Monday, August 29

MOHAMED SABU OH MOHAMED SABU....

Gambar: Anggota Pasukan Keselamatan Dibunuh Kejam Oleh Komunis Tahun 1950
.

Kenyataan Mohamed Sabu (Timbalan Presiden PAS) yang mendakwa Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai hero (wira) sebenar dalam peristiwa Bukit Kepong adalah satu perkara yang amat melampau. Tidakkah beliau berfikir bahawa kematian, pengorbanan dan kehancuran yang dihadapi anggota pasukan keselamatan ketika itu merupakan satu perjuangan yang sia-sia? Di manakah nilai dan harga jiwa-jiwa anggota pasukan keselamatan yang terkorban yang dianggarkan seramai 6,000 orang itu?

Jika sentimen dan fahaman komunis ini dianggap sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara, tindakan Mohamed Sabu ini perlu dipandang serius oleh Kerajaan dan diambil tindakan sewajarnya sama seperti yang dikenakan kepada pengikut BERSIH 2.0 baru-baru ini.

Kepada Mohamed Sabu, semua orang politik sentiasa berpolitik. Tetapi jangan pula kerana dendam kesumat dan menghalalkan cara, pengganas komunis pula dijulang demi untuk menjaga kedudukan dan pengaruh.


No comments: