Friday, September 23

HUDUD: APA KATA KARPAL?

Gambar: Nik Aziz bila kata "NO" pada DAP...Apa komen DAP??
.
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan parti itu tetap berhasrat menubuhkan negara Islam, termasuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan walaupun ditentang DAP. Menurutnya, sejak penubuhannya, PAS nekad menegakkan syiar Islam, malah di Kelantan parti itu sentiasa berusaha menjadikan Islam sebagai asas kehidupan.

“Kalau tidak mahu buat negara Islam, kita buat bumi sendiri, jangan menumpang bumi ALLAH (SWT), buat udara sendiri jangan menumpang udara ALLAH, buat matahari sendiri jangan menumpang matahari ALLAH, selagi kita menumpang di bumi ALLAH, maka agama yang ALLAH rasmikan ialah Islam,” katan Nik Aziz kepada media selepas Himpunan Kursus Peserta Kenegaraan 2011 di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan, semalam. (klik sini)

Menurut Nik Aziz lagi “saya tidak akan gunakan perkataan berkeras, saya guna berdialog, apa tidak kena dengan Islam?," katanya. "Sebelum ini, DAP dah keluar sekali masa APU (Angkatan Perpaduan Ummah), dia dah keluar sekali, tidak apa saya kata, ‘bye bye’ tidak ada apa, sekarang ni dia masuk balik,” katanya. Ditanya adakah PAS sedia sekiranya DAP akan bertindak keluar dari Pakatan Rakyat, Nik Aziz berkata: “Itu dia punya pasal”.
.
Nota: Karpal perlu jawab statement ini. Lepas ni nak langkah mayat siapa pula??

2 comments:

GI bLue said...

aku dah agak dah isu si mt sabu nie satu liabiliti besar kat PAS. Skg ni untuk clear balik situasi tersebut, PAS terpaksa guna nik aziz as bapak fatwa dan bapak penyelamat. PAS sanggup guna isu hudud utk kuatkan sokongan ulama yg semakin terhakis sejak puak sekular or pro anwar memimpin PAS. Jika BN benar2 sedar, inilah masa sesuai itu pilihanraya...

anie said...

dap sebenarnya bergantung pada pas dan pkr sebab melayu pecah. so skg kita tengpk apa karpal atau kit siang nak cakap pasal hudud.