Wednesday, October 8

PAK LAH TIDAK PERTAHAN JAWATAN

Seperti yang telah diduga, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu Mac tahun depan. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini (Sumber: Utusan). Inilah sikap yang seharusnya dipuji dan dicontohi oleh semua orang khususnya ahli-ahli politik. Semua individu seharusnya mengutamakan tanggungjawab menjaga bangsa dan agama daripada menjaga kepentingan diri sendiri.

16 comments:

sumandak bayu said...

Harap macam tu lah pemimpin kita semua BRO tapi kalo setakat ketua ja buat anak-anak buah tak buat naya gak....LU PIKRLAH SANDIRI

Anonymous said...

Seharusnya keadaan ini tidak akan berlaku kepada UMNO. Contoh terbaik adalah peralihan kuasa Tun-Pak Lah dulu. Pengumuman Pak Lah ini menunjukkan Pak Lah terlalu lemah untuk menyatukan UMNO dan orang Melayu secara umum. Pak Lah telah memuatkan Malaysia dalam keadaan kritikal sejak 2004 lepas. Jika di negara lain, Perdana Menteri atau Presiden secara tanggungjawab akan melepaskan jawatan dalam parti dan kerajaan. Tetapi Pak Lah tidak berbuat demikian. Mungkin ada sesuatu di sebalik sesuatu. Jadi cara terbaik adalah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan serahkan kepada Najid dalam masa yang terdekat sebelum akhir tahun.

Al Capone said...

Sentosa,

Keputusan yang dibuat oleh PM adalah jalan terbaik kepada peralihan kuasa. Ini menunjukkan PM adalah seorang yang bertanggungjawab. Malaysia adalah berbeza dengan negara lain dari segi senario politik. Ada masanya trend peralihan kuasa tidak perlu mengikut contoh negara luar.

TQ

Anonymous said...

Bro

Keputusan Zahid tanding Naib Pres semula satu langkah yang dilihat provokasi awal kerana menyatakan pendirian untuk tanding Tim Pres. Aku rasa kita lihat apa yang Muhyiddin nak katakan. Seelok eloknya Najid Pres dan Muhyiddin Tim Pres. Muhd Taib perlu kepada Naib saja atau MT.

Anonymous said...

Salam

selepas ini sudah pasti PAS, DAP, PKR akan menghentam Najib habis-habisan seperti mana Pak Lah kena hentam hingga tumbang. Lepas nie sapa agaknya akan ganti najib jika perkara yang sama berulang?

Anonymous said...

pemimpin yang pergi selalunya dipuji....tapi kalau masih tak pergi selalunya dimaki!

Anonymous said...

Salam,

Selepas ini najib perlu lebih tegas dalam hal ehwal pentadbiran malaysia. jgn jagi macam pak lah. mengikut nasihat penasihat2 yg tidak boleh dipakai. habis percaturan negara punah. melayu berpecah, pelbagai kaum berkelahi dan menaruh syak sesama mereka. semua ini boleh menghancurkan negara. harap perkara ini tidak berlaku kepada najib.

Anonymous said...

jawatan Presiden UMNO. Dengar kata orang bangsawan dari Perlis. Dari bahagian Arau plak? kenapa teruk sangat mentaliti umno arau yang sanggup biar ahli dia orang tanding presiden. mesti arahan dari ketua bahagian dia iaitu shahidan kassim. semua taktik ni semua orang tahu. berubahlah wahai shahidan kassim. jgn jadikan umno perlis berpecah lagi.

Anonymous said...

WE LOVE U PAK LAH!!!

Anonymous said...

berilah peluang pada najib dan muhyiddin untuk memimpin negara. yang lain tu berundurlah

Anonymous said...

najib perlu lantik mukhris sebarai menteri selepas ini

Anonymous said...

salam

CONFIRM MUKHRIS MENANG. TAPI LU HARUS INGAT PERWAKILAN YG MATA DUITAN! TAKUT PENCALONAN TINGGI TAPI BILA UNDI KALAH..

Anonymous said...

Salam

Saya rasa Najid lepas ini perlu ikhlas pada sistem perundangan. jangan pula beliau cuba campur tangan dalam kes antantuya saaribu.

Anonymous said...

bagi ler peluang pd najib. apa nk jd lepas nie kita pakat2 bantai dia mcm pak lah kena bantai

Anonymous said...

kes antantuya tu betul ke??? cuba check tengok!

Anonymous said...

Kenapa Pak Lah harus marah kepada Tun?? apa yg Tun ckp tu dah betul. Pak Lah harus undur lebih awal dan kurangkan campurtangan keluarga khususnya khairy dalam kerajaan. semua org dah berpendidikan dan tahu apa pak lah buat. jgn melenting sgt. percayalah satu hari nanti pak lah akan jadi macam Tun juga kena hina dengan org laiin malah mungkin lebih teruk lagi. tunggulah!