Friday, September 5

DR. MAHATHIR PERSOAL KENAPA MELAYU SAHAJA PERLU MINTA MAAF


PUTRAJAYA 4 Sept - Tun Dr. Mahathir Mohamad mempersoalkan mengapa orang Melayu sering dituntut memohon maaf sekiranya mengeluarkan perkataan dan catitan yang boleh ditafsirkan sebagai perkauman. Bekas Perdana Menteri berkata, sebaliknya apabila orang bukan Melayu mengeluarkan perkataan atau catitan yang boleh ditafsir sebagai perkauman, orang Melayu tidak pernah menuntut pihak tersebut memohon maaf. Beliau memberi contoh memorandum Hindraf kepada Perdana Menteri United Kingdom yang bukan sahaja penuh dengan unsur-unsur perkauman tetapi juga bersifat hasutan.

''Seorang penuntut universiti Wee Meng Chee telah perlekehkan Negaraku dengan mengguna lagu Negaraku tetapi dengan lirik yang mempermainkan sembahyang dan azan orang Melayu (Islam). Azan dijadikan duet lagu cinta. ''Apakah mereka dikehendaki memohon maaf? Apakah pemimpin mereka dikehendaki memohon maaf? Jauh sekali. (Sumber: Utusan Malaysia)
Apa pandangan anda?

15 comments:

Abi Ayyub said...

Yang diharap minta maaf, tak minta maaf, yang berasa bertanggung jawap meminta maaf "sekiranya" ada pihak yang tersinggung dan yang paling menarik, apabila big boss kata minta maaf, yang diharap untuk minta maaf dengan bangga mengatakan bahawa dia tidak akan meminta maaf. Lebih menarik, dia disokong oleh geng-geng nya di Pulau Pinang.

Tun ada berberapa perkara yang benar dalam blog beliau, tapi apabila kita mula mencari kesalahan, kita pasti akan menjumpainya.

Adakah kita akan terus mengungkit perkara lama, sedangkan yang nyata orang melayu berkebolehan dalam banyak perkara, sekiranya mereka bersungguh-sungguh. Saya anak melayu, saya bangga apabila orang melayu berjaya, dan saya marah apabila orang melayu yang mengaku Islam lebih hina kerana perangainya yang bertentangan dengan "ISLAM".Fahamilah "ISLAM" yang HAQ, dan melayu akan berjaya.

Saya akan terus menekankan "Bukan semua melayu itu ISLAM, tetapi ramai orang yang bukan melayu itu ISLAM.

Akhirkata, minta maaf atau tidak, bukan lagi isu, tetapi apabila seseorang mengeluarkan kata-kata, bersedialah untuk menghadapi pandangan orang yang tidak bersetuju.

Anonymous said...

teman rasa kite perlulah pikio terlebih dahulu apakah kesan dari kate-kate yang kite ucapkan atau keluarkan. walaupun kite mempunyai ramai penyokong yang memberi galakan dan sokongan moral, tetapi kite harus pikio juga sokongan deme-deme tu ikhlas ke idaknyer. macam tun tu, die dah tak suke pada pak lah...so statement dia hanye untuk memberi gambaran buruk kepada team pak lah dan menimbulkan lagi keadaan 'kekeliruan' pada rakyat. akhirnyer rakyat protes

Anonymous said...

Kadang2 Melayu perlu tegas dalam apa2 tindakan yang dibuat. Sikap lemah lembut dan bersopan santun dalam sesetengah hal akan memberi peluang kepada orang lain untuk bersikap kurang ajar. sebagai bangsa yang merupakan penduduk asal malaysia, melayu harus kuat dan menjaga bangsa sendiri dari ditindas oleh bangsa lain. bangsa lain pula harus sedar bahawa mereka hanya golongan minoriti dan harus bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh bangsa melayu kepada mereka.

Anonymous said...

Bagi meredakan ketengangan khususnya selepas pilihanraya kecil permatang pauh dan isu 16sept ini, pihak umno seharusnya secara rendah diri memohon maaf. ini bukan bermaksud melayu itu lemah tetapi sebagai satu langkah bijak untuk memperkuatkan kerajaan yang ada dan seterusnya menjaga keharmonian kaum yang kita lihat semakin tegang dewasa ini.

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

HINDRAF?
DAP mengenai negara Islam?
Kafir UMNO?

yang itu tak payah minta maaf...

Anonymous said...

betul juga kata-kata tun. buat apa nak minta maaf. asyik-asyik melayu saja nak bagi muka. main banyak betul

Anonymous said...

sekarang ini terdapat ramai orang2 kuat umno yang semakin lantang untuk mengkritik dan berhujah tanpa merujuk kepada big bos terlebih dahulu. bagi mereka pendekatan yang dilaksanakan ini mungkin dapat memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk mempromosi diri dan team mereka khususnya untuk mesyuarat agong umno disember ini. inilah teknik politik melobi yang ditonjolkan oleh mereka. kononnya merekalah pejuang bangsa melayu. cuba lihat beberapa pemimpin umno seperti di utara, shahidan kassim walaupun dah tak diterima oleh raja dan rakyat cuba untuk mendapat simpati pak lah melalui lakonan politik beliau. sudahlah.....masa dah berakhir buat apa tergesa-gesa nak tonjol skill pembohongan yang semua orang dah tahu.

Anonymous said...

cis!! macam dia sorang yang pejuang untuk orang melayu. dah ler jenis mamak! insaflah che det oooiiiii

Anonymous said...

betul juga kata che det tu ha..napa Melayu je kena mengalah di negara sendiri?Non bumi suka2 hati je wat macam2 bagi Melayu marah tapi xde pulak minta maaf..

Anonymous said...

Ahmad Ismail digantung keahlian UMNO 3 tahun
10/09/2008 5:50pm


KUALA LUMPUR 10 Sept. - Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang sebelum ini telah mencetuskan kontroversi dengan kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum digantung keahlian dan dilucutkan hak-haknya di dalam parti selama tiga tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini.

Pada masa yang sama, Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO berkata, MT turut memutuskan bahawa parti komponen Barisan Nasional yang lain harus mengenakan tindakan tegas jika ahli mereka turut melakukan perkara demikian (menyentuh sensitiviti kaum). - Utusan

Anonymous said...

Pak Lah tu takut cina n india tak undi dia dah. Tu yang tak mahu bela bangsa sendiri. Melayu ketua negara tapi takut kat bangsa lain untuk bertindak. PM apa mcm tu..letak jawatan la..we need somebody that good in strategies not theories..

Anonymous said...

Pak Lah tu takut cina n india tak undi dia dah. Tu yang tak mahu bela bangsa sendiri. Melayu ketua negara tapi takut kat bangsa lain untuk bertindak. PM apa mcm tu..letak jawatan la..we need somebody that good in strategies not theories only..

Anonymous said...

pak lah ada barisan pemikir2 yang menasihat mengenai sesuatu isu dan masalah dalam negara. so pak lah banyak ikut cakap pemikir2 ini untuk buat sebarang keputusan. so dalam hal ini, pak lah bukan sahaja individu yang perlu dipersalahkan 100% tapi pemikir2 tersebutlah yang patut dipersalahkan atau ditukar. cari yang benar2 individu yang analitikal bukannya bengap dan boleh gadai maruah bangsa.

Anonymous said...

hi al capone.....

thanks 4 d add

Al Capone said...

dear kopi sejuk,

u r welcome......