Wednesday, September 17

ISA...KENAPA PERLU DIHAPUSKAN?


Dewasa ini Malaysia telah diharu-birukan dengan pelbagai isu yang menyentuh sensitiviti kaum malah terdapat juga isu yang boleh menggugat keselamatan dan keutuhan Malaysia itu sendiri. Dari isu Hindraf kepada isu Lagu NegaraKuKu dan terus ke isu Teresa Kok dan terbaru isu Datuk Ahmad Ismail, semua ini merupakan satu virus perkauman yang sedang menular dan dilihat akan meruntun semangat perpaduan kaum di negara ini. Tetapi antara semua isu ini, sejauh mana seriusnya isu yang membabitkan kenyataan DS Anwar Ibrahim yang mendakwa akan menubuhkan Kerajaan Baru menjelang tanggal 16hb September 2008 (Selasa)? Tidakkah ia melibatkan isu yang sama besar dan mungkin lebih besar dari isu perkauman di negara ini? Rakyat mula gelisah!, rakyat juga tertanya-tanya apakah dakwaan ini benar atau tidak!, semangat mereka untuk terus menyokong kerajaan yang ada juga mungkin tergugat!, dan yang paling penting isu ini boleh memberi kesan kepada kebolehpercayaan negara luar terhadap keupayaan Perdana Menteri mentadbir negara....jadi, sebagai rakyat Malaysia, adakah anda mahukan sentimen ini terus menular di segenap lapisan masyarakat?.....hinggakan dan berkemungkinan ia akan menjadi tragedi seperti mana di Thailand dan Indonesia......Jadi, untuk menghindari keadaan ini dari terus menular, RASIONALKAH I.S.A memainkan peranan sebagai satu kaedah sekatan? jika tidak rasional, kenapakah I.S.A sendiri mula dipraktikkan di Amerika Syarikat selepas tregedi 11hb September 2001 dan di Singapura sendiri mengamalkan akta yang sama?.......

13 comments:

Anonymous said...

kenapalah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam)ni nak sangat kerajaan melakukan pembaharuan mengikut arus semasa terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) demi kepentingan hak asasi semua rakyat negara Malaysia. aku rasa ISA di Malaysia tak lah kejam sangat dengan ISA di Amerika Syarikat tu..tahan orang Islam sesuka hati dan dera ikut suka diaorang jer. kenapa SUHAKAN tak tengok perkara itu? fikirlah sama...sama ada malaysia kena bom atau musnah baru terhegeh hegeh nak buat balik ISA. BODOH BETUL!

Anonymous said...

tangkap jer yang kuang ajor tu ke ISA. buat apo nak jago lagi manusia camtu!!! menyusohkan mok bapok pulo...gilo!

Anonymous said...

perlu ada ISA. nanti harubiru malaysia. jangan sampai jadi macam negara afrika baru nak bangun dari tidur. yang puak2 hindraf nak mansuh ISA ni kenapa? ingan ini bombay ke? ingat madras ke? senang senang nak paksa kerajaan buat ikut kehendak mereka. sedarlah, dah banyak kerajaan tlg kaum india untuk terus bersaing sama level dengan kaum lain.

Anonymous said...

ISA dan Kerangka Perlembagaan
Kefahaman mengenai kerangka perlembagaan Negara penting untuk memahami kedudukan akta ISA. Inilah yang memberikan asas kepada undang-undang itu. Namun begitu, daripada segi prinsipnya, akta ISA adalah bertentangan perlembagaan dan konsep kedaulatan undang-undang. Akta ISA bertentangan dengan perlembagaan kerana ia bercanggah dengan peruntukan-peruntukan di bawah kebebasan asasi.

Bagaimanapun, pertentangan ini diharuskan oleh Perkara 149 yang memberikan kuasa kepada Parlimen untuk membuat undang-undang bagi mencegah kegiatan subversif [1]. Kuasa untuk menagani kegiatan dan anasir subversif ini terlalu luas sehingga ia boleh merangkum apa sahaja keadaan yang dianggap mengancam ketenteraman awam termasuk yang belum berlaku lagi

sumandak bayu said...

ISA penting dalam sesebuah negara yang demokrasi. Individu dan kumpulan yang takut sangat ISA bila dorang ni dah ada niat nak hancurkan negara. Secara tak langsung perancangan mereka akan gagal kalo ada ISA....itu adalah fakta sebenarnya

Anonymous said...

Kita lihatlah apa yang berlaku sekarang. perebutan kuasa negara secara paksaan dengan membeli pengaruh ahli parlimen dan ketepikan hak rakyat yang mengundi dalam pilihanraya. sebab itulah ISA perlu dilaksanakan di negara ini bagi mengelak dari dihacurkan oleh individu2 yang mempunyai niat yang buruk

Anonymous said...

LAPORAN:

KOTA BAHARU: Mahkamah Majistret di sini, hari ini memerintahkan agar seorang penulis blog ditahan reman selama dua hari bermula hari ini.

