU PENGAJARAN

Rakyat Malaysia seharusnya bersyukur dan berterima kasih dengan anugerah yang telah diberikan oleh Tuhan kepada Malaysia. Rakyat Malaysia harus menjadikan iktibar terhadap peristiwa pengeboman di Lee Gardens Plaza Hotel Hatyai, Thailand. Banyangkanlah peristiwa tersebut berlaku di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur....apakah perasaan kita selaku rakyat Malaysia??....Jadi, peliharalah keharmonian dan perpaduan yang dibina sejak dari zaman kemerdekaan lagi. Jangan gadaikan bangsa dan negara kerana perbezaan politik yang terlalu sempit dan fanatik.

ANWAR MINTA BERHENTI FITNAH

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta ahli UMNO akar umbi agar berhenti memfitnahnya kerana beliau tidak pernah mempunyai masalah dengan mereka. Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan penyokong beliau di Seksyen 1, Wangsa Maju malam kelmarin.
Renungan: Jika Anwar tidak mahu masyarakat bercakap tentang beliau, beliau harus menafikan semua tuduhan terhadap beliau seperti meliwat, video seks, dan lain-lain dengan bersumpah dengan nama Allah. Selagi beliau tidak bersumpah, selagi itulah orang akan memperkatakan tentang segala kesalahan moral yang dilakukan oleh beliau sendiri.