Friday, August 12

DI SEBALIK TABIR...


Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh kerana amalan itu bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid. Jika amalan ini bercanggah dengan hukum syarak, persoalan yang perlu kita fikir dan dan renung adalah:-
.
Pertama:
Kenapa sekarang baru dikesan bahawa amalan tersebut telah melanggar hukum syarak?
.
Kedua:
Kenapa larangan ini diperbesarkan? Adakah untuk mengalih tumpuan ramai terhadap isu Gereja di Damansara?
.
Ketiga:
Adakah larangan ini dibuat dengan pengetahuan Yang DiPertuan Agong selaku Ketua Agama Islam Pulau Pinang?
.
Keempat:
Adakah DAP dalang sekali lagi disebalik larangan ini selepas Pilihanraya Masjid gagal di Pulau Pinang?
.
Marilah kita sama-sama merenungi perkara ini...

3 comments:

Zack said...

Salam

1. Marah sebab baca quran tak boleh guna mic. Tapi tak pernah marah bila bilangan jemaah dari dulu tak pernah bertambah.

2. Marah sebab tak boleh guna mic. Tapi, yang marah itu sendiri tak pernah baca quran guna mic.

3. Marah sebab tak boleh guna mic. Tapi yang baca guna mic pun tak pernah nak tahu apa makna ayat-ayat bacaannnya.

4. Marah sebab tak boleh guna mic. Tapi tak sedar orang lain marah juga sebab bacaannya salah tajwid, makhraj dan taranum.

5. Marah sebab tak boleh guna mic. Tapi ahli keluarga sendiri yang malas pergi masjid tak pernah nak marah.

Zack

Adnan said...

Bidaah boleh membawa kesesatan n fitnah yg dahsyat kpd agama Allah. Jauhkan perkara2 yg bidaah n kembalilah kepada al-quran n sunnah nabi... Insya-Allah kita akan selamat dunia n akhirat

Tam said...

kalau bidaah, kenapa skg????? faham tak kenapa skg????? fikirlah skit