Friday, September 23

JAWATANKUASA TERPILIH PARLIMEN: USAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH BN

Datuk Seri Maximus Ongkili (PENGERUSI JTP)
.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Terpilih Parlimen (JTP) mewakili Barisan Nasional (BN) untuk mengkaji dan menambah baik sistem serta proses pilihan raya negara.

Maximus yang merupakan wakil bagi Sabah dan Kadazan akan turut dibantu oleh empat (4) lagi wakil daripada parti komponen BN seperti berikut:-

Datuk Alexander Nanti Linggi (KAPIT) (Sarawak dan Iban)

Datuk Seri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad (KANGAR) (UMNO & Melayu)

Tan Sri Dr. Fong Chan Onn (ALOR GAJAH) MCA

P. Kamalanathan (HULU SELANGOR) (MIC)

Menurut Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin pelantikan mereka ini telah dipersetujui Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Bekalan dan Harga kali ke-3 semalam. (klik sini)

Usul-usul akan dibentangkan di Dewan Rakyat untuk dibahaskan awal bulan depan semasa berlangsungnya persidangan Dewan Rakyat bagi sesi akan datang. Ahli-ahli JTP itu akan diberi tempoh selama enam bulan untuk membincangkan secara khusus cadangan-cadangan penambahbaikan urusan pilihan raya di Parlimen sebelum diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.

5 comments:

Terong said...

Syabas BN....

Ricky said...

DATUK ALEXANDER ORG KAMPUNG GUA DI KAPIT SARAWAK..BANGGA SIOT!!

Fais said...

semua pihak seharusnya melihat perlantikan ini sebagai suatu yg positif. tindakan DS Najib telah menjelaskan secara terang kesungguhan kerjaan BN memperbaiki kelemahan yg ada dalam SPR. dunia harus kagum dengan tindakan ini kerana beberapa negara besar pun tidak berani hendak tubuhkan jawatankuasa seperti ini..

Liza 76 said...

PM buat sesuatu yg memeningkan PR skg. Dah lah mansuh ISA pastu tubuh jawatankuasa ni plak. Isu pembangkang dah habis. Cayalah PM!!

Chai said...

tahniah kepada yg terpilih. hidup PM!!