Saturday, September 17

BAKAL HAJI DIMINTA JAGA NAMA BAIK NEGARA


DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail (gambar) menasihati bakal-bakal haji supaya menjaga nama baik negara dengan tidak membabitkan diri dalam kegiatan negatif ketika berada di Tanah Suci.
.
Dengan bilangan besar umat Islam seluruh dunia berkumpul di Tanah Suci, mereka perlu mengelak daripada menyertai perhimpunan haram yang dianjurkan pihak tertentu kerana tanggungjawab utama bakal Haji ialah untuk menunaikan fardu Haji dan bukan dengan maksud lain, titah baginda semasa merasmikan Kursus Haji Perdana Peringkat Negeri Perlis malam tadi yang turut dihadiri YAB Dato' Seri Dr. Md. Isa Sabu, Menteri Besar Perlis.
.
Sehubungan itu, mereka perlu mematuhi segala undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi dan tindak tanduk yang membelakangi undang-undang negara itu bukan sahaja akan menyusahkan diri sendiri malah Tabung Haji.
.
Raja Perlis turut menasihati bakal-bakal Haji supaya menjaga kesihatan sebaik mungkin bagi membolehkan mereka dapat mengerjakan ibadat Haji dengan sempurna. (Sumber: Bernama)

No comments: