Saturday, August 13

BRITAIN PERTIMBANG SEKAT MEDIA SOSIAL

David Cameron, Perdana Menteri Britain


Baru-baru ini, tindakan Kerajaan Algeria menyekat media sosial seperti Facebook & Twitter dilihat ada kewajaranya (klik sini). Rentetan dari perkara ini, Kerajaan British pula sedang cuba mencari cara-cara untuk mengurangkan kemungkinan media sosial yang digunakan untuk menganjurkan rusuhan atau protes ganas disekat (klik sini).

Menurut laporan Greame McMillan (seorang wartawan TIME), Kerajaan Britain sedang mempertimbangkan sama ada untuk mengharamkan pengguna khusus dari laman web seperti Twitter atau Facebook jika dipercayai akan merancang aktiviti jenayah atau, lebih ekstrem, memberi kuasa kepada pihak polis pada dasarnya untuk menutup akses terhadap media sosial di Britain pada saat menghadapi kecemasan.
.
Bagaimanapun, Perdana Menteri Britain, David Cameron dilihat benar-benar serius dalam hal ini berdasarkan kenyataannya baru-baru ini:

"Setiap yang menyaksikan tindakan ngeri ini akan merasa terkejut melihat bagaimana mereka disusun menggunakan media sosial. Aliran maklumat yang berterusan boleh digunakan untuk kebaikan, tetapi ia juga boleh digunakan untuk kerosakan, dan apabila ada pihak yang menggunakan media sosial untuk keganasan, maka kita perlu menghentikan mereka. Disebabkan itu, kita sedang bekerjasama dengan polis, perkhidmatan perisikan dan industri untuk melihat sama ada tindakan kita betul untuk menghentikan orang-orang yang berkomunikasi melalui laman-laman web dan perkhidmatan ini apabila kita tahu mereka memplotkan keganasan, kekacauan dan jenayah. Saya juga telah bertanyakan kepada polis sama ada mereka memerlukan apa-apa lagi kuasa lain yang baru."
.
Persoalannya, adakah Malaysia akan melaksanakan tindakan yang serupa dengan Algeria dan Britain? Memandangkan ada pihak yang hendak menganjurkan BERSIH 3.0, sekatan ini mungkin boleh dipertimbangkan untuk kepentingan rakyat di Malaysia.

2 comments:

Apek said...

kdg2 perlu ada pemantauan dlm menangani isu media sosial. byk kebaikan media sosial drp keburukan. tapi kes bersih nie kerajaan perlu lakukan sesuatu.

Jimmy said...

PAS masih jugak salahkan Kerajaan.Sepatutnya antar diaorang ke UK time rusuhan tu baru diaorang rasa betapa teruknya keadaan...skg dah terkantoi hahaha...orang dah meluat dgn bersih