
Gambar: Dr. Juanda Jaya
.
Ekoran dari laporan akhbar mengenai kisah perhubungan seorang pondan yang dikenali sebagai Natasha dengan seorang lelaki yang cedera di muka akibat disimbah asid dipercayai akibat cemburu, Sahibul Samahah Tuan Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Dr. Juanda Jaya menegaskan pihak berkuasa agama perlu mengambil tindakan segera menghalang hubungan songsang di kalangan umat Islam sebelum ia menular sehingga menjadi budaya di negeri ini.
.
Menurut beliau, perbuatan atau gejala seumpama itu secara terang-terang telah melanggar enakmen syariah sesebuah negeri termasuk di Perlis. Dalam hal ini, menurut beliau lagi usaha mencegah perlu dibuat memandangkan gejala seumpama itu sedah mulai wujud sejak kebelakangan ini dan ia mengancam umat Islam.
.
Renungan: Gejala pondan dan homoseksual ini merupakan satu fenomena yang semakin berkembang dan perlu kepada penguatkuasaan yang lebih tegas. Kes-kes jenayah seksual luar tabii bukan sahaja menular dikalangan masyarakat yang buta agama, tetapi telah merebak di sekolah-sekolah agama dan mereka yang berpendidikan agama itu sendiri.
4 comments:
pondan yg dilaporkan tu pun semacam jer...rasa mcm artis plak bila reporter ambil gambar. Bangga direbut jantan yg tak tahu hukum agama. Nauzubillah
Bro...
tul ckp bro, ustaz sky pun dah mula syok main belakang. byk kes libatkan guru agama balun murid ikut belakang. yg paling berat bila pengetua tafiz al quran terlibat kes main belakang. gua rasa dunia nk kiamat bro.
bagus gak mufti perlis nie. aktif tegur. tapi came plak dgn bukit bintang n lorong hj taib? apa komen mufti wilayah? takkan diam jer ustaz?...
Tulah terjadi bila pembangkang kuasai wilayah. Semua dihalalkan sampai mufti wilayah pun duduk relax mkn gaji buta. Pondan dah berleluasa
Post a Comment