Tuesday, September 20

MCDONALD KEJUTKAN BARISAN PEGUAM ANWAR

Gambar: Dr. Brian McDonald
.

Fakta membuatkan McDonald terkandas dan Barisan Peguam Anwar gigit jari. Inilah hakikat yang berlaku terhadap Dr McDonald yang sebelum ini memberikan keterangan awal yang mengatakan bahawa kemerosotan akan berlaku kepada sampel DNA yang tidak dibekukan dengan serta-merta.

Dalam soal balas di Makhamah hari ini, air mani yang berada dalam dubur atau rektum boleh bertahan antara empat hingga 113 jam, kata pakar luar negara dari Australia iaitu Dr Brian McDonald. Lihat AIDCNews
.
Kenyataan Dr McDonald yang menjadi saksi bagi pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengejutkan Barisan Peguam Bela Ketua Pembangkang itu, kerana selama ini mereka mendakwa air mani hanya boleh bertahan selama 56 jam sahaja dan bukan 113 jam seperti yang dinyatakan Dr. McDonald.
.
Dr McDonald mengeluarkan kenyataan itu ketika dalam sesi pemeriksaan balas oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Datuk Mohd Yusof merujuk kepada Artikel 1997 yang bertajuk ‘Sexual Assault & Semen Persistence’ yang ditulis oleh GM Willot dan JE Ellard dan telah diterbitkan dalam jurnal perubatan. Datuk Mohd Yussof juga memberikan bukti bahawa terdapat tiga jurnal perubatan kes rogol luar negara yang menyatakan sel sperma mampu bertahan lebih daripada 100 jam.

3 comments:

Nik said...

biar kebenaran tewaskan kepalsuan...tuah asyik dok nipu jer..kan dah terkantoi. mcm bush terkedu depan kumpulan wartawan suatu masa dulu dan tak dpt ckp apa apa...

Rahim said...

si bontot nie dah mula gelabah sebab saksi dah tersilap fakta....kakah

Janggut said...

AKU RASA NUAR TAK KASI PISTOL KAT MCDONALD...SEBAB TU MCDONALD CURANG N TERUS UBAH FAKTA..NI KES TAK LAYAN SEKS LER...PTUUIII