Friday, September 19

BURSA SAHAM MENJUNAM?

Harga saham di Bursa Malaysia ditutup rendah meneruskan penurunan tiga hari berturut-turut berikutan aktiviti jualan dalam saham wajaran berat diterajui Maybank dan Bumiputra-Commerce, kata para peniaga. Maybank turun 50 sen untuk ditutup kepada RM6.90 manakala Bumiputra-Commerce susut 45 sen kepada RM7.40. Dalam dagangan kecil, Indeks Komposit Kuala Lumpur turun 0.93 peratus atau 9.38 mata kepada 1,002.99, tinggi sedikit daripada paras terendah harian pada 1,000.41. Ia dibuka 0.16 mata lebih rendah kepada 1,012.21 pagi kelmarin. Ini merupakan fenomena pertama sejak sedekat lalu penurunan pada paras bawah 1,000.00 walaupun kemerosotan ini turut dirasai oleh Index Dow Jones dan Nekkei. Persoalannya, adakah ini berpunca dari ketidakstabilan politik di Malaysia dan pertukaran Menteri Kewangan yang baru?

6 comments:

sumandak bayu said...

Ape pun boleh jadi dalam ekonomi kita lebih-lebih lagi kedudukan politik kita masih belum stabil....

Dah normal la ni BRO cuma yan kta isau yang menjunam ni lebih daripada 3 hari bakalnya kita akan berdepan g dengan kedudukan yang tak stabil dalam bidang ni pula RISAU Sumandak.

Rasanya ni lah rakyat nak rasa susah dalam semua aspek (EKONOMI PLUS POLITIK) gara-gara hang la ni Bro ANWAR........

Abi Ayyub said...

Saham dunia satu perkara yang berkait.

Situasi politik juga mainkan peranan, kerana kita mempunyai satu "Leadership" yang sangat lemah. Dalam parti sendiri dah tak dapat "full support", dalam gabungan BN pun tak nampak sokongan padu.

Tukar Portfolio pula, macam dah tak ada "confidence", sedangkan "Budget" baru dibentangkan. Lagipun, apa sebenarnya yang boleh membuatkan pelabur datang nak melabur, wartawan yang melapurpun kena ISA, blogger pun wartawan juga, MP kan wakil rakyat, bincanglah diparlimen.

Datuk Seri Anwar, kan ke ketua Pembangkang, dah jadi kerja dia untuk menerangkan "Perspective PR", apa yang dia boleh buat, hanya cakap. Mungkin cakap dia betul, jadi government tak puas hati, kerana keluar dari mulut dia.

Yang punya kuasa, yang punya "majority" siapa, buatlah kerja. Akhirnya rakyat yang menentukan.

Lagipun, BURSA menurunni, orang nak shopping raya kot. Nanti dah murah-murah, kita beli balik, untung besar lah.

Saya ada satu share, dulu beli 0.97, sekarang ni 0.36, nak buat apa, namanya risikolah. Masa beli ingat nak naik 2.00 ke 3.00 ringgit, tapi apa nak buat.

Hidup ni ibarat "RODA BERPUTAR", sekejap kat bawah, kejap kat atas, nasib tak baik, masa kat bawah terlanggar taik, busuklah ...

Rnung-renungkanlah.

Anonymous said...

Salah satu daripada kesan rampasan kuasa dan rasa tidak puas hati rakyat kepada pemimpin adalah dengan kejatuhan & kemelesetan ekonomi. Inilah tanda2 awal kepada kejatuhan sebuah kerajaan di seluruh dunia. Jika kita lihat di Pakistan, Thailand, Indonesia dan sebagainya, ekonomilah yang membuatkan rakyat memberontak dan seterusnya menggulingkan kerajaan yang ada. harap ini tidak berlaku kepada Mlaysia

Anonymous said...

Saya sebenarnya setuju dengan padangan abi ayub..tetapi ada beberapa perkara lain yang perlu kita perhatikan secara lebih dekat lagi. 'Full support' memang memberi kesan kepada politik Pak Lah untuk mengekalkan kuasa. Tetapi kita perlu fikirkan bagaimanakah 'degree of confidence' setiap suppoters ini untuk terus menyokong Pak Lah. Memang kita boleh mengakui kita taat pada pemimpin, tappi jika dalam masa yang sama kita ditawarkan dengan imbuhan tertentu atau jawatan tertentu...adakah kita akan terus menyokong Pak Lah. Inilah fenomena yang perlu diperhalusi oleh kita semua.

Bagi pertukaran portfolio pula, Pak Lah mungkin ada strategi lain yang kita semua mungkin tidak nampak atau lihat. Kita harus tahu portfolio ketenteraan adalah satu portfolio yang berkaitan dengan 'nyawa' Malaysia. Sekarang kita telah diancam dengan campurtangan US untuk menetukan halatuju Malaysia mengikut acuan mereka. Jika kita masih mempunyai seorang Menteri yang tidak tahu menggunakan portfolio 'nyawa' ini, maka perubahan perlulah dilaksanakan bagi menjaga keselamatan Malaysia.

Anonymous said...

Kita tunggulah sama ada Malaysia benar2 akan hancur.

Anonymous said...

Kejatuhan saham di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL), sejak awal tahun ini dengan kemerosotan melebihi 200 mata berpunca daripada ketidakyakinan para pelabur. Ini disebabkan kedudukan kerajaan yang tidak stabil selepas pilihan raya umum ke-12 lalu.

FFaktor kegagalan BN pertahankan majoriti dua pertiga adalah satu isu tetapi isu yang lebih besar ialah ketidakyakinan ahli-ahli UMNO terhadap kepimpinan Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Pada Januari 2008 lalu, BSKL mencatat 1.445 mata dan merosot pula kepada 1,227 mata pada April lalu. Para penganalisis saham mendakwa nilai satu mata BSKL mewakili kira-kira RM770 juta. Perkembangan ini menunjukkan dalam tempoh dua bulan negara kerugian sekitar RM140 bilion.