Wednesday, February 1

NASIB AZIZAN DI KEDAH

Ulama & Veteran PAS Semakin Ditindas....
.
Jika direnungi, golongan Ulama di dalam PAS khususnya kepimpinan veteran sudah mula diancam dan akan melalui zaman penyingkiran. PARASIT yang dikatakan Dr. Hassan Ali ini benar-benar telah dicorakkan minda oleh VIRUS Pakatan Pembangkang (PR) iaitu DAP dan PKR. Bermula dengan Dr. Hassan Ali disingkirkan, kini tibalah masanya Azizan Abd Razak (Menteri Besar Kedah) pula akan melalui nasib yang serupa.
.
Jika diteliti, isu Kolej Universiti Insaniah (KUIN) atau pergantungan lima (5) orang mahasiswa di bawah Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) telah menampakkan usaha sebenar kumpulan PARASIT dan VIRUS untuk menghapuskan Ulama dalam PAS. PARASIT dan VIRUS tercabar dengan pendirian "prinsip" Azizan yang tidak tunduk kepada BUKU JINGGA dan mengganggap BUKU JINGGA sebagai BUKAN AL-QURAN yang tidak boleh diubah...
.
Dalam masa yang sama, BAPA PARASIT (Mat Sabu) telah mengarahkan Azizan untuk memberikan penjelasan berkaitan isu ini. Kenapa perlu beri penjelasan?. Kenapa tidak menyokong Azizan seperti kepimpinan PAS yang lain?..Kenapa pula tidak kepada Dr. Hassan Ali yang sehingga kini tidak dipanggil untuk memberi penjelasan?...

No comments: