Saturday, October 11

SIAPAKAH PILIHAN PEMUDA UMNO?

YB Datuk Mukhriz Mahathir
Ahli Parlimen Jerlun

YB En. Khairy Bin Jamaluddin
Ahli Parlimen Rembau
Nampaknya kedua-dua calon ini bersaing sengit untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Masing-masing mempunyai kekuatan dan pengaruh tersendiri. Kewibawaan kedua-dua calon ini diharap dapat memberi satu imej yang bersih, cekap, integriti, telus dan mengutamakan kepentingan parti pada masa hadapan. Golongan pemuda dan belia di negara ini amat memerlukan seorang ketua dan pemimpin yang dapat memberi kemajuan kepada bangsa, agama dan negara. SEMOGA BERJAYA.

8 comments:

sumandak bayu said...

Sememangnya kedua-dua pemimpin muda ni ada ciri-ciri tersendiri sebagai seorang pemimpin.

Sumandak harapkan setia perjuangan yang mereka bawa adalah aspirasi rakyat MALAYSIA khususnya golongan pemuda (belia).......bukan melihat kepada kepentingan tertentu.

Anonymous said...

Salam Sumandak...

Sori nak tanya apa maksud sumandak tu?? apa pun memang betul gak ckp sumandak. kita bukan cari kelemahan org tetapi mencari yg terbaik dari ciri2 seseorang tu. harap pemuda umno dpt nilai apa yg baik atau buruk pemimpin yg bertanding.

Anonymous said...

Al,

apasal ko letak gambar khairy di bawah hah? ko pro khairy ke? hehehe gurau je k.

ok gak kalau mukhris mng. tapi khairy pun best gak sbb bg projek. duit beb atasi segalanya. tunggu ler.

Anonymous said...

Maklumat 13/10/2008 07.00 Malam

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mendapat 40 pencalonan sehingga ini dan melepasi jumlah minimum kelayakan bertanding jawatan ketua Pemuda Umno Mac depan.

Calon bagi jawatan ketua Pemuda diwajibkan mendapat 20 peratus atau 38 pencalonan daripada 191 Umno bahagian.

Mukhriz mendapat pencalonan daripada Jerlun, Besut, Kimanis, Alor Star, Cameron Highlands, Kota Melaka, Tasek Gelugor, Bukit Gelugor, Teluk Intan, Pagoh, Pasir Gudang, Kalabakan, Langkawi, Kuantan, Rasah, Jelebu, Jempol, Ipoh Barat, Lipis, Bentong, Tenggara, Padang Rengas, Subang, Kampar, Kota Belud, Tuaran, Permatang Pauh, Bagan, Pokok Sena, Batu Pahat, Padang Serai, etiawangsa, Simpang Renggam, Kulai, Tebrau, Bakri, Sepanggar, Beaufort, Gombak dan Kuala Selangor.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin pula mendapat 19 pencalonan termasuk Machang, Pengkalan Chepa, Ketereh, Silam, Bandar Tun Razak, Bagan Datoh, Beruas, Bachok, Raub, Rompin, Bagan Serai, Gelang Patah, Pontian, Parit Buntar, Kota Kinabalu, Johor Bahru, Bayan Baru, Keningau dan Sepang.

Manakala bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mendapat 12 pencalonan dari Tumpat, Kapar, Cheras, Taiping, Masjid Tanah, Mersing, Shah Alam, Hulu Langat, Kuala Langat, Nibong Tebal, Sungai Siput dan Kinabatangan

Sumber: malaysiakini.com

Anonymous said...

Kita bleh tgk kebijaksanaan Tun M. Kritikan beliau secara tidak langsung telah memberi kelebihan pd pencalonan mukhriz. Lihatlah hasilnya. Tak mustahil exco pemuda ini bleh menewaskan org no. 2 pemuda umno malaysia iaitu khairy. percayalah populariti Tun M mengatasi kuasa dan wang dlm pertandingan ini.

Anonymous said...

Tun The Best!!!

Anonymous said...

Capone..

aku heran sungguh dengan budak khairy tu. nak berdebat pula? apa ke jadahnya nak debat. dia ingat terer sangat ke nak debat untuk tentukan calon ketua pemuda. dahlah gunakan duit pancing pencalonan dah tu nak debat. biarlah perwakilan tentukan masa depan pemuda. kalau pandai debat pun tapi perangai teruk buat apa? mengucap byk2 lah ye khairy.

Anonymous said...

mukhris harus sahut cabaran budak khairy tu. jgn takut. pemuda kena berani. pasni pak mertua dia dah tiada. biar dia terkontang kanteng sorang-sorang. takpelah biar org akan lihat the spirit of mahathir mohamad dalam debat nanti.