Sunday, August 7

ANWAR PEJUANG MINORITI DI MALAYSIA??

Wan Azizah, Anwar Ibrahim & Joseph Estrada di Kediaman Mewah Joseph Estrada, Polk Street, Greenhills, San Juan, Filipina baru-baru ini.
.

Joseph Estrada, bekas Presiden Filipina menggambarkan Anwar Ibrahim sebagai kawan baiknya yang merupakan 'tokoh pejuang untuk menuntut hak-hak minoriti di Malaysia'. (The Star)

Menurut Estrada : "Kami mempunyai perjuangan yang serupa kerana ketika saya berjuang untuk kemiskinan, Anwar pula telah berjuang untuk menuntut hak-hak minoriti di Malaysia. Saya beranggapan kami telah menjadi sahabat baik sejak bertahun-tahun kerana kami mempunyai persamaan dalam perjuangan, untuk kesamaan, keadilan dan demokrasi yang sebenar".

Ini bukan kali pertama Anwar berjumpa Estrada. Sebagai sahabat baik, sudah berkali-kali perjumpaan diadakan. Misalnya pada tahun 2008, mereka bukan sekadar berjumpa, malah makan-minum dan berkaraoke sebagai melambangkan akrabnya hubungan mereka.

Siapakah Estrada?

Jika Anwar perjuang MINORITI di Malaysia, Estrada pula adalah perjuang MAJORITI di Filipina. Siapa kumpulan MAJORITI di Filipina? Sudah tentu kumpulan tersebut adalah Kristian manakala MINORITI di Filipina adalah Islam. Sewaktu Estrada menjadi Presiden Filipina dahulu, beliau dianggap penindas dan pemusnah yang kejam ke atas penganut Islam yang merupakan penganut minoriti. Hinggakan Majlis Ulama Bangsamoro (Filipina) mengeluarkan fatwa mengistiharkan “Joseph Estrada Sebagai Musuh Islam ” kerana tindak tanduknya sangat anti Islam.

Secara kesimpulannya, maksud Estrada bahawa Anwar perjuang Minoriti di Malaysia adalah ditujukan kepada penganut Kristian (didakwa minoriti). Ini terbukti apabila Anwar memperjuangkan penggunaan kalimah Allah kepada penganut Kristian. Adalah tidak logik seorang tokoh perjuang Kristian seperti Estrada ingin berjuang untuk agama lain di Malaysia yang lebih minoriti seperti agama Sikh. Jadi, minoriti yang dimaksudkan Estrada adalah agama Kiristian.

Anwar juga telah memburukkan Malaysia semasa perjumpaan tersebut dengan mendakwa Demokrasi Malaysia Kian Terhakis.

7 comments:

Zamri Zainuddin said...

Tuan.

Pandangan saya DSAI sudah tersepit. Beliau tertekan dengan kes liwat yg dilihat akan memberi kesan kepada karier politik. Pengaruh luar perlu untuk memberi tekanan politik kepada kerajaan malaysia Inilah cara terakhir untuk menagih simpati dan sokongan luar. Harus diingat, kuasa kristian adalah antara terbesar dan berpengaruh di dunia selepas yahudi.

ZZ

Megat said...

setuju..memang anwar pejuang minoriti di malaysia....tapi bukan kristian sebaliknya golongan minoriti gay..hahaha

Anonymous said...

Akum

isu kristian dah semakin hangat di malaysia. skg kita tgk gereja di selangor dah mula berani menyebarkan agama kristian secara terang. mereka ingin murtakan melayu / islam. dlm masa yg sama anwar ke filipina utk kuatkan hubungan dgn kristian. tak mustahil anwar akan keluarkan statement membela kristian spt dia membela isu penggunaan nama Allah.

Tungguuuuuuuuu

Ketupat said...

hanya anwar yg tahu apa sebenarnya agenda politik beliau..kita hanya meramal dan meneka tetapi yg lebih mengetahui adalah anwar sendiri..

Anonymous said...

Bro, Malay di republic china, for sure anwar kena hukum bunuh sbb mengkhianati negara. Tapi kt malaysia dia bleh cop apa sj termasuk isu liwat walau kes masih di mahkamah. tak kena tangkap pun!

Mat Lan said...

Anwar pun nak berhibur jugak. Biarlah dia nak jumpa estrada ke sape ke...aku pun tension pergi gak karaoke..hilang tension

Cot said...

Nuar nie nak kena sekeh nie...buat pe dia panggil PM n Wife untuk jadi saksi?? licik betul lah nuar nie