Saturday, September 20

AKTA HUBUNGAN KAUM

Akta Hubungan Kaum yang akan diwujudkan oleh Kerajaan dilihat satu tindakan yang positif ke arah mengukuhkan hubungan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Akta ini juga perlu dilaksanakan dengan segera bagi memastikan Malaysia sentiasa berada dalam keadaan aman dan rakyat pelbagai kaum dapat hidup dengan harmoni. Pakar sejarah, Prof. Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim berkata, sebarang usaha Kerajaan untuk merapatkan perpaduan dan kesepakatan antara kaum di negara ini pasti akan disambut baik oleh rakyat. Menurutnya, sejarah negara sebelum ini telah mencatatkan beberapa peristiwa huru-hara yang melibatkan kaum dan penubuhan akta itu dapat mengawal penduduk di negara ini agar tidak terlalu liar. ''Langkah tersebut menunjukkan kerajaan bertindak tegas untuk melarang mana-mana pihak daripada membuat kenyataan tidak berguna dan hanya menyakitkan hati orang lain sahaja," ujarnya.

Selain itu, dewasa ini banyak terdapat isu-isu yang melibatkan perselisihan pendapat dan kenyataan-kenyataan yang memberi kesan negatif kepada hubungan baik di antara kaum di Malaysia. Jika isu-isu ini berterusan, dikhuatiri ia akan menimbulkan ketegangan dan ketidakpercayaan sesama kaum yang tidak akan berkesudahan. Akhir sekali slogan 'Malaysia Truly Asia' akan dipertikai oleh pelancong asing kerana ia tidak menggambarkan keharmornian kaum di Malaysia.

8 comments:

Anonymous said...

al capone,

Saya rasa malaysia seharusnya mengamalkan akta hubungan kaum sudah lama dulu iaitu selepas tragedi 13 mei. kenapa akta ini ingin diperkenalkan pada waktu sekarang? adakah ini menunjukkan satu reaksi untuk menjaga kepentingan politik kerajaan. walau bagaimanapun, tindakan mewujudkan akta ini amat bagus dan seharusnya dijadikan panduan oleh semua kaum untuk meningkatkan lagi hubungan persahabatan antara satu sama lain.

Anonymous said...

betul kalai. kenapa hanya sekarang baru kerajaan beria untuk laksanakan akta hubungan kaum. sepatutnya dari dulu lagi. kes seperti hindraf seharusnya menjadi landasan ke arah perlaksanaan akta ini.

Anonymous said...

akta sahaja tidak mencukupi tetapi perlulah ada satu tindakan yang lebih berat selain penjara atau denda. Contohnya sebatan dan ISA. baru ada ummphhh!!!!

Anonymous said...

Susah beb....takan menjadi gua cakap lu.....akta apanyer??? ISA kan ada....cekup jer

Anonymous said...

akum,

mentaliti orang malaysia skg sudah bijak menilai apa yang benar dan apa yang tidak benar. kenapa zaman pak lah sekarang terlalu banyak orang cina dan melayu serta india bersengketa? zaman tun dulu kurang walaupun ada. ini semua salah pak lah sebagai pemerintah. secara jujur, keadaaan politik yang ada sekarang memerlukan pak lah berundur!!!

Anonymous said...

ISA TIDAK PERLU DIMANSUHKAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Masih tak dilaksanakan lagi????? bilalah kerajaan nak wartakan akta ini???? cakap saja lebih....cit

Anonymous said...

isu ni dah tenggelam sekarang...