Monday, August 29

PERLU PENJELASAN KEPADA RAKYAT

Gambar: Lim Guan Eng Perlu Memberikan Penjelasan
.

Satu demi satu KERAGUAN telah timbul hasil dari pengurusan Kerajaan DAP Pulau Pinang kepimpinan Lim Guan Eng. Kali ini berkaitan pula isu melibatkan dakwaan penyelewengan wang Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) bagi melunaskan bil rawatan Mohamed Sabu, Timbalan Presiden PAS yang cedera kerana terlibat dalam perhimpunan BERSIH 2.0 baru-baru ini.

Dalam isu ini perkara utama yang ditimbulkan adalah wajarkah PBAPP menanggung kos rawatan sebanyak RM8,434.05 terhadap kecederaan Mohamed Sabu yang berpunca dari aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti BERSIH 2.0?. Ini kerana kandungan Perjanjian Kolektif antara PBAPP dan kesatuan kakitangannya sendiri ada menyebut bahawa syarikat itu tidak akan menanggung sebarang kos bersangkutan kecederaan, kesakitan atau kecacatan yang diakibatkan oleh penyertaan kakitangan dalam aktiviti haram (menyalahi undang-undang). Adakah kerana Mohamed Sabu seorang Ahli Lembaga Pengarah maka perjanjian itu dikecualikan?

Bayaran balik yang diluluskan itu bernilai RM8,434.05 iaitu terdiri daripada bayaran RM5,060.55 bagi perbelanjaan perubatan dan RM3,373.50 bagi kos bayaran perunding pembedahan. Bagaimanapun, persoalan timbul apabila bil Hospital Pakar KPJ Selangor yang dikepilkan bersama dengan memorandum pembayaran tersebut hanya berjumlah RM5,060.54. Ini menunjukkan wujudnya percanggahan yang jelas malah, jumlah bil hospital sudah pun merangkumi bayaran perunding pembedahan. Jadi, untuk apakah pula tujuan bayaran balik yang bernilai lebih tiga ribu ringgit seperti diluluskan?


No comments: