Monday, October 13

BELANJAWAN 2009 YANG BARU???

WASHINGTON 13 Okt. – Spekulator mata wang, George Soros membidas Amerika Syarikat (AS) dan Eropah kerana lambat bertindak menangani krisis kewangan global. Beliau berkata, Setiausaha Perbendaharaan AS, Henry Paulson jelas sangat lambat bertindak dan enggan mengambil tindakan ke atas krisis itu kerana beliau “seorang fundamentalis pasaran”. “Ini merupakan krisis kewangan paling buruk dalam hidup saya. Saya tidak pernah menyaksikan keadaan seperti ini sebelum ini dan saya tidak mungkin menyaksikannya lagi. “Para pengurus kewangan merupakan pihak yang bertanggungjawab ke atas malapetaka ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada Mesyuarat Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) di sini. (Sumber: Utusan Malaysia)

Adakah kecaman ini (George Soros) telah menyokong kepada tindakan Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk menggesa Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak mengemukakan Belanjawan 2009 yang baru atau melakukan pindaan ke atas belanjawan berkenaan untuk dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat. Selain itu, menurut Dato' Seri Anwar Ibrahim, belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu juga Menteri Kewangan pada September lalu tidak lagi relevan disebabkan krisis kewangan dan ekonomi dunia yang turut dialami negara pada ketika ini.

12 comments:

Anonymous said...

Salam Capone,

Secara fakta krisis kewangan antarabangsa telah memberi kesan kepada kegawatan ekonomi asia bahkan malaysia. kerajaan harus memberi tumpuan kepada pengurusan kewangan yang bijak. pembaziran seharusnya dihapuskan. kerajaan perlu juga berterus-terang dengan rakyat mengenai situasi sebenar ekonomi malaysia sekarang dan memberi gambaran secara jelas langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk berhadapan situasi ini.

Sekian

Anonymous said...

Saudara

Btul ke org kata krisis ekonomi skg sama mcm kejadian yg berlaku semasa zaman nabi yusof di mesir? jika saudara x tahu harap mana-mana pelawat blog ini beri pandangan. terima kasih

sumandak bayu said...

Salam,

Senang je nak tau ekonomi kita merosot atau tak kita tengoknya kadar peratus pelabur masuk kat negara kita....peratus inflasi kat negara kita paling senang tengok bank negara luluskan orang berhutang kat dia.... Confirm kita dapat jawapannya Bro

Anonymous said...

Maisarah,

Terdapat pandangan yang diutarakan menjurus kepada persamaan (hampir sama)dengan keadaan kegawatan ekonomi moden dengan zaman Nabi Yusuf A.S. Antaranya:

1. Ekonomi Stabil 1986-1992 (7 tahun pertumbuhan)

2. Ekonomi Gawat 1992-1999 (7 tahun gawat)

2. Ekonomi Stabil 1999-2005 (7 tahun pertumbuhan)

4. Ekonomi Gawat 2005-2009 (7 tahun gawat)

Berdasarkan Kenyataan Di Atas, Cuba Lihat Tafsiran Surah Yusof Seperti Ayat Di Bawah:

Ayat 43 - Dan (pada suatu hari) raja Mesir berkata: "Sesungguhnya aku mimpi melihat: tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus, dan aku melihat tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau dan tujuh tangkai lagi yang kering. Wahai ketua-ketua kaum (yang hadir, terangkanlah kepadaku tentang mimpiku ini, kalau kamu orang yang pandai menafsirkan mimpi".

Ayat 44 - Mereka menjawab: "Yang demikian itu ialah mimpi-mimpi yang bercampur aduk, dan kami bukanlah orang-orang yang mengetahui mimpi-mimpi (yang sedemikian) itu".

Ayat 45 - Dan (pada saat itu) berkatalah orang yang terselamat di antara mereka yang berdua itu, dan yang baharu mengingati (akan pesanan Yusuf) sesudah berlalu suatu masa yang lanjut: "Aku akan memberi tahu kepada kamu tafsirannya. Oleh itu hantarkanlah daku pergi (kepada orang yang mengetahui tafsirannya) ".

Ayat 46 - (Setelah ia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): "Yusuf, Wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! tafsirkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering; (tafsirkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui tafsirannya".

Ayat 47 - Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.

Ayat 48 - Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemaraun yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).

Ayat 49 - "Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)".

Mari kita sama-sama merenunginya.

Salam.

Al Capone said...

Maisarah,

Saya kurang arif mengenai cerita Nabi Yusof yang dikaitkan dengan krisis ekonomi sekarang. Mungkin pandangan egyption boleh dirujuk. Harap maklum.

TQ

Anonymous said...

Salam,

Satu lagi musibah yang sedang menyerang sistem ekonomi kapitalis sehingga menyebabkan krisis ekonomi ialah munculnya perniagaan bentuk baru. Perniagaan ini bukan membuat sesuatu atau menghasilkan sesuatu barangan. Kalau kita memotong getah, hasilnya ialah getah. Kalau kita memburuh dengan menanam padi, hasilnya beras.

Perniagaan bentuk baru - tidak membuat apa-apa barangan - ia hanya membuat spekulasi tentang tentang harga barangan masa depan dan nilai mata wang dari sebuah negara ke sebuah negara. George Soros, nama yang dikenali di Malaysia hanya salah seorang daripada beratus-ratus peniaga bentuk ini.

Perniagaan ini lebih tepat kalau kita kenali sebagai perjudian. Berniaga mata wang ini tidak produktif. Ia tidak menghasilkan apa-apa barangan. Jenis perniagaan ini muncul hasil dasar neoliberalisma. Peniaga jenis ini akan berbondong-bondong ke hulu ke hilir dalam dunia global mencari pasaran untuk berjudi.

Kita tidak nampak mereka kerana semuanya bersarang di Wall Street, New York dan London. Mereka bebondong-bondong tetapi tidak bergerak. Mereka hanya mengalihkan angka dana melalui internet. Tidak ada wang ringgit yang masuk, tetapi jika mereka menang ‘judi’, maka harta dan titik peluh kita mengalir ke kantung mereka.

Gejala inilah yang berlaku sewaktu krisis kewangan Asia pada 1997 dan ia kembali berlaku pada masa sekarang....

Anonymous said...

Tak kira halal haram semua sapu....inilah balasan dari Tuhan

Anonymous said...

aku harap kerajaan utamakan kestabilan politik dulu. politik boleh membuatkan ekonomi kukuh. percayalah cakap aku walaupun aku bukan ahli ekonomi. skg dah jadi macam nak kiamat malaysia dengan isu mcm mcm. tak sedar ke? fikirlah skit. dan lagi satu jgn jdikan politik sebagai tempat bunuh org. FAHAM TAK.

Anonymous said...

I like your analysis egyption... its true if we look back into quran n study the surah yusof... we can learn.. that Allah has reveal us the knowledge regarding the 7 times we full of ripes and 7 times we will live in vacant... its how we exploit the deprived time.. based on the knowledge n history we already faced before... its also match with the pendalum theory.. which recognizes..the times we goes up...n the times we goes down...

Anonymous said...

Memang pengurusan ekonomi Malaysia skg dah kacau bilau sehinggakan Kerajaan bercadang nak hapuskan kakitangan kontrak berjumlah 50ribu orang. Inikah pembelaan ke atas rakyat. fikirlah sama kesusahan org lain.

Anonymous said...

Kengkawan

Apa salahnya budget yang dibentangkan oleh anuar diambil dan diselidiki terlebih dahulu? mungkin ada yang betul dan sesuai untuk kerajaan gunakan. betul tak? saya bukan penyokong PKR tapi sekurang-kurang nya kita lihat mana yang baik dan buruk untuk masa depan negara.

salam

Anonymous said...

jika betol2 demokrasi, bg lah peluang pd DSAI buktikan hujah beliau tu. aku sokong budak hidayah nie. HIDUP DSAI!!!!!