Thursday, September 8

MALAYSIAN INSIDER TERDESAK

Gambar: Tun Zaki (Kanan) dan Ariffin Zakaria
.
Malaysian Insider yang pro pembangkang didakwa membuat laporan tidak betul berkaitan lawatan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Istana Kehakiman. Dalam hal ini, Malaysian Insider mendakwa lawatan tersebut sebagai tanda campur tangan politik terhadap Badan Kehakiman Negara.
.
Laporan Malaysian Insider ini disangkal keras oleh Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi hari ini. Tun Zaki berkata hakim-hakim kanan yang lebih lama dalam perkhidmatan seperti Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum sependapat bahawa lawatan itu bukanlah satu ‘campur tangan politik’ seperti yang didakwa.
.

Menurut Tun Zaki lagi, Perdana Menteri sebelum ini, termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad juga pernah menghadiri dialog dengan badan kehakiman dalam usaha menambah baik sistem pentadbiran kehakiman negara. Menurut beliau, Kerajaan bertanggungjawab dalam soal pentadbiran contohnya membiayai pembinaan dan penyelenggaraan bangunan mahkamah serta kelengkapan sistem Transkripsi Rakaman Mahkamah (CRT).

Menurut Tun Zaki “Perdana Menteri adalah ketua badan kehakiman bagi tujuan pentadbiran terutama dalam soal peruntukan kerana beliau akan mewakili kami di Parlimen. Ia adalah fakta yang tidak boleh dinafikan. “Selama ini, beliau (Najib) sentiasa menjarakkan hubungan dengan pihak hakim tetapi kini, mungkin memikirkan bahawa saya akan bersara tidak lama lagi, maka dia sudi melawat kami. Itu sahaja. (Sumber: Klik Sini).

Renungan: Tindakan Malaysian Insider ini dilihat pembangkang mulai takut dan terdesak dengan kehadiran Perdana Menteri ke Istana Kehakiman. Mereka takut para pengamal undang-undang khususnya peguam akan memberikan sokongan kepada Kerajaan. Mereka juga takut pengaruh Majlis Peguam yang dikuasai pembangkang akan goyah dengan lawatan tersebut.

1 comment:

Jess said...

Saman jer...tunggu apa lagi