Thursday, August 28

SIAPAKAH YANG PALING LAYAK KETUA PEMBANGKANG?

Tuan Guru Nik Aziz

Lim Kit Siang

Tuan Guru Dato' Seri Hadi Awang

Dato' Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan menghormati keputusan Pakatan Rakyat memilih Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat. Tetapi dalam hal ini adakah adil bagi pemimpin lain (selain Anwar) dalam Pakatan Rakyat yang dilihat mempunyai keperibadian, imej bersih, dihormati dan disanjungi oleh orang ramai dipilih sebagai ketua? Kenapa tidak Tuan Guru Nik Aziz atau Dato' Seri Hadi Awang (pernah menjadi Ketua Pembangkang 1999-2004)? bukankah PAS mempunyai keahlian yang tinggi dalam Pakatan Rakyat khususnya bagi orang-orang Islam Melayu? Di manakah kekuatan PAS untuk bersuara dalam hal ini? Kenapa harus Anwar? Jika alasan penggiliran kerana PAS dan DAP pernah memegang jawatan tersebut, kenapakah PAS sanggup berdiam diri dalam isu-isu hak Melayu dan agama Islam?

14 comments:

hermonie said...

PAS menjadi seperti lembu di cucuk hidung...semata untuk melihat bn jatuh...pas sanggup bergabung dengan DAP...walaupun tahu parti tersebut kafir...sanggup mengenepikan kepentingan orang melayu dan islam janji untuk melihat bn berkubur.....bila islam dipolitikkan beginilah jadinya... matlamat menghalalkan cara...kita tengok sejauh mana perkahwinan campuran ini akan kekal....

Anonymous said...

Kenapa perlunya Anwar? adakah PAS tidak yakin untuk bertahan sebagai Ketua Pembangkang? Dah ler bagi pada Azizah Ketua pembangkang (sebelum ini), pas tu husband dia plak.

Anonymous said...

Anwar mempunyai segala-galanya. BN perlulah mencipta satu formula agar dapat menghasilkan tokoh tokoh politik dalam UMNO yang mempunyai karektor seperti anwar. sekarang yang kita lihat mempunyai cara atau stye sebagai seorang ahli politik yang disegani adalah shabery cheek dan ezam juga nazri aziz. yang lain hamrak!

Anonymous said...

Kita bagila Pak Lah pimpin negara lagi. baru lagi takkan nak judge dia.

hermonie said...

Umno dah ada Pak Lah..tetapi aura seperti annuar tu yang buat he's different drpd orang lain...sehinggakan hadi awang pun sanggup tunduk pada dia...cuma umno perlu bersatu...dan masa akan menentukan kebenarannya...cuma yang sedih parti politik islam sanggup berkompromi semata tanpa memikir kesan dan akibat kepada melayu dan islam...

Anonymous said...

haha..apala..mana mungkin Tuan Guru Nik aziz nak jadi ketua pembangkang..lain la kalo dia bertanding parlimen


lu pikirla senirik!

Anonymous said...

Boleh apa?? kenapa tidak boleh? Nik aziz boleh jadi Ketua Pembangkang (God Father), tapi untuk dalam Parlimen, dia perlulah lantik timbalan Ketua Pembangkang sama ada Anwar, Lim Kit Siang, atau sapa sapa yang pegang kerusi Parlimen. tak salah langsung. benda kecik macam ni pun tak bleh fikir? masalahnya DAP takkan bagi buat mcm tu. semuanya kerana tak mahu lihat imej Islam di Malaysia

Anonymous said...

Ok jika Ahli Parlimen djadikan syarat untuk jadi Ketua Pembangkang, knapa tidak diberikan kpd Ahli Parlimen PAS yg lebih berkarisma dan intelek? tak terlintas ke dlm kepala hotak kita yang DAP cuma percayakan PKR dari PAS. mereka sanggup lantik perempuan seperti wan azizah untuk jadi ktua pembangkang dari lantik ulama2 PAS. ini semua perancangan jahat DAP untuk tidak tonjolkan beberapa orang pemimpin PAS yang 10x lebih layak dari Anwar.

Lu pun pikio la sendiri!!! k bro

Anonymous said...

Masalahnya ramai melayu islam mengaku bijak pandai... tapi bila berpolitik... hancur sebab sikap melayu yang suka memperjatuhkan melayu juga... sedih tengok pas berkompromi dengan dap.. sedih tengok pas di permainkan oleh pkr...

Anonymous said...

may Allah bless all of us. insya Allah. say no to DAP!

Anonymous said...

apa la bengong korang neh..ketua pembangkang mustilah mempunyai bilangan ahli parlimen teramai skali dlm dewan rakyat..tu pon xtaw ka?
dlm konteks neh PKR da menang lebih byk darik pas dan dap so pkr la jadik ketau pembangkang..kalo pas menang paling byk krusi parlimen kat dewan rakyat,pas la jadik ketua pembangkang..


pk la guna otak..jgn pk guna pala lutut!
hakhakhak!

Anonymous said...

ko la lagi bengong dan bengap! ko baca ler sejarah keahlian DAP, PAS atau PKR dalam Parlimen. Ko bagi tau undang2 mana yang sebut kehalian MP sesuatu parti yang banyak kena jadi ketua pembangkang. dah ler bengong...kata orang bengong..baca buku k

Anonymous said...

biarkanlah orang yang tak tau undang undang. biar dier si bengong tu check tengok....hikhikhik....

Anonymous said...

bagi Pak Lah ler ketua pembangkang...apa macam?? ok?