Monday, September 12

CUKAI 6% DITANGGUH - KEPUTUSAN BIJAK


Sekali lagi keperihatinan Kerajaan telah meringankan beban masyarakat yang menggunakan perkhidmatan talian telefon prabayar. Tindakan syarikat telekomunikasi untuk mengenakan cukai tambahan sehingga 6% kepada pengguna dapat ditunda kepada satu keputusan yang akan dimaklumkan kelak oleh Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM).
.
Keputusan penangguhan ini dicapai selepas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengadakan pertemuan bersama beberapa syarikat telekomunikasi di sini hari ini. Kajian berhubung caj tersebut akan dilakukan pihak SKMM dan syarikat komunikasi terlibat.

4 comments:

Al Yahya said...

kerajaan harus mainkan peranan penting dalam isu ini. PENGUNDI MUDA akan dimanipulasikan oleh pembangkang untuk terus benci kerajan..tapi syabas KPKK dalam usaha menghalang perkara ini dikuatkuasakan...

Tasha 78 said...

salam,

i tengok DS Rais ni perihatin bab isu bawah SKKM..ari tu astro skg prabayar plak..tahniahlah. harap diteruskan..

Tasha

Anonymous said...

SKKM perlu lebih tegas. ada usaha drp pihak tertentu wujudkan tekanan kpd kerajaan..terus siasat!

Nina Ng said...

Akum

Hi all, dgr cite drp akhbar keadilan, 6% ni adalah arahan PM...betul ke? xplain skit ble?

Nina