Majistret Tengku Amalin A’Ishah Putri Sultan Ismail Petra mengeluarkan perintah itu bagi membolehkan polis menyiasat lelaki berusia 38 tahun itu mengikut Akta Hasutan. - Bernama

BILA LAGI ANWAR NAK DI I.S.A KAN? APA? PENULIS BLOG LAGI BAHAYA KE DARI ANWAR? ANWAR STILL BEBAS TAPI TELAH HAMPIR HURUHARAKAN MALAYSIA....TANGKAP SAJA ANWAR TU...

Abi Ayyub said...

Hairan saya dengan semua orang yang komen, baik pasal ISA, maupun pasal nal tukar kerajaan.

Yang kecoh ni siapa???

Rakyat okay je, shopping sakan, makan luar berbuka mewah, apa lagi??

Kan dah tak jadi 916, teruslah memerintah, ini yang berkuasa ntah buat apa, yang meyokong sebuk nak suruh orang itu, orang ni kena ISA, satu hari diri sendiri kena baru marah.

Kita ni ada pandangan masing-masing, kan dah dikatakan berkali-kali, majority rule, dan sekarang BN lah.

Yang akan berubah ialah bila ada pergerakan dari BN ke PR. Selagi tak ada, yang sibuk nak takut tu buat apa.

Melainkan, memang dah tahu ada yang nak crossover, jadi takut hilang, jadi PM,TPM,Menteri, Timbalan Menteri.

Kalau dah buat kerja betul-betul, rakyat pun boleh nilai, kalau rasa dah tak dapat sokongan, baik dari MP sendiri, masih merasa hak memrintah milik diri, ini yang susah, guna yang tak demokrasi.

Renungkanlah dengan jujur.

Anonymous said...

Dah tahu perempuan tu dah gugat keselamatan negara dengan larang azan di selangor...kenapa lepaskan dia macam tu je??? dah keluar dari ISA pastu kutuk polik lak...dasar tak syukur langsung!!!

Anonymous said...

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Harakah) - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di tahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). "Saya rasa ada kes ke atasnya. Daripada menahan beliau di bawah ISA, tunggu sehingga kes itu didengar," Malaysiakini memetik beliau berkata.

Mengenai penahanan penulis blog Raja Petra Kamarudin dan ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Dr Mahathir berpendapat penahanan di bawah ISA tidak sepatutnya berlaku kerana mereka tidak mencetuskan ketegangan.

Beliau berkata adalah tidak benar kedua-dua individu terbabit didakwa menimbulkan ancaman terhadap keselamatan negara hanya kerana meluahkan pandangan masing-masing.

Kesimpulannya: ISA perlu bagi kes2 yang menimbulkan ketengangan sahaja. Anwar tak timbul ketengangan langsung. Begitu juga dengan Teresa Kok dan Raja Petra....DUNIA MAU KIAMAT!!! TAK TIMBUL KETEGANGAN LANGSUNG?????

Anonymous said...

Kenapa saudara Abi Ayub nie gelabah semacam je pasal ISA? Memanglah kita semua boleh shopping, makan, berhibur...macam takda masalah. Tapi saudara Abi Ayub fikir ke yang ISA ini penentu kepada masa depan negara...sama ada ia penting kepada keselamatan negara atau ia sangat tidak disukai oleh masyarakat Malaysia. ISA lah menyebabkan pelabur asing terpengaruh dengan PR dan menganggap Kerajaan menggunakan kuku besi untuk menyekat demokrasi rakyat. ISA lah menyebabkan PR begitu berani menunjukkan taring untuk menghentam Kerajaan demi politik mereka sendiri. ISA jugalah harapan Kerajaan untuk menyekat kemaraan dan penipuan PR kepada rakyat. Adakah saudara Abi Ayub fikirkan apakah kesan dari penghapusan ISA di Malaysia? Masyarakat khususnya pembangkang akan menggunakan cara yang paling keji untuk jatuhkan Kerajaan yang ada. Kenapa Amerika Syarikat gunakan ISA untuk menghalang kemaraan pengganas (kononnya) ke atas negara mereka? Sudah tentu mereka tidak mahu rakyat negara mereka di ancam dan dimanipulasi dengan pelbagai andaian yang boleh meruntun keyakinan kepada Kerajaan Amerika sendiri. Mereka juga ingin selamatkan ekonomi dan menjaga para pelabur untuk terus mempercayai sistem ekonomi yang ada sekarang. Jadi janganlah saudara Abi Ayub menganggap isu ini tidak penting dan mempertikai mengenai perbincangan orang ramai mengenai isu ini. Fikirkanlah dengan sedalam-dalamnya dan sejujurnya......!!!!!!!!!!!!!!!1

Anonymous said...

ISA satu perkara yang perlu bagi sesebuah negara. Perkara ini tidak perlu dipertikaikan. Jika PR mentadbir negara satu hari nanti, akta ini juga turut akan digunakan bagi melindungan kepentingan, keselamatan dan pembangunan negara. REALITI!

Anonymous said...

PATUT MASUKKAN TERESA DALAM ISA LAMA LAMA. SKG DAH NAK SAMAN UTUSAN PLAK RM 30 JUTA. TAK SEDAR DIRI PUNYA CINA NIE!!!