Tuesday, August 2

RAMADHAN TIDAK LAGI DIHORMATI....

.
Tradisi menghormati Bulan Ramadhan hanya tinggal kenangan. Kedah dan Selangor yang mempunyai Menteri Besar yang beragama Islam terus tunduk kepada desakan DAP untuk membenarkan Pusat Hiburan berjalan seperti biasa. Di manakah kuasa majoriti penganut agama Islam dalam PAS dan PKR? Hanya kerana politik, Islam digadaikan. Semua kehendak DAP telah tertunai....dari kandang babi, pusat hiburan dan lain-lain semua telah dibenarkan oleh PAS dan PKR...BAYANGKAN JIKA DAP MENGUASAI MALAYSIA???

8 comments:

Anonymous said...

Inilah yg dikatakan politik. Semua menghalalkan cara. Sepatutnya diaorang dulu yg perjuang Islam...tapi diaorang jugak g hancurkan Islam...

Anak Muar said...

Salam,

aku tak berapa setuju ngan apa yg PAS buat. macam lembu kena cucuk hidung.

Abu Sufian said...

Al Capone..

Satu blog yang baik dan menarik. Harap dapat ketengahkan isu berkaitan fahaman agama yg pelbagai di Mlaysia pula..

Al Capone said...

Salam..

Pusat hiburan: Lambang kelemahan Pas


Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL
pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 1 Ogos - Pertambahan mendadak pusat-pusat hiburan di Kedah merupakan satu perkara mengejutkan bagi sebuah negeri yang diperintah oleh kerajaan yang melaungkan slogan untuk melaksanakan pentadbiran Islam seperti Pas.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir (gambar) berkata, pengakuan terbuka oleh Exco Kesihatan negeri itu, Dr. Ismail Salleh bahawa pusat-pusat hiburan tersebut beroperasi secara haram hanya melambangkan kelemahan Pas walaupun sudah tiga tahun berkuasa di Kedah.

"Walaupun kerajaan negeri mengatakan pusat hiburan itu tidak berlesen, namun ia bukanlah bermaksud mereka boleh lepas tangan.

"Ke manakah hilangnya sistem penguatkuasaan Majlis Kerajaan Tempatan di bawah Pas sehingga sesiapa sahaja bebas untuk jalankan aktiviti tidak bermoral secara haram?" katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata, apa yang menimbulkan persoalan ialah kegagalan Pas Kedah di bawah pimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak membendung pertumbuhan pusat hiburan sehingga mereka dilihat seperti tidak berbuat apa-apa untuk mengekang kegiatan itu.

"Pertambahan mendadak pusat hiburan dan rumah urut di sekitar Alor Setar, Sungai Petani dan beberapa bandar lain di negeri itu adalah sesuatu yang mengejutkan bagi sesebuah kerajaan dengan slogan murni seperti Kedah Sejahtera seperti yang dilaungkan oleh Pas," katanya.

Menurut Mukhriz, kegagalan pemimpin negeri itu menangani isu tersebut dengan berkesan juga dapat dilihat apabila Kerajaan Pas Kedah menarik balik larangan ke atas pusat hiburan untuk beroperasi sepanjang Ramadan.

"Pendirian mereka tidak teguh. Awalnya mereka melarang tetapi kemudian diketepikan setelah mendapat tekanan DAP yang turut disokong oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR). Mereka (Pas Kedah) mudah mengubah keputusan.

"Jadi, bagaimanakah pemimpin Pas mahu memastikan pusat-pusat hiburan (haram) berkenaan tidak dikunjungi oleh umat Islam termasuk pada bulan puasa?" katanya.

Menurut Mukhriz, rakyat Kedah juga tertanya-tanya adakah Kerajaan Pas Kedah takut dengan tekanan DAP dan juga ugutan para pengusaha pusat hiburan yang berselindung di belakang DAP.

(Utusan Malaysia)

Anonymous said...

itulah strategi politik bro..umno pun selalu sandiwara jugak. mcm diaorang baik sgt. biarkanlah pusat hiburan nak bukak pun. yg penting org islam jgn masuk. jabatan agama islam kedah kena pantau dan kerja lebih masa skit. tu saja..yg kecoh lebih2 apasal?

Safuan said...

Skrg ni baru pembangkang tahu susah ke senang nk tadbir sesebuah negeri. Dulu bukan main cemuh kerajaan tak reti tadbir negeri dan negara. Demi politik dan penjanaan pendapatan negeri, yang haram pun jadi halal. Di Penang tu telah la Cina tadbir...negeri pelancongan dan ekonomi boleh kat mereka...seronok bukan main mereka...Cukai tanah di UUM tu mcm mana? Tak kesian ke anak bangsa kita yang study di situ? Bila UUM naik school fee nanti habis student dan lecturer cabut....apa yg tinggal utk kerajaan negeri Kedah...Nak buat Dewan Muktamar PAS ke UUM tu?

Azmi Selangor said...

Bila Ramadhan tidak dihormati lagi maka hilanglah keberkatannya....jom, rakyat selangor kita undi BN next PRU....jgn biar DAP bermaharajalela...jgn biar Malaysia jd Singapore...sayangilah Malaysia....Ingatlah masa depan anak cucu kita....

Ustaz Pondok said...

Bro..

Satu perkara jer aku nak tanya..di manakah suara pas? siapa sebenarnya berkuasa nie? aku rasa malaysia nie dah nak kiamat..