Wednesday, September 3

ADAKAH LETAK JAWATAN SATU PENYELESAIAN?

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) melalui Salahuddin Haji Ayub (gambar) tertarik dengan tindakan Perdana Menteri Jepun, Yasuo Fukuda yang meletakkan jawatan kelmarin setelah gagal mewujudkan kestabilan politik kepada rakyat negara itu. Fukuda menyifatkan tidakannya itu adalah demi kepentingan rakyat Jepun setelah gagal melaksanakan beberapa dasar negara kerana Dewan Rendahnya dikuasai pembangkang. DPP Pusat melihat tindakan Fukuda ini bukan sahaja matang, bahkan lebih demokratik setelah menyedari kerajaan pimpinannya gagal mendapat kepercayaan dewan perundangan. DPP Pusat mendesak Abdullah Badawi supaya mencontohi keterbukaan pemimpin Jepun itu.
Renungan: Adakah dengan melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia oleh Pak Lah, semua masalah seperti harga minyak, harga barang, inflasi dan sebagainya akan selesai? Adakah politik di Jepun sama dengan keadaan politik di Malaysia?

11 comments:

Anonymous said...

Betul juga...tirulah cara jepun tu. bukankah itu sifat intergriti, telus dan bertanggungjawab??? seperti mana yang pak lah amalkan skg/

Anonymous said...

Pak Lah seharusnya melihat petunjuk-petunjuk yang menggambarkan sikap pengundi terhadap kerajaan. pengundi semakin matang dan sudah dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk kepada mereka. jika kerajaan tidak lakukan sesuatu dan hanya mengekalkan cara lama untuk memimpin rakyat...maka kepimpinan baru adalah perlu untuk MALAYSIA!!!!!

Abi Ayyub said...

Pak Lah perlu mengambil iktibar dari situasi keseluruhan, untuk UMNO dan juga negara.

Ini adalah kerana, UMNO dan Perikatan/BN telah memerintah Malaysia sejak Merdeka. Yang baik tidak harus dilupakan, yang jadi isu, dah lupa diri, dah ingat negara ini hak mutlak, boleh buat sesuka hati. Itu yang rakyat marah sangat tu, dan yang menarik pula, dah ada bayang alternatif yang rasanya ada harapan nak ajar UMNO dan BN.

Meletak jawatan, tidak akan menyelesaikan masalah, tapi membantu dalam proses memberi peluang kepada orang baru. Tapi orang baru tu mestilah "MR CLEAN" yang lebih "CLEAN" dari orang terdahulu. Orang marah pada Tun Dr Mahathir, dapat Pak Lah, 2004 wah ..., tapi 2008 'apa jadi?'

UMNO/BN sebenarnya dah tak nampak pemimpin yang ada kualiti, SIAPA ???

Anonymous said...

paklah seharusnya berundur sekiranya mahu sokongan terhadap bn kuat semula..tok det pun suruh paklah berundur untuk kepentingan bn.

Anonymous said...

seperti kata abi ayub, BN dan UMNO perlulah mencari calon yang terbaik...clean dari yang clean. Masalahnya, yang ada semuanya tidak clean. layakkah yang ada sekarang nie jadi pengganti Pak Lah?? atau alternatif lain anwar yang paling layak..fikirkan

Anonymous said...

bukan senang untuk jadi pemimpin. jika anwar jadi PM pun keadaan yang sama akan berlaku juga. berilah peluang kepada pak lah untuk mentadbir negara hingga saat pengunduran beliau tiba

Anonymous said...

x puas kaut untung lagik kot!
family bisnes!pentadbiran family bak kata Dr M!

Anonymous said...

sesiapa pun kalau jadik pemimpin akan jadi macam tu jugak..Dr M pun sama je..

hermonie said...

Setiap negara ada acuannya sendiri... berilah peluang kepada Pak Lah menenangkan sedikit politik yang panas bergelora... nak lepas terus pun kena beri kepada betul2 mr. right... kalau salah percaturan lagi teruk politik di negara ini...

Anonymous said...

Pak Lah kata: “Saya pastikan 16 September tidak akan berlaku. Pakatan Rakyat bergantung kepada ahli-ahli parti kita untuk meninggalkan kita tetapi orang kita tidak akan meninggalkan kita,”.....so apa komen?..

Anonymous said...

letak je jawatan macam perdana menteri jepun dan presiden pakistan. semua orang suka. betul tak?