Sunday, October 26

BILA PERLEMBAGAAN TIDAK DIENDAHKAN

Georgetown
Kerajaan Persekutuan digesa menimbangkan untuk membawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang ke muka pengadilan kerana membenarkan pemasangan papan tanda nama jalan dalam pelbagai bahasa di kawasan tapak warisan di Georgetown. Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (UM), Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, kerajaan negeri itu perlu dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan kerana secara terang-terangan melanggar semangat perlembagaan dan undang-undang negara. Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Gabungan Penulis Nasional (Gapena) berkata, undang-undang dan perlembagaan meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa-bahasa lain boleh digunakan dan dipelajari bukan secara rasmi oleh individu dan kaum-kaum. “Langkah memasang tanda jalan dalam bahasa lain adalah satu perbuatan yang tidak patut dilakukan. Seluruh rakyat Malaysia mesti menolak usaha yang menyamaratakan bahasa kebangsaan dengan bahasa lain. (Sumber: Utusan)

Selain itu, dalam hal ini, PAS membantah penamaan jalan dengan pelbagai bahasa di Georgetown seperti mahu dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. Pengerusi Perpaduan Nasional PAS Dr Mujahid Yusof Rawa menyifatkan usaha Exco Kerajaan Tempatan Negeri Chow Kon Yeow "menjejaskan reputasi Bahasa Malaysia" dan boleh "menggadaikan martabat bahasa kebangsaan"."Walaupun niat untuk mempromosikan warisan sejarah nama tersebut bersesuaian dengan ciri-ciri budaya di kawasan itu, namun kegunaan bahasa lain daripada bahasa kebangsaan akan menjejaskan reputasi Bahasa Malaysia," kata Dr Mujahid. (Sumber: Malaysiakini)

14 comments:

sumandak bayu said...

Salam,

Tak paham lah dengan kerajaan negeri Pulau Pinang sekarang ni asyik-asyik suka je buat GIMIK nak ambik perhatian media dan rakyat.... sudah-sudah la tu.....rakyat dah penat dengan semua kerenah ni bila nak fikir kebajikan rakyat.....

Anonymous said...

Secara ikhlas Kerajaan seharusnya lakukan sesuatu ke atas anasir2 yg sudah tidak menghiraukan hak2 sesuatu bangsa di bumi Malaysia ini. Kenapa Kerajaan harus berlembut dan melihat keadaan ini terus menular tanpa apa2 tindakan dan hukuman. Jgn jadikan kepentingan politik individu menyebabkan Malaysia hancur dan berkecai seuatu hari nanti. Kepada kepimpinan baru yg akan menyusul selepas ini diharap dapat melakukan sesuatu yang baru kepada keutuhan kaum yang selama ini dibanggakan oleh rakyat Malaysia.

Anonymous said...

Hello Capone,

Nice n interesting blog!

Anonymous said...

Selam Sejahtera,

Malaysia skg diancam oleh satu golongan yg inginkan perubahan di dlm hak-hak yg dimiliki oleh sesetengah kaum. golongan ini tidak dapat menerima apa yg dimiliki dan ditetapkan oleh perlembagaan terhadap kaum tertentu krn mereka juga adalah warganegara malaysia yg menyumbang kpd pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan. sukar diterima apabila kerja kuat yg dilakukan oleh mereka tidak dapat membela golongan minoriti di kalangan mereka sendiri malahan usaha ini telah dilayani secara tidak adil kepada mereka oleh kerajaan. skg sebagai warganegara yg diiktiraf, mereka berusaha memecahkan kebuntuan ini dengan mengancam dan mendesak kerajaan memberi layanan sama adil kepada mereka sama seperti bangsa lain. kesannya...perlembagaan dan undang-undang negara yg termaktub sekian lama dipertikai dan dinafikan demi untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka selama ini....skg salah siapa?? kerajaan atau golongan minoriti ini??

Anonymous said...

Byangkan kalau ISA dah tiada. Mcm mana perangai puak-puak pembangkang khususnya hindraf dan DAP serta PAS pada kerajaan. ofcourse ada agenda tertentu yg mereka nak sangat ISA dihapuskan!!

Al Capone said...

My pleasure Cathrine..

TQ

Anonymous said...

hahaha..

KLCC tu dalam bahasa apa?

palace of justice kat putrajaya dalam bahasa apa?

UMNO tu naper x nama PEKEMBAR jer?
UMNO tu bukan dalam bahasa penjajah ka?

Anonymous said...

En / Cik / Pn Anonymous

hei ko ni buta perlembagaan ke? yg ko kaitkan dgn bahasa inggeris tu buat pe? masalahnyer penang tu nk martabat bahasa cina!!! bodoh betul ko nie. kau cina ke? aku nk ketawa kat ko skali hahahahahaha....

Anonymous said...

apahal lu bro?? lu kata UMNO guna bahasa penjajah?? habis tu nk guna bahse ape? bahse cina? tamil? kerajaan guna bahse inggeris sbb nk bagi senang org cina, india, melayu, siam, sikh, dll paham. takkan nk guna bahse india atau cina plak??? lu paham ke bro?

gua nk tya lu bro. asal nama malaysia tu ape? MALAYA. MALAYA dari perkataan ape? MELAYU. bangsa majoriti dan asal MALAYA bangsa ape? MELAYU. habis lu nk gadai maruah MELAYU krn nk tonjolkan bangsa atau bahasa lain??? nk komen tu lu kena kaji dulu bro k. dah le ketawa mcm budak sewel pastu blagak pandai.

gua shorkan bloger bangsaku kick saje idea bro sewel ni. panas hati gua!!!

caw

Al Capone said...

Salam Sejahtera,

Terima kasih di atas sumbangan idea anda dalam blog ini. Bagi Tok Bahaman, mohon jasa baik kurangkan penggunaan ayat yang terlalu beremosi pada masa akan datang.

TQ

Jlascanteen said...

hahaha..

KLCC tu dalam bahasa apa?

palace of justice kat putrajaya dalam bahasa apa?

UMNO tu naper x nama PEKEMBAR jer?
UMNO tu bukan dalam bahasa penjajah ka?

October 28, 2008 11:24 PM

to anonymous,
komen kau ni macam cedok idea dari blog lain saja... nak komen guna lah idea sendiri. jgn main cedok2. dan letak lah nama sekurang2nya nama samaran.

to al capone,
terima kasih kerana melawat blog saya

Al Capone said...

Salam,

Terima kasih kembali. Selamat Datang Jlascanteen.

TQ

Anonymous said...

pasal papan tanda ahli2 parlimen perang sakan kat dewan negara. apa nak jadi lah...aiyaaaa

Anonymous said...

ha ha ha....kata nk promote malaysia truly asia...hahha...papan tanda pelbagai bhsa tu kan elok...ada BM lagi tuh...xda salahnya pun...hahaha... peliklah...kalau kerajaan yg sedia ada buat mcm tu, xda org pun nk komen, semua btul. kalau org lain buat, bukan main lagi nk komen. rampas hak la, hak itu ini, sakit perut aku ketawa. ha ha ha....langsung xda semngat malaysian betul....hahahahaha..

adila, negara jadi hncur bila rakyat x bersatu sebab terlalu bersikap perkauman.

sumandak bayu,kerajaan sedia ada pn xda fkir psl rakyat. menipu rakyat yg byk. x percaya, buka mata tu besar2 ya?

prakash, btul tu...golongan minoriti yg rasa terancam, bukannya majoriti. glongan majoriti bole goyang kaki sb ada kerajaan yg bntu. tapi ttp miskin sb kena tipu dgn kerajaan.

hanim, bygkan bapa anda yg msuk dlm ISA wlupun dia x bersalah. hukuman tanpa perbicaraan tu tau.''everyone is innocent until proven guilty''.

anon, mereka tu x dpt terima kenyataan. ubahkan bnda2 tu dlu bru berckp. setuju dgn anda.

anon no2, bukan nk martabat bhsa cina jer, smua bhsa la...kn ada BM juga tu...salah ker. tu bru malaysia truly asia.

tok bahaman, UMNO mmg ptut tukar nma. bukan ke korang nk martabatkan BAHSA MELAYU. baca: bahsa melayu. hipokrit btul lu. sekejab ko x nk BI, sekejab nk BI. BI tu kn bhsa penjjah. Org cina, tamil watever kan bole fhm bhsa melayu. tak slah kn letak BM? knp nk ltk BI jgak? ko pun bahlul gak!


Jlascanteen, suka hati dia la. kn btul apa anon tu ckp. terima lah kenyataan. jgn tkut pd byg2 sendiri.

cima, org politikus ni mmg bodoh. smua bdoh.