Sunday, August 31

16 SEPT...KENYATAAN ATAU ANGAN-ANGAN?

Adakah hasrat membentuk Kerajaan baru pada 16 September 2008 ini akan menjadi kenyataan? Dalam hal ini, menurut anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, hasrat Pakatan Rakyat (PR) untuk membentuk kerajaan pada 16 September ini dilihat amat sukar untuk menjadi kenyataan. Ini kerana, persefahaman dalam parti yang berada di bawah pakatan itu yang terdiri dari PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat masih belum begitu utuh dan kuat. Menurut pandangan lain, pelbagai perkara masih tidak ada sebarang persepakatan dalam PR khususnya berkaitan hak-hak orang Melayu dan sebagainya. Apa pandangan anda mengenai perkara ini?

10 comments:

Abi Ayyub said...

Sepatutnya kerajaan yang memerintah tidak perlu risau akan kenyataan atau tarkh tersebut. Ini kerana yang mempunyai majoriti dengan 140 kerusi di parlimen adalah BN. Walau pun kurang 2/3, ia bukan isu besar, kerana hanya berberapa perkara sahaja yang perlu 2/3 majoriti. Ini tidak macam orang 'gelabah' aje. Kenapa tak yakin ke dengan diri sendiri atau tidak yakin dengan MP anda sendiri.

Pada Datuk Seri Anwar, antara kenyataan atau angan-angan itu bukan perkara pokok. Sebelum 26 Ogos, beliau bukan MP, itu pun dah kelam kabut, lepas 26 Ogos, beliau baru jadi 'Ketua Pembangkang' dgn MP(81+1).

Semasa mengulung 'BUDGET 2009' PM kata jangan cuba, tapi katalah 30 atau lebih MP lebih yakin dengan Datuk Seri Anwar, siapa sekarang yang layak jadi PM, DSAAB atau DSAI.

Angan-angan jadi PM mungkin ada pada DSAI, tapi pernah terfikir ke DSSAB jadi Ketua Pembangkang.

Cuba tengok Khir Toyo, Tajol Rosli, Mahadzir dan Pulau Pinang(calun yg tidak dinamakan). Oops jangan lupa Sahidan Kasim dan Idris Jusoh. Macam ayam berak kapor.

Fikirkan lah. Angan-angan atau kenyataan.

Anonymous said...

saya sokong dengan kenyataan yang dibuat oleh abi ayyub. selain daripada perkara yang disebut oleh beliau, perkara lain perlu juga kita perhalusi. umpamanya...bayangkanlah jika benar amalan tawar menawar berlaku untuk mempengaruhi MP-MP agar beralih kepada PR...tawar menawar tersebut jika diandaikan seorang RM10juta (tidak diketahui dana dari mana)...adakah MP-MP dari BN akan terus setia pada BN??....dan dalam masa yang sama adakah BN mampu untuk memberi tawaran yang tinggi dari tawaran tersebut?....adakah kesetiaan hanya boleh dipengaruhi dengan serat aku janji sahaja tanpa apa apa imbuhan atau ganjaran??....saya cuma ingin kita semua fikirkan kemungkinan kemungkinan yang akan berlaku jika tawaran ini benar2 berlaku dan tidak mustahil 16 sept 2008 nanti perubahan besar akan berlaku dalam sejarah Malaysia.

Anonymous said...

Banyak lagi perkara yang perlu kerajaan risaukan.tapi kerajaan takut lah pasal sokongan mereka pun dah merudum da..

Anonymous said...

apa2 pun yang terjadi, bagi kami tetap sama je..kami ni golongan bawahan je..yang risau kalu berlaku perubahan tu adalah golongan tertentu yang mempunyai kepentingan masing2..takut kalu dah berubah,kepentingan2 yang ada sekarang ni lesap!

Anonymous said...

Kita sebelum ini banyak yang kita perkatakan tentang Anwar. Kita banyak sangat andaian yang mengatakan Anwar mustahil bangun semula dalam politik Malaysia. Tetapi semua andaian tersebut meleset. Sejak dilepaskan dari semua tuduhan khususnya meliwat, imej dan moral beliau semakin diterima sehinggalah beliau menjadi Ahli Parlimen (satu tempat atau jawatan yang menghampiri andaian untuk menjadi PM). Jika benarlah 16 september ini berlaku, apakah dasar-dasar kerajaan selama ini khususnya dasar berkaitan orang-orang melayu akan dikekalkan? atau adakah golongan minoriti akan mendapat kemudahan serupa dengan orang-orang melayu seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan?

Anonymous said...

Kerajaan perlu bersedia dalam segala aspek atau isu. cuba meminimumkan isu dan maksimumkan kehendak rakyat. cara kepimpinan perlulah lebih tegas. dan kuasailah golongan muda. semua ini sudahpun dimiliki oleh pembangkang!

Anonymous said...

mungkin PR sudah yakin 16 sept nie hari bertuah mereka. habis tu kenapa anwar cadangkan cuti 16 sept nie? jaga jaga

Anonymous said...

kalau benar 16 sept ni tukar kerajaan..kenapa Pakatan Rakyat tidak sehaluan dalam menentukan cuti pada hari tersebut?

Anonymous said...

tungguuuuuuuuuuuuu..............

Anonymous said...

Kerajaan tidak mungkin ditubuhkan 16 September ini - Pas
10/09/2008 1:34pm


KUALA TERENGGANU 10 Sept. - Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Mustafa Ali berpendapat penubuhan kerajaan baru pada 16 September ini seperti yang digembar-gemburkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mungkin berlaku atas faktor teknikal dan politik.

- Utusan