Tuesday, September 20

MERCEDES BENZ S 350: GAYA KEPIMPINAN NEGARA KEBAJIKAN

Gambar: Sinar Harian 20.09.2011
.
Inilah trend kepimpinan Negara Kebajikan PAS yang dicanangkan kepada masyarakat. Di Kedah untuk memperlihatkan kecantikan kepimpinan Negara Kebajikan, Menteri Besar iaitu Datuk Seri Azizan Abdul Razak menggunakan kereta Mercedes Benz Model S Class (350) untuk urusan pentadbiran Kerajaan Negeri. Harga kebajikan adalah lebih kurang RM 800,000 lebih (klik sini harga jualan).
.

Gambar: Kereta Mercedes Benz Model S Class

Persoalannya, kenapa beli Mercedes Benz Model S Class? Alasan diberikan adalah untuk tetamu kehormat yang datang ke Kedah. Habis tu kereta lain tak layaklah untuk tetamu kehormat? Mana pergi kereta-kereta Toyota Camry sebanyak lima (5) buah yang dibeli pada Ogos 2010? Mungkin harga Toyota Camry tidak mencapai standard Negara Kebajikan menyebabkan Mercedes Benz Model S Class menjadi pilihan PAS di Kedah.

2 comments:

Jack Ass said...

cayalah jijan pakai s class. baru ada gaya dan style. umno pun sama pakai harier, jaguar n audi..tu baru pemuda umno. geng veteran umno plak kau tak publish..

Megat said...

kau ni berat sebelah lah. mana s class geng umno????? yg rumah mcm mahligai pun kau tak tunjuk. nik aziz sekurang-kurangnya rumah macam golongan marhain bukan macam umno