Wednesday, April 18

SIAPA FARAH AFIFAH??

Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan isteri Timbalan Presiden PKR, Shamsidar Taharin, digesa tampil bersama membuat pengakuan berhubung status sebenar Farah Afifah Azmin dari segi HUKUM SYARAK. Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah, berkata pengakuan itu perlu dilakukan segera bagi merungkai persoalan dan kekeliruan mengenai anak Shamsidar, Farah Afifah.
.
Menurut Aminah lagi, pelbagai pihak dalam PKR sendiri tertanya-tanya mengenai perkara itu tetapi tidak berani bersuara kerana takut dipecat, sejak dulu lagi. “Apakah pertalian sebenar mengikut hukum syarak antara anak Azizah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dengan anak Azmin dan Shamsidar iaitu Farah Afifah".

Jadi, tunggu apa lagi....kepada sesiapa yang berkenaan sila jawab. Buat apa hendak sembunyi jika tidak bersalah?

No comments: