Thursday, February 2

JATI TIDAK JEJASKAN PAS??!!

Dato' Dr. Hassan Ali
.
Adakah penubuhan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti JATI oleh Dr. Hassan Ali tidak akan jejaskan PAS? Bagi Ketua Penerangan PAS Pusat iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, JATI tidak sesekali akan menjejaskan PAS kerana ia merupakan NGO dan bukan parti politik. Tetapi jika JATI tidak akan jejaskan PAS, perkara utama yang perlu PAS nilai untuk mengetahui sejauh mana JATI tidak mengancam PAS adalah:-
.
Satu
JATI memperjuangkan AGENDA ISLAM, MELAYU dan RAJA MELAYU. Secara jelas ia berpengaruh.
Dua
Sambutan siri ceramah Dr. Hassan Ali semakin mendapat perhatian. Ia secara jelas berpengaruh.
Tiga
Pro Perpaduan dalam PAS akan sokong Dr. Hassan Ali. JATI semakin berpengaruh.
Empat
Kepimpinan Ulama (Veteran) mempunyai perjuangan dan agenda yang sama dengan Dr. Hassan. Ia semakin berpengaruh.
Lima
Ketegasan DAP tidak mahu tubuhkan negara Islam menghakis sokongan kepada PAS secara tidak langsung. Penyokong akan menyokong JATI
.
Jika faktor di atas ini diteliti dengan mendalam, sudah pasti Dr. Hassan Ali dan JATI merupakan musuh dan ancaman no. 1 kepada PAS pada PRU 13 akan datang. Jadi, jangan pandang rendah keupayaan JATI untuk perjuangkan nasib Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu.

No comments: