Wednesday, September 3

PERPADUAN TERAS KEJAYAAN....

UMNO memohon maaf atas kenyataan berbau perkauman yang dibuat oleh Ketua Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh bulan lepas. Permohonan maaf itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Timbalan Presiden UMNO dengan menegaskan, parti amat sedih dengan kenyataan yang dikeluarkan tersebut dan tindakan terhadap Ahmad akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu akan datang. ‘‘UMNO memohon maaf atas kenyataan tersebut dan menegaskan ia merupakan kenyataan peribadi beliau dan bukan pendirian UMNO ataupun kerajaan.

Sebagai sebuah negara berbilang kaum, tindakkan ini (memohon maaf) adalah wajar. Tetapi ia juga perlulah diikuti oleh semua parti politik yang ada di Malaysia dan sentimen perkauman tidak seharusnya dimainkan untuk kepentingan politik pihak tertentu.

6 comments:

Anonymous said...

Sekarang terbukti yang kerajaan sudah mula berlembut dengan semua orang. kerajaan sudah mula lihat aspek perkauaman akan memberi ruang kepada penduduk malaysia beralih sepenuhnya kepada pakatan rakyat.

Anonymous said...

melalutlah orang tua nie?? buat apa nak minta maaf. ini perkara biasa dalam politik. kalau nak ikut berapa banyak statement yang pembangkang khususnya DAP hina melayu dan islam..haiyaaa

Anonymous said...

seharusnya kita semua lebih peka dengan hal ehwal sesuatu kaum dalam negara kita. melayu perlu menghormati cina / india dan cina / india perlu menghormati melayu. kenapa sentimen kaum dimainkan? ini kerana dasar kerajaan terlalu lembut sehinggakan hak2 orang melayu disindir dan dipertikai. jadi salahkah orang melayu bersikap kurang ajar bagi mempertahankan hak mereka?

Anonymous said...

biarkan....kasi dia orang marah skit baru best. asyik2 orang melayu jer yg marah...

Anonymous said...

PULAU PINANG 5 Sept. – Semua 13 UMNO Bahagian di Pulau Pinang bersetuju dengan pendirian Ketua UMNO Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail bahawa beliau tidak perlu minta maaf atas kenyataan yang dibuatnya berhubung dakwaan kaum Cina adalah pendatang.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Rashid Abdullah berkata, ini kerana perkara yang disebut adalah fakta sejarah yang tidak patut diragui oleh mana-mana pihak. – Utusan.

Hidup UMNO!!!!!

Anonymous said...

ikut suka hangpa lah nak minta maaf ka tak mau minta maaf....tapi pakcik nasihatkan hampa semua jgn la dok gaduh gaduh. tapi kalau depa keja dok nak hentam orang kita saja, apa salahnya depa pun kena ajaq macam tu juga...jgn dok melatah sgt adik najib oiiii