Friday, February 27

KERIS TAMING SARI DI PERAK......


Kita pernah mendengar Hikayat Hang Tuah dan pernah menonton filem arahan Tan Sri P. Ramlee berkaitan Hang Tuah Lima Bersaudara. Apabila Sultan Melaka menitahkan Hang Tuah membunuh Hang Jebat yang menderhaka, salah satu cara yang perlu (wajib) digunakan adalah merampas kembali Keris Taming Sari dalam genggaman Hang Jebat. Apabila keris tersebut berjaya dirampas oleh Hang Tuah maka barulah Hang Jebat dapat dibunuh. Ini menunjukkan bahawa Taming Sari adalah kekuatan Hang Tuah dan hanya keris tersebut sahaja dapat membunuh Hang Jebat.

Jadi, untuk mentadbir dan mencorakkan kembali Kerajaan BN di Perak dan memperkukuhkan kekuatan politik Kerajaan, kuasa (Taming Sari) yang masih ada di tangan YB Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin perlu dirampas oleh Kerajaan BN dengan segera dan Mahkamah tidak boleh melengahkan perkara ini untuk membuat keputusan.....dan jika ia berlarutan, ia akan menjadi racun atau wabak yang tidak ada ubat yang boleh menyembuhkannya.

"PEMUDA UMNO CELAKA".. FIKIR SEBELUM BERCAKAP!!

Satu persoalan yang paling besar yang perlu kita semua renungi mengenai ungkapan Ahli Parlimen Bukit gelugor iaitu YB Karpal Singh berkaitan "Pemuda UMNO Celaka" adalah:

a. Ungkapan tersebut dituju / melibatkan satu kumpulan belia atau pemuda yang memperjuangkan agenda Melayu dan kumpulan tersebut berada di dalam Pertubuhan Melayu (UMNO) yang terbesar di Malaysia.

b. Kumpulan belia atau pemuda ini adalah generasi yang akan memegang tanggungjawab sebagai Pemimpin Negara (Perdana Menteri Malaysia) pada masa akan datang.

c. Ungkapan ini juga mengaitkan kumpulan belia atau pemuda Melayu yang beragama Islam di Malaysia.
d. Bila ia melibatkan orang Melayu atau bangsa Melayu, tidakkah ia secara langsung telah menghina Rukun Negara Kedua iaitu Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara....di mana Raja atau Sultan juga berbangsa Melayu.

Daripada semua perkara yang tersebut di atas ini, kita boleh simpulkan bahawa dengan menggunakan perkataan "CELAKA" (maksud: MALAPETAKA, TIDAK BERNASIB BAIK, KEJI dan lain-lain) kepada Pemuda UMNOini, ia secara tidak langsung menghukum generasi pelapis dari bangsa Melayu untuk menerajui Negara pada masa hadapan. Ini bermaksud UMNO pada masa hadapan tidak lagi releven dalam politik Malaysia. TIDAKKAH TUDUHAN INI SATU GURAUAN ATAU PENGHINAAN YANG TIDAK BOLEH DIMAAFKAN DALAM SEJARAH MALAYSIA??