Sunday, August 7

KEHARMONIAN MALAYSIA HARUS DIPELIHARA....

Seorang kanak-kanak yang kekurangan zat makanan menangis ketika menerima rawatan di Hospital Banadir di Mogadishu (Sumber: Utusan)

Usaha pihak tertentu mengadakan demonstrasi dan tunjuk perasaan kebelakangan ini di Kuala Lumpur perlu dijadikan iktibar oleh semua. Apabila sesuatu rusuhan atau tunjuk perasaan berlaku, beberapa perkara pasti terjadi. Antaranya pengangguran, perniagaan merosot, krisis makanan, pembunuhan, kemusnahan infranstruktur dan sebagainya.

Adakah kita mahu melihat generasi muda (kanak-kanak) terbiar tanpa pembelaan seperti gambar di atas? Gambar di atas menunjukkan keadaan krisis kemarau dan kebuluran di Somalia yang telah mengorbankan lebih 29,000 orang terutama kanak-kanak di bawah umur lima tahun dalam tempoh tiga bulan lalu yang kebanyakan berlaku di selatan Somalia.

Angka itu berdasarkan tinjauan pemakanan dan kematian yang disahkan oleh Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat. Anggaran itu adalah yang pertama dikeluarkan mengenai angka korban akibat krisis kebuluran di negara Tanduk Afrika itu. Sebelum ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan, berpuluh-puluh ribu rakyat Somalia telah mati akibat kemarau di negara itu, tanpa memberi angka rasmi, krisis terburuk dalam tempoh 60 tahun.


4 comments:

Under Cover Dude said...

biar pas dan dap rasa bagaimana tak dpt mkn dan kebuluran. biar tokey cina rasa business rugi

Fairus said...

Akum..

Malausia sebuah negara yang amat makmur berbanding negara jiran spr Indonesia dan Thailand. Tiada rusuhan berdarah dan tiada krisis pengangguran. Semua rakyat perlu berfikir dan merenungi perkara ini.

Omar Yaman said...

Nice blog brother...keep it up!!

Anonymous said...

test