
Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor itu turut mengeluarkan kenyataan berbeza apabila menyatakan tauliah penceramah tidak perlu, selain mendakwa JAIS sebagai sebuah badan yang tidak bebas dan menyifatkan keperluan tauliah mengajar adalah peraturan lama yang digubal semasa pentadbiran negeri dikuasai oleh Barisan Nasional (BN) dulu.
Beliau juga mendakwa para pegawai penguat kuasa yang menjalankan tugas berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 mengamalkan diskriminasi dan bersekongkol dengan UMNO. Inilah perangai pemimpin PAS, mereka akan terus mencari jalan untuk melepaskan diri seperti mana yang berlaku terhadap Mohamad Sabu yang memesongkan fakta sejarah dengan mengaitkan Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai pejuang kemerdekaan.
Segala tuduhan Khalid dilihat sebagai strategi melepaskan diri dan meraih sokongan ramai memandangkan beliau akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Klang pada 24 November ini atas dakwaan menyampaikan ceramah tanpa tauliah di sebuah surau pada Ogos lalu.
1 comment:
Salam Tn,
Apa salahnya kalau nak dakwah? Biarlah Ust Khalid nak ceramah. Dia dah nyatakan dia ceramah agama bukan politik. Bends baik pun nak kecoh2. Ana rasa memang ni semua kerja musuh politik Ustaz Khalid...
Firdaus
Post a Comment