Friday, August 26

PENDUDUK ISLAM TERUS DITINDAS....


Organisasi Pembebasan Hak Asasi Muslim Amerika Syarikat kelmarin menggesa siasatan persekutuan dan sesi keterangan di Senat terhadap laporan menunjukkan Agensi Perisikan Pusat (CIA) membantu Jabatan Polis New York (NYPD) mengumpul maklumat perisikan di masjid-masjid dan kawasan etnik minoriti (Islam).
.
Menurut Gadier Abbas, Peguam Majlis Hubungan American-Islamic (CAIR), CAIR mengesyaki wujudnya kerjasama antara polis dan CIA dalam mengumpul maklumat perisikan yang melanggar Perlembagaan Amerika, Akta Hak Persendirian 1974 dan arahan presiden melarang CIA mengintip rakyat Amerika.

Laporan Associated Press (AP) mendedahkan, Pegawai NYPD telah menyamar ketika dihantar ke kawasan penduduk minoriti untuk memantau kedai buku, bar, kafe dan kelab malam serta polis menggunakan pemberi maklumat yang dikenali sebagai ‘kaki ampu’ masjid untuk mengawasi khutbah.

Dalam hal ini, NYPD dianggap telah jauh melangkaui batas tugas dan menyasarkan komuniti etnik dengan cara ini ia akan melanggar peraturan kebebasan awam jika dilakukan oleh kerajaan persekutuan. NYPD pula bertegas tidak mahu untuk meminta maaf. Alasan digunakan adalah serangan 11 September 2001 lalu.
.
RENUNGAN: Dimanakah amalan kebebasan beragama, demokrasi, dan hak asasi manusia yang dilaungkan oleh Amerika Syarikat?? Tetapi kenapa masih ada segelintir kumpulan masyarakat (Islam) di Malaysia masih menjadikan Amerika Syarikat sebagai model dalam segala bentuk cabang kehidupan??....

No comments: