Thursday, February 2

SAFEE SALI DAN MALAYSIA

Safee Sali
.
Sebelum ini kita (rakyat Malaysia) melihat imej Malaysia di mata rakyat Indonesia amat keji dan dibenci. Perasaan ini selalu diluahkan semasa setiap pertandingan bolasepak melibatkan Malaysia-Indonesia. Kadang-kadang kita merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan keadaan ini apabila Malaysia acapkali dihina dan dikeji di dalam dada akhbar Indonesia.
.
Tetapi keadaan kini sudah berubah. Bolasepak jugalah telah mengharumkan nama negara di Indonesia. Dengan pendapatan mencecah hampir RM 2 juta dengan memperolehi kemudahan seperti bonus, rumah, kenderaan, pemandu peribadi dan lain-lain lagi, Safee Sali (Pemain Harimau Malaya) secara tidak langsung telah diiktiraf oleh "bangsa Indonesia" sendiri. Pengiktirafan ini sedikit sebanyak sudah memulihkan imej Malaysia di hati rakyat Indonesia yang sebelum ini diperburukkan oleh beberapa individu (pembangkang Malaysia) yang sanggup menjual nama negara demi kepentingan politik peribadi.
.
Tahniah Kerajaan Malaysia, Tahniah Safee Sali...........

No comments: