Tuesday, August 2

PROPAGANDA ANTI ISLAM....

.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan perintah larangan penerbitan terhadap buku bertajuk “Islam Evil in The Name of God” kerana mengandungi fakta penceritaan yang palsu. Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri, Abdul Aziz Mohamed Nor, berkata fakta penceritaan yang terkandung dalam buku itu palsu semata-mata khususnya yang melibatkan keperibadian Nabi Muhammad S.A.W. dan kesucian agama Islam.
.
"Penerbitan ini nyata sebahagian daripada PROPAGANDA ANTI ISLAM untuk mempengaruhi pemikiran masyarakat bukan Islam supaya membenci Islam dan merupakan usaha jahat pihak tertentu yang sengaja mahu menimbulkan kebencian dan sentimen negatif terhadap Islam. Sekiranya penerbitan ini dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, pewartaan perintah larangan ini adalah mengikut Seksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, dan adalah menjadi satu kesalahan menurut Subsyeksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya ada pihak yang mencetak, menerbit dan seumpamanya terhadap buku tersebut. Mereka yang disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya. (Sumber: BERNAMA)

6 comments:

Abu Sufian said...

Al Capone...

Sekarang ini gerakan anti islam semakin kuat di seluruh dunia. Pihak Yahudi dan anti Islam melihat inilah masanya Islam diserang dan dilemahkan kerana negara-negara Arab sedah hancur berpecah. Keyakinan anak muda Islam juga telah digugat dengan ideologi moden dan mempertikai Islam sebagai agama panduan dalam kehidupan. Jika perkara ini tidak disedari, ia secara halus akan meresapi jiwa orang Islam di dalam negara ini.

Shah said...

...kerajaan perlu tegas. serangan politik sudah dilakukan yahudi, sekarang mereka hendak serang agama islam secara direct...awas!!!

Lela Manja said...

Yang lagi pelik bila geng anti-Islam ini tertumpu pada negara Islam yang ada minyak saja. Mujur Malaysia minyak tak banyak....Tapi mereka cemburu tengok negara kita aman...oleh itu jaga lah keharmonian negara kita sebaik mungkin....

Anonymous said...

biar org islam sedar skit...asyik2 gaduh...!!! gaduh...gaduh...gaduh...tak sedar diri

Ismail Penang said...

Tu pun org Islam tak sedar-sedar...yang tau berpecah belah...dah terhantu nanti baru terngadah...masa tu dah berguna lagi...

Wan Yahya said...

Nak kena BOM dulu kot baru nak sedar!!!