Tuesday, April 17

AKTA KESALAHAN KESELAMATAN GANTI ISA


Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) menyediakan TUJUH (7) LINDUNG JAMIN bagi mengimbangi tuntutan hak asasi serta menangani cabaran anti demokratik pasca komunisme.
.
Satu: 
Tiada orang boleh ditangkap atas kepercayaan politik atau aktiviti politik.
Dua:
Kuasa Menteri Dalam negeri untuk menahan tanpa perbicaraan dimansuhkan
Tiga:
Tempoh tahanan 28 hari disemak setiap 5 tahun
Empat:
Polis wajib memaklumkan waris mereka yang ditangkap seberapa segera dan hak mendapatkan penguam dalam tempoh 48 jam.
Lima:
Polis dan pendakwaraya perlu membuat keputusan sama ada mendakwa atau membebaskan tahanan dalam tempoh 28 hari.
Enam:
Penubuhan jawatankuasa pentadbiran untuk menyemak keseluruhan Akta ini dari masa ke semasa dan syorkan penambahbaikan.
.
Jadi, apakah alasan sebenar Anwar Ibrahim untuk mendesak akta baru ini dikaji semula?? Sedangkan akta berkaitan ISA di Singapura, Amerika Syarikat dan negara-negara lain lebih tidak demokratik dari akta baru ini... 

No comments: