Friday, October 10

PERJUANGAN UNTUK PERLIS TERCINTA

YAB Dato' Seri Dr. Md. Isa Bin Sabu
Menteri Besar Perlis

YB Dato' Seri Radzi Tan Sri Sheikh Ahmad
Ahli Parlimen Kangar

Pengumuman untuk bertanding Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO oleh kedua-dua pemimpin ini akan memberi satu imej yang amat berprestij dan menjadi kebanggaan kepada rakyat Perlis. Arus politik perdana dewasa ini dilihat telah menggamit kedua-dua pemimpin ini untuk mengembalikan kegemilangan perjuangan UMNO Perlis yang dilihat perlu kepada pembaharuan dan penyatuan semua ahli UMNO hingga ke akar umbi. RAKYAT PERLIS TETAP MEMBERI SOKONGAN PADU KEPADA KEDUA-DUA PEMIMPIN INI. SELAMAT MAJU JAYA!

28 comments:

Anonymous said...

Sebagai rakyat Perlis kami amat menyokong penuh hasrat Dato Seri Md Isa untuk bertanding jawatan Ahli MT. Sejarah negeri perlis pun dulu memperlihatkan mantan MB bertanding untuk Ahli MT dan bukannya dilantik. Sikap beliau yang sederhana dan bijaksana akan lebih menonjolkan perlis di mata semua perwakilan.

Anonymous said...

Salam,

Inilah masanya YAB DS Md Isa Sabu memperkenalkan ciri ciri kepimpinan beliau kepada dunia luar dari negeri perlis. sebelum ini orang banyak menilai dan mengetahui DS Shahidan kassim sahaja dan mengetepikan beliau sendiri. jadi tunjukkan kehebatan YAB Dato Seri dan menjuruterakan semula imej perlis yang dilihat telah pincang oleh masalah dalaman politik yang tidak berkesudahan

Al Capone said...

Tahniah seorang lagi pemimpin Perlis bertanding Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO:-

KANGAR: Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Seri Azmi Khalid hari ini menawarkan diri bertanding jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan parti, Mac depan. (Utusan)

Anonymous said...

capone

harap lepas nie takde lagi kecoh2 dan perang mulut, perang politik antara pengerusi perhubungan umno dengan menteri besar

Anonymous said...

SEDARE

aku rasa shahidan kassim pun mempunyai reputasi yang sangat cemerlang di perlis sebelum ini. perlis terkenal kerana beliau dan banyak reformasi yang dibuat telah memperkenalkan perlis kepada orang luar. bola sepak juara piala malaysia. mufti pun terkenal dengan sikap yang tegas dan ilmiah. pendek kata shahidan telah banyak mengubah negeri perlis kepada sebuat negeri yang dihormati. BETUL TAK?

Anonymous said...

tak promote ke DS Shahidin Bin Kassim untuk jawatan Naib Presiden UMNO? Dia juga orang Perlis/

Al Capone said...

Salam Sham,

Saya bukan tidak promote Dato Seri Shahidan Kassim dalam blog ini. Kita semua sudah ketahui beliau merupakan individu yang sudah ada jawatan dan kedudukan dalam Parti UMNO sekian lama dan dikenali oleh rakyat Perlis sendiri. Dalam hal ini, oleh kerana terdapat hasrat ketiga-tiga pemimpin (anak Perlis) seperti YAB Dato Seri Dr. Mad Isa, Dato Seri Radzi Sheikh Ahmad dan Dato Seri Azmi Khalid untuk bertanding jawatan Ahli MT UMNO, ia dilihat satu perkara istimewa dan membanggakan rakyat Perlis secara umum. Selain Dato Seri Shahidan Kassim, pembabitan mereka dalam Parti UMNO Malaysia selepas ini akan lebih menonjolkan Perlis sebagai sebuah negeri yang mempunyai tenaga kepimpinan yang kuat seperti mana yang ada di Johor.

Harap Maklum.

Anonymous said...

SELAMAT BERJAYA BANG CHA (MB), DATO RADZI DAN TOK MI!!!! BIAQ SHAHIDAN TAU SIKIT ORG LAIN PUN BOLEH JADI MT BUKAN DIA SORANG. BIAQ EGO DIA DOWN SKIT...SUKA CKP BESAQ!

Anonymous said...

boleh ke dia orang menang?????? aku rase shahidan boleh menang. dia byk duit. md isa ada duit ke????

Anonymous said...

z ko ingat org len takde duit ke? zaman skg duit bkn faktor seseorang tu menang tapi ciri2 dan akhlak dan penampilan. kalau setakat ade duit pastu nk jadi samseng baik tak yah. bukan ke shahidan kata skg ni kuasa mengatasi wang. hai shahidan main politik lagi...yg mat isa samad (negeri sembilan) dapat pencalonan tinggi dari shahidan tu kerana kuasa ke kerana wang???? cuba check balik ok....org dah tak nak kita....ngaku je

Anonymous said...

shahidan ke, md isa ke, radzi ke, azmi khalid ke, semuanyer anak perlis!! tul tak? kau org harus berbangga. jgnlah kecoh-kecoh.

Anonymous said...

politik perlis hancus selagi ada shahidan. ahli politik yg selindung sebalik jubah...heheheeh

Anonymous said...

Skg MB Perlis dah semakin terkenal. Lihatlah pencalonan MT yg semakin meningkat. Shahidan tentu gelabat hehehe

Anonymous said...

Hoi rosli..kau ingat md isa tu hebat sgt ke? aku rasa dia naik pun kerana sultan. jgnlah fantik sgt dengan individu tertentu. aku tgk kalau sultan x masuk campur confirm shahidan dah jadi mb kan? shahidan tu kira kuat ler jugak sampai sultan campur tgan.

Anonymous said...

Dato Radzi dan Dato Azmi macam x laku jer dalam pencalonan MKT?? apa dah jadi?? Shahidan kira ok gak...tapi MB Perlis dah mula meningkat pencalonan...

Anonymous said...

tahniah kepada Datuk Zahidi..Twaskan Tok Mi~
hahaha..

Anonymous said...

Salam,

aku amat memuji skill dato zahidi dalam politik. pandai putar alam. tapi yang aku confius tu bila masa dato zahidi ada master dalam political sains? over sea plak. kalau menangpun tapi suka bohong org aku rasa baik org yang kalah yang tidak pandai bohong org. malu org perlis. bawa taubatlah ok! bukan aku marah tapi dah mcm halalkan cara saja....lepastu nak bertanding ketua pemuda dan MT...haiii apa nak jadi anak perlis sorang ni. aku PUJI SHAHIDAN KASSIM YG USAHA SUNGGUH2 DAPATKAN PHD.... tak tipu org...

MALU ORG PERLIS....

Anonymous said...

suma ahli politik tu pembohong bro...tak caye? lantaklah...jgn marah aaaa

Anonymous said...

Anonymous...

I SETUJU DENGAN PANDANGAN U...SEMUA NYER SAMA....BIAR DIA ORANG NAK MARAH PUN....LANTAKLAH!!

Anonymous said...

Salam semua,

Sebenarnya Datuk Radzi, Tok Mi malah Shahidan pun ,dah tak relevan dengan politik Perlih ni. Apa yg depa tinggai kat kita la ni adalah 'hampas' samada 'hampas politik' ataupun 'hampas ekonomi' Ini termasuk la Dr Hamid dan kuncunya dulu, dok kerja hisap aja.. Akhirnya yang tinggai adalah 'hampas dan kekotoran' yang perlu kita cuci. Depa ni sebanagnya dok pelaga kita bagi kita ralit. Depa balaih secara kita tak sedag! Depa buleh faedah..Apakah anda semua tak sedar? Tok Mi, bekas Menteri dan masih ahli parlimen! Datuk Radzi pun macam tu jugak, Shahidan pun ala ala macam tu jugak. Dr Hamid pun ala ala macam tu jugak. Yang KITA ni depa dok kerja atug bagi belaga. Kemudian naik pulak Pak Cha, nak bagi kita belaga pulak? Jadi la kot!!!!

Dah Maghrib..nanti jumpa pulak no...jangan mare..nanti ada banyak benda saya nak bagi org Perlih sedag!

Anonymous said...

hoi kelawaq,

awat hg sugguh-sungguh dok bubuh dr hamid hah? kalau bubuh shahidan ka, radzi ka, tok mi ka, md isa ka, kira ok gak. dr hamid dah lama dah....tapi bila aku renung ckp hg ni aku setuju jugak yg semua punca kat perlis ni adalah dari dr hamid. dia lantik shahidan. shahidan ni plak lanun dan kepala batu. pastu gaduh dgn radzi dan tok mi. pastu syed lan. semua tak suka kat dia. yg mangsa adalah md isa. TAPI YG AKU TAK SETUJU TU BILA HANG KATA NAK SEDAQ KAN ORG PERLIGH....aku rasa tak payahlah...kalau hang bukan anak perlis hang jgn dok pandai2 nk sudaqkan org perlis mcm aku. pergi sedaqkan org2 negeri hang ok.

Selain dari tu aku setuju dgn ckp hang...

Salam

Anonymous said...

Salam semue,

T kasih atas sedikit kesedaran yg telah ditunjukkan oleh Cucu Tok Arau. Sekurang kurangnya timbul satu perasaan di mana penilaian dapat kita buat secara logik dan betul walaupun penilaian ini bukanlah tetap 100%. Kita bukannya apa, cuma kita melihat banyak kesukaran yg timbul akibat dari 'perbuatan' mereka selama ini. Cuba sdr sdr periksa siapakah yg dapat projek Kerja Kerja Pembangunan Landasan Berkembar Keretapi di Perlih? Adakah kontraktor Perlih? Ataupun org luar yg dapat? Bukan la kita ni kontraktor, tetapi sekurang kurangnya anak Perlih dapat faedah dari pembangunan yang tersebut. Jikalaupun org Perlih yg dapat, kenapa perlu menggunakan syarikat dari luar? Perlukah kerja menambun tanah menggunakan lesen luar? Tak dak ka lori dalam Perlih ni? kalau saya tak betui, harap betuikan jika saya salah nanti...

