Friday, August 26

DI MANAKAH TANGGUNGJAWAB PENDAKWAH?


Seorang individu yang ditahan dalam pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) mengaku terdapat umat Islam murtad selepas mendapat bantuan gereja, kata bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Dr Asri berkata, dalam pengakuan kepadanya minggu lalu, ibu tunggal itu mengaku masih Islam walaupun tiga anaknya diterapkan ajaran Kristian dan diajar nyanyian keagamaan. "Baginya, dilakukan semua itu untuk hidup. "Rupanya ramai lagi yang senasib dengannya berada di bawah bantuan pihak gereja," kata Dr Asri (Gambar)
.
Justeru, Dr Asri menggesa sistem pembayaran zakat dipermudah dan kaedah yang menyukarkan dan "bagaikan peminta sedekah" hendaklah dihentikan. "Jika zakat berfungsi, bukan muslim akan tertarik dengan Islam. "Jika ia tidak berfungsi, yang sudah Islam pun ingin keluar dari Islam!" kata pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu. (Sumber: Klik Sini)
.
RENUNGAN: Dalam hal ini, kita tidak boleh menyalahkan Pusat Zakat sedia ada, tetapi kita harus memperhalusi strategi berdakwah oleh para pendakwah / ulama Islam terhadap orang Islam itu sendiri. Kita seharusnya menilai dan mengkaji pendekatan dakwah oleh pihak Kristian yang berjaya menawan hati kumpulan sasar. Jika kita mengandaikan tindakan ibu tunggal ini sebagai "dilakukan semua itu untuk hidup" bagaimana pula orang miskin yang mencuri atau main nombor ekor? adakah mereka juga diandaikan "dilakukan semua itu untuk hidup".? Dewasa ini, ulama / pendakwah kita hanya sibuk dengan publisiti di dada akhbar khususnya berkaitan hal ehwal politik, tetapi mengetepikan perbincangan serius dalam penambahbaikan strategi berdakwah.

No comments: