Salehuddin Ayub, Ketua Dewan Pemuda Pas, berkata PAS bersedia bersama Kerajaan untuk berbincang menangani masalah ekonomi negara dengan mengetepikan kepentingan dan ideologi politik. Salehuddin berkata "Saya mewakili PAS bersedia pada bila-bila masa saja di atas jemputan Kerajaan yang mahu pihak pembangkang mengetepikan kemelut politik dengan bersama-sama menyumbang idea bagi memulihkan ekonomi negara. Menurut beliau lagi "Kita bersetuju bersemuka dan berbincang jika kerajaan meletakkan semua perkara dalam prinsip ketelusan supaya pakej rangsangan bernilai RM60 bilion ini berjaya," katanya ditemui di lobi Parlimen.
Salehuddin berkata lagi, PAS yakin pakej rangsangan ekonomi kedua berjumlah RM60 bilion mampu menarik pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini, sekali gus merancakkan ekonomi negara.
Renungan: Adakah DAP dan PKR akan mengikut jejak langkah PAS untuk bersama-sama Kerajaan BN memulihkan ekonomi Malaysia?