Wednesday, August 27

ANWAR TIDAK MUNGKIN JADI PM - MAHATHIR


PUTRAJAYA 27 Ogos - Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi mengulangi pendiriannya bahawa cita-cita Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri seperti yang diharap-harapkannya pada 16 September ini tidak mungkin akan menjadi kenyataan walaupun berjaya memenangi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh semalam. Menurut bekas Perdana Menteri itu, beliau percaya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak mampu mendapatkan sekurang-kurangnya 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk melompat parti bagi membentuk kerajaan Pusat.
Renungan: Pembangkang dah menakluki Permatang Pauh, siapa yang harus kita persalahkan. Jika Pembangkang juga menakluki Kerajaan selepas ini, siapa pula yang harus dipersalahkan. Sejauh mana kebenaran pandangan Tun Dr. Mahathir dalam perkara ini, kita tunggu dan lihat.

7 comments:

Anonymous said...

Anwar adalah individu yang berpotensi untuk menjadi Perdana Menteri. Beliau mempunyai segala galanya ciri2 seorang pemimpin. Tetapi isu isu seperti kelakuan songsang dan bersahabat baik dengan Amerika Syarikat merupakan perkara2 yang masih meragukan kebanyakan individu di dalam kelompok Barisan Nasional. Jika Anwar memang benar-benar bersih dari tuduhan tersebut, maka seluruh malaysia akan memberikan sokongan padu kepada beliau untuk menjadi Perdana Menteri.

Anonymous said...

Pak Lah seharusnya mengamalkan dasar-dasar kepimpinan yang tegas atau autokratik di malaysia. manusia sekarang dah semakin bijak dan agresif dalam segala tindak tanduk. Pak Lah seharusnya mengawal alat alat propaganda seperti radio, TV, akhbar dari terus berpihak kepada pembangkang. sebenarnya amalan telus dan integriti yang diamalkan telah memakan diri sendiri dan memberi ruang kepada rakyat untuk melihat pekung di dada yang selama ini dilindungi oleh kepimpinan Tun. Kita harus ingat bahawa jika benar Anwar ada hubungan dengan agen Yahudi, malaysia akan berada di ambang kehancuran seperti mana indonesia di mana CIA memainkan peranan memecahkan perpaduan indonesia. tetapi apa-apa pun kita boleh berserah pada Allah. Jika Anwar di pihak yang benar, dia akan menang. Tapi jika dia di pihak yang bersalah, dia akan digagalkan dari menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Anonymous said...

Gerak kerja Parti Pakatan Rakyat di permatang pauh telah membuktikan PKR dan sekutunya memang berganding bahu dan bekerjasama. Cuba lihat UMNO. Tiada kerjasama antara jentera BN dan pemimpin UMNO Bahagian. Mana pergi jentera Ketua Bahagian UMNO? Merajuk kerana tidak terpilih menjadi calon, sudah mula nak sabotaj pilihanraya. inilah sikap individu yang ada dalam UMNO yang mementingkan diri sendiri dari BN. Tak mustahil perdana menteri nanti adalah orang-orang dari Pakatan Rakyat.

hermonie said...

Anwar Ibrahim dan angan-angan Mat Jenin....sedarlah wahai fanatik dsai sekalian...anda semua diperalatkan semata-mata untuk membenarkan mat jenin moden jadi PM....

Anonymous said...

Di saat yang genting seperti ini orang melayu perlu bersatu... jangan melayu di tindas di negara sendiri semata-mata ingin menubuhkan negara Malaysian Malaysia...

Anonymous said...

Kalau jadi PM macam mana? kecut juga puak puak BN nie....

Anonymous said...

Kemungkinan teori untuk Anwar kembali berkuasa dan memegang jawatan nombor satu negara akan menjadi realiti. ini berikutan kemenangan besar anwar di permatang pauh dan semakin medapat sokongan padu rakyat dan pengundi baru. rakyat sudah mula muak dengan isu-ius yang dianggap satu pembohongan besar terhadap maruah anwar dan moral beliau sendiri. rakyat hanya akan dapat kembali menyokong kerajaan bila masalah2 seperti harga minyak dan harga barang turun dan rakyat menikmati taraf hidup yang lebih rendah.