Kelawag Tok Bah Gen. Ke 3 bukanlah orang luag. saya anak Perlih, kelahiran Perlih dan tinggal juga di Perlih. Perlih tanah tumpah darah ku. Sentimen kenegerianku amat kuat dan aku masih bercakap loghat 'darat' walau ke Kuala Lumpur, Putrajaya maupun berdepan dengan orang Johor, Kelantan maupun Sabah. Kita takut untuk menegur pemimpin kerana kita mengharap sesuatu dari mereka. kita mungkin boleh 'dapat' sesuatu, dengan kepandaian kita berlakon ataupun sebagainya tetapi kita perlu melihat kesannya yang jalas dan terang didepan mata kalian. Adapah pemimpin yang ada tu bertambah miskin atau bertambah kaya setelah menjadi pemimpin bagi negeri kita? Tak kira la samada peringkat negeri maupun nasional, mereka telah menggunakan nama dan kekuatan UMNO dan Barisan nasional di Perlis yang majoritinya adalah Melayu Islam sebagai tunjang untuk mencipta kekayaan. Seluruh negara satu ketika dahulu amat menghormati Perlih dan kini pun Perlih masih utuh dengan kekuatan UMNOnya walaupun ada masalah sesama orang atasan.Mungkin yang melayari internet ataupun yg masuk ke ruangan blog terdiri dari golongan yg celik it ataupun 'tahu' akan 'kuasa' media massa ini. Yang jelas dan terang masih ramai rakyat kita tidak mengetahui secara jelas tentang situasi Perlih. Selalunya pemimpin kita akan menutup kelemahan mereka dengan berkata' Perlih tak dak apa, hasil pun takdak, macam mana nak dimajukan? Pelabur pun tak nak buka kilang disini, jauh dari pelabuhan! Kos lori tinggi! Mcm mcm yg kita dengar sebagai alasan. Tetapi apabila tiba masa untuk berebut kuasa, maka mereka inilah yg dulu ke depan, tak larat pun pi jugak! Semua dengan agenda masing masing. Tak dak kelulusan pun pi jugak, depa kata rakyat suka... maka rutin itu akan berterusan dan malanglah rakyat Perlih kalau macam ni...
Kadang kadang Kelawag tengok pun meluat dengan situasi yg berlaku. Dengan sikap ahli UMNO Perlih yg tak nak faham ditambah pulak dengan sikap pemimpin yg suka ambik kesempatan, kadang kadang di fikirkan,biarlah keadaan ini terus menerus jadi sebegini.....

Kepada semua di harap memberi komen yg pedas pedas supaya kita dapat sama sama pikiag dan ubah sesuatu.... jangan malu malu la ye

Anonymous said...

apa la korang nie?? sama2 perlis pun nk kecoh. tapi i bangga dgn u all nie sebab peka dgn perkembangan pemimpin di negeri perlis. tapi jgnlah melatah sgt cucu tok arau ok...i setuju dgn kelawar tok bah dlm mengutarakan pandangan. i org melaka tapi husband i org perlis. byk cerite pasal perlis yg i dgr. memang hebat juga. tapi u all perlu bangga dgn pemimpin yg ada skg di perlis yg telah mewarnai politik malaysia. dan perlis terkenal krana mereka semua. SELAMAT MAJU JAYA!!

Anonymous said...

yazzaaa

kecik kecik cili api....itulah perlis. pemimpin yang hebat. orang yang beri komen jugak hebat hebat. jgn marah yek. hidup perlis!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

GOOD LUCK DS DR SHAHIDAN KASSIM !!!!!!!!!!! YOU ARE THE BEST.

Anonymous said...

Salam Semua.....

Tahniah di atas kejayaan Dato Seri Dr. Md Isa Sabu yang telah dinobatkan sebagai Ketua UMNO Bahagian Kangar. Tahniah juga kepada YB Bakri yang telah memberi laluan kepada Menteri Besar. Inilah contoh yang terbaik yang ditonjolkan oleh pemimpin Bahagian Kangar. Insya Allah lepas nie Pengerusi Perhubungan akan diserahkan kepada YAB Dato Seri Dr. Md Isa Sabu. WE LOVE U BANG CHA!!!!!!!

Anonymous said...

Syukurrrrr.....masanya sudah tiba. keegoan akan ditundukkan demi Perlis tercinta. wachaaa

Anonymous said...

Hai,

betul ke shahidan tu byk skandal? seram dgr. kwn i kat university yg ckp. tapi i dgr shahidan ni alim skit. byk promote sunah. tak cayalah dia byk skandal. harap boleh tlg jelaskan dlm blog ni.