Tuesday, September 16

SANGLANG OH SANGLANG!


PERLIS (15 DUN) = PAS 2: BN 13

(PADANG BESAR = PAS 0: BN 5, KANGAR = PAS 0: BN 5, ARAU = PAS 2: BN: 3)


Akhirnya DUN Sanglang N15 telah sah menjadi milik mutlak PAS. Hashim Jasin dinobatkan sebagai ADUN dan melengkapkan penguasaan PAS ke atas dua (2) DUN dari lima belas (15) DUN di Negeri Perlis. Selain itu, kemenangan ini juga memberi impak negetif ke atas kekuatan politik Ketua Bahagian Arau iaitu YB Dato Seri Shahidan Kassim di Arau sendiri, di mana kedua-dua DUN iaitu DUN Simpang Empat (N14) dan Sanglang (N15) yang jatuh ke tangan PAS pada PRU 12 lepas, adalah terletak di bawah Bahagian Arau. Apa-apa pun keputusan Mahkamah ini telah memberi pengajaran kepada Barisan Nasional (BN) bahawa pihak pembangkang di negara ini tidak mudah untuk diperkecilkan kebolehan mereka dari aspek perundangan. Walau bagaimanapun inilah amalan demokrasi sebenar yang diamalkan di Malaysia.

6 comments:

Anonymous said...

Inilah bukti amalan demokrasi di Malaysia. Kalau PAS kata BN (Kerajaan) tipu dalam saman pemula dulu kenapa Makhamah memenangkan Hashim Jasin di Sanglang? Janganlah tuduh gomen teruk sangat sedangkan kita ada tempat (makhamah) untuk diadili. apapun kita tunggu pula tempat-tempat lain yang sama kes dengan sanglang.

Anonymous said...

Kematangan sistem perundangan malaysia semakin meningkat. tiada apa lagi nak diperjelaskan. cuma mata dan hati2 yang hitam saja sentiasa mencari kesalahan orang lain.

Anonymous said...

Jika dilihat dari perspektif negeri perlis, kekuatan UMNO sebenarnya mengalami kemerosotan di Bahagian Arau walaupun Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis mengetuai bahagian tersebut. kekalahan kepada PAS di DUN Sanglang dan DUN Simpang Empat telah memberi gambaran bahawa orang Melayu Arau sudah beralih arah dan kurang keyakinan kepada UMNO. Kenapa ini terjadi? Adakah faktor Ketua Bahagian atau faktor Timbalan Ketua Bahagian atau perpecahan dalam UMNO Arau itu sendiri? semua ini boleh dijawab oleh penduduk Arau sahaja.

Anonymous said...

Pening2 dengan Perlis nie....dua ketua....

Anonymous said...

Aku takut nanti semua kawasan DUN dan Parlimen akan diberikan kepada PKR atau PAS jika ada petisyen. Habis BN

Anonymous said...

aku rasa shahidan lagilah naik tocang kerana dah jadi penasihat pak lah NCER. dekat perlis shahidan dah takda peluang nak jadi MB sebab ada raja. lagipun orang perlis pun dah meluat dengan shahidan. bahagian arau sendiri dah jatuh pada PAS dengan 2 kerusi DUN tumbang dan majoriti DUN lain dalam arau pun hancus. mampuslah negara dengan shahidan jadi penasihat NCER