Friday, August 29

SIAPA YANG TIDAK DEMOKRASI?

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen pembangkang sekali lagi bertindak keluar dari Dewan Rakyat jam 5.45 petang (semalam), selepas tidak berpuas hati dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamid Albar, yang enggan melayan desakan mereka supaya Rang Undang-Undang DNA dirujuk kepada jawatankuasa pemilihan. Syed Hamid yang menggulung pembahasan rang undang-undang itu enggan melayan desakan pembangkang yang mengganggunya supaya merujuk perkara itu kepada jawatankuasa pemilihan. Pembangkang yang diketuai Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa sebelum itu mendakwa rang undang-undang itu terdapat banyak kelemahan serta kecacatan yang perlu diteliti oleh jawatankuasa pemilihan. (Sumber: BH)

Apakah jenis budaya yang ditonjolkan oleh Pembangkang dalam situasi ini? Mereka harus mendengar dan meneliti pembentangan Rang Undang-Undang tersebut dan memberi peluang kepada Menteri terbabit untuk memperjelaskan dengan terperinci apa yang ingin dibentangkan.

8 comments:

Anonymous said...

Hai jganlah tunjuk tak sopan beb. mentang2 DSAI jadi MP. Kau dah naik tocang keluar dewan. mcm budak2. kata team pakatan rakyat profesional tapi hampeh mcm tak educated

Anonymous said...

Kenapa terlalu tergesa-gesa nak bentang rang undang2 nie? awat kalut2 sgt? anwar dah masuk parlimen? nak DNA sapa lagi? aku pening la dgn kau orang nie.

Anonymous said...

skali lagi sumber yang digunakan adalah Berita Harian~

x berkembang lansung otak~

Anonymous said...

aikkk...biar ler sumber dari mana pun. yang puak2 DAP atau keadilan ambil sumber dari sumber dia orang sendiri, ko tak komen pun. kau ingat baca berita harian boleh otak lembab ke? baca akhber lain pun jika isu yang dibangkitkan tak releven otak kau lebih lembab lagi. gua sokong penulis blog ni, dia ambil isu dari akhbar dan nyatakan isu tersebut dari sumber mana. ada sesetengah blog tu kerja nak fitnah jer. kau ni lagi otak lembab anonymous 3!!! mesti puak tak boleh tengok orang senang.

Anonymous said...

aku ni tak sokong jika ada orang kata berita harian tu penyumbang kepada kelembapan otak. aku suka berita harian walaupun aku ni fanatik harakah. untuk kembang ilmu kenalah baca juga akhbar kerajaan nie. hai budak2 skang.

Anonymous said...

Apa yang diaorang takut sgt nie??? biar la nak bentang rang undang2 apa pun. rang undang2 liwat ke, sex ke, dna ke, apa ke, apa yang diaorang kecoh sgt. baru jadi ahli parlimen dah nak tunjuk taring. cittt. terus je lah abg hamid

Anonymous said...

kita perlu berikan pandangan dengan serius kerana semua yang berlaku ini akan memberikan impak yang bukan kecil pada masa depan negara

Anonymous said...

dua dua x demokrasi