Monday, September 12

ADAKAH PAKATAN RAKYAT ADIL?

Gambar: DSAI (Jelingan 1,000 makna)
.
Jika benar Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP antara parti politik yang benar-benar memperjuangkan keadilan, kenapakah pemimpin-pemimpin utama mereka terus membisu dan tidak memberikan apa-apa maklum balas serta menolak gangguan terhadap penangguhan perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, jika benar ingin mencari keadilan?
.
Kenapakah Lim Kit Siang, Hadi Awang dan Wan Azizah sendiri tidak tampil membuat kenyataan umum menyatakan pendirian mereka bahawa tidak mahu ada gangguan terhadap perbicaraan kes liwat Anwar, sedangkan sudah banyak keistimewaan dan peluang yang diberikan kepada Anwar Ibrahim oleh Kerajaan untuk mempertahankan diri beliau dalam kes liwat ini.
.
Dalam hal ini Peguam Negara perlu mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba mengganggu proses perbicaraan serta menghina mahkamah bagi memastikan sistem perundangan dan kehakiman dihormati.

2 comments:

Sham Jerlun said...

kenapa harus ada keistimewaan plak? takut sgt ke kat si anwar tu..

Zack said...

Bro,

Kerajaan terlalu berhati hati. sedangkan sikap PR dah makin melampau. tegas macam che det baru diaorg takut skit..