Wednesday, September 28

SAMAN RM200 JUTA: THE MALAYSIAN INSIDER SELESAI LUAR MAKHAMAH

Gambar: Tan Sri Tajudin Ramli
.
Inilah akibat daripada ketiadaan etika dan tanggungjawab terhadap sesuatu yang dilaporkan. Penipuan, manipulasi dan fitnah telah memakan diri sendiri. Dalam hal ini, kes saman bekas Pengerusi Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Tan Sri Tajudin Ramli terhadap portal berita The Malaysian Insider kini dalam peringkat akhir sebelum direkodkan setelah bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah. Peguam George Miranda, yang mewakili syarikat, pegawai dan wartawan portal itu, berkata pihak-pihak akan meneliti terma-terma yang dipersetujui sebelum ia direkodkan.
.
Hakim Mahkamah Tinggi Harminder Singh Dhaliwal menetapkan Jumaat ini untuk merekodkan persetujuan berhubung saman bernilai RM200 juta itu di dalam kamar hari ini, kata Miranda kepada pemberita di luar mahkamah di sini.

Pada 18 Ogos lepas, Tajudin memfailkan saman berjumlah RM200 juta terhadap portal itu berikutan penerbitan artikel yang didakwanya memfitnah beliau.

Beliau menamakan syarikat The Malaysian Insider Sdn Bhd sebagai defendan pertama serta Ketua Pegawai Eksekutif, Jahabar Sadiq dan wartawan, Shazwan Mustafa Kamal sebagai defendan kedua dan ketiga. (Sumber: Bernama)
.
Renungan: Bagi portal-portal (media baru) yang menyebarkan maklumat dan berita tentang sesuatu isu, anda perlulah meneliti dan mengkaji kesahihan fakta yang diperolehi sebelum menyiarkannya. Jangan kerana untuk publisiti atau keuntungan atau dendam terhadap individu atau kumpulan individu, etika dan moral kewartawanan diabaikan dan akhirnya memakan diri sendiri....

No comments: