Friday, October 31

MASIHKAH ADA HARAPAN?


Peguam pemerhati bagi keluarga Altantuya Shaariibuu dan Kerajaan Mongolia, Karpal Singh, berkata beliau akan menulis surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk menggesa pihak pendakwaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan membebaskan Abdul Razak Abdullah Baginda. Karpal berkata, bapa Altantuya, Dr Shaariibuu Setev tidak perlu kecewa dengan keputusan mahkamah semalam kerana pihak pendakwaan mempunyai tempoh 14 hari untuk membuat rayuan. (Sumber: BH)

Menurut Karpal, "Keputusan ini belum berakhir kerana pihak pendakwaan boleh mengemukakan rayuan terhadap keputusan hari ini. Saya akan tulis surat bagi pihak keluarga Altantuya dan Kerajaan Mongolia," katanya di luar mahkamah (Sumber: BH). Persoalannya, adakah pembebasan ini masih belum boleh dikatakan bebas? Apakah peluang terakhir Abdul Razak Baginda akan berpihak kepada beliau atau sebaliknya jika rayuan Karpal diterima?......apa akan terjadi seterusnya jika pihak pembelaan bagi dua tertuduh, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Koperal Sirul Azhar Umar memanggil sesiapa saja untuk memberi keterangan termasuk memanggil Raja Petra Kamarudin yang kini ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)?

11 comments:

Anonymous said...

Selamat Sejahtera

Perundangan Malaysia rasanya telah melakukan sesuatu yang betul dan amalan demokrasi sudah terbukti melalui kes ini. Publisiti yang meluas dan mendapat liputan dalam dan luar negara seharusnya menjadi ukuran kepada keadilan yang diterima Razak dan semua pihak harus menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka.

Anonymous said...

Tak tahulah apa nak jadi dgn malaysia. mcm2 kes membabitkan golongan elite. pening2

Anonymous said...

Rakyat Malaysia masih tertanya-tanya adakah semua ini konspirasi pihak tertentu untuk menyelamatkan najib dengan melepaskan razak baginda? dan seterusnya menyebabkan 2 org anggota polis terlibat dan didapati bersalah. adakah raja petra akan memberi keterangan jika dipanggil karpal? adakah dia berani?

Anonymous said...

PUTRAJAYA 3 Nov. - Penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda yang dibebaskan daripada tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu berdepan kemungkinan ditahan semula atau dibebaskan dengan jaminan jika pihak pendakwa mengemukakan rayuan terhadap pembebasannya.

Peguam Karpal Singh selaku peguam pemerhati kepada keluarga Altantuya dan Kerajaan Mongolia berkata, permohonan untuk waran tangkap dan jaminan itu boleh dikemukakan bagi mengelakkan Abdul Razak, 48, yang dibebaskan Jumaat lalu melarikan diri ketika rayuannya didengar di Mahkamah Rayuan kelak.

''Seksyen 56(A) Akta Mahkamah Kehakiman (COJA) 1964 menyebut, pendakwa boleh memohon agar Abdul Razak dibebaskan dengan jaminan atau waran tangkap dikeluarkan untuk menahannya sementara menunggu rayuan selesai," ujar beliau ketika ditemui pemberita di Istana Kehakiman di sini hari ini.

Sebelum itu, Karpal memberitahu, pihaknya telah meminta agar Jabatan Peguam Negara merayu terhadap keputusan pembebasan penganalisis politik itu daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya.

Beliau berkata, permohonan bertulis agar rayuan dibuat terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor itu sudah dikemukakan melalui faksimili ke jabatan tersebut Jumaat lalu diikuti permohonan rasmi yang dihantarnya sendiri hari ini.

Menurut peguam tersebut, pihaknya berpendapat, wujud kes prima facie terhadap penganalisis politik itu yang membolehkannya dipanggil membela diri.

Karpal menyatakan, bapa Altantuya, Setev Shaariibuu dan Setiausaha Kedua, Kedutaan Mongolia di Thailand, Siizkhuu Sainbileg dalam pertemuan dengannya turut menyampaikan hasrat agar pihak pendakwaan merayu terhadap keputusan itu.

Jumaat lalu, Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin membebaskan Abdul Razak setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat.

Beliau memutuskan demikian setelah menerima kandungan afidavit yang diikrarkan oleh Abdul Razak yang dikemukakan sebagai bukti pada perbicaraan.

Bagaimanapun, Hakim Mohd. Zaki memerintahkan dua tertuduh utama, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, membela diri atas tuduhan membunuh Altantuya.

Mahkamah Tinggi Shah Alam akan mendengar keterangan bela diri Azilah dan Sirul Azhar mulai 10 November ini.

Sumber: Utusan

Anonymous said...

masalah, sapa yang suruh polis mangkuk 2 ekoq tu p letupkan altantuya? xkan depa saja2nak p letuop kot..musti ada arahan pihak atasan..

bengong!

Anonymous said...

masalah, sapa yang suruh polis mangkuk 2 ekoq tu p letupkan altantuya? xkan depa saja2nak p letuop kot..musti ada arahan pihak atasan..

bengong!

Anonymous said...

Altantuya patut diletupkan sebab menggugat keselamatan negara. biar kena bom...mana tahu dia spy CIA ke...huhu

Anonymous said...

salam

kpd si anonymous. Ko tuju pada sape hah bengong tu? pd hakim ke? peguam ke? dah dibicara d court terima je lah keputusan. kalau ko x puas hati tggu jer karpal nk buat rayuan. ko bacalah komen adnan d atas tu. karpal akan buat rayuan. tggu jer. rakyat malaysia ni x sebengong ko lah....relax bro! jgn tunjuk kebengongan ko sgt.

Anonymous said...

hai semua

kesian jugak pada family altantuya tu. saya harap keadilan akan tetap muncul dan berpihak kepada pihak yang benar.

ana

Anonymous said...

Orang besar 'kenyang' and 'seronok'orang bawah tanggung sengsara. Razak Baginda tu kambing hitam saja. Bila la aku nak jadi org besar. Kalau buat salah ada pak sanggup. Bayar la RM 1 juta ka..aku lps..gitu la kronologinya..

Anonymous said...

kambing hitam kira ok gak, tapi kalau bau badan cam kambing...eeeeee geli gitu! awww jgn mare aaa org miskin...mama gurau